Tipu Sultan (lahir Sultan Fateh Ali Sahab Tipu,[2] 20 November 1750 – 4 Mei 1799), juga dikenali sebagai Tipu Sahab atau Harimau Mysore,[3] adalah pemerintah kerajaan beraja Mysore yang terletak di India Selatan dan seorang perintis artileri roket.[4][5][6] Beliau telah memperkenalkan sejumlah inovasi pentadbiran semasa pemerintahan beliau,[7] termasuk satu sistem matawang dan kalendar baharu,[8] dan sebuah sistem hasil tanah baharu yang mencetuskan perkembangan industri sutera Mysore.[9] Beliau memperluaskan penggunaan roket Mysore dan menghasilkan manual ketenteraan Fathul Mujahidin. Beliau menggunakan roket-roket ini bagi menentang kemaraan tentera British dan sekutunya semasa Perang Anglo-Mysore, termasuk dalam Pertempuran Pollilur dan Pengepungan Seringapatam. Beliau juga memulakan sebuah program pembangunan ekonomi yang menjadikan Mysore sebagai sebuah kuasa ekonomi, antara gaji sebenar dan standard hidup tertinggi di dunia pada akhir kurun ke-18.[10]

Tipu Sultan
Badshah
Nasib ad-Dawlah
Mir Fateh Ali Bahadur Tipu
Fail:TipuSultanPic.jpg
Sultan Mysore
Pemerintahan10 Disember 1782 – 4 Mei 1799
Kemahkotaan29 Disember 1782
Didahului olehHyder Ali
Diikuti olehKrishnaraja Wodeyar III (sebagai pemerintah Wodeyar)
Keputeraan(1750-11-20)20 November 1750[1]
Devanahalli, kini Bangalore, Karnataka
Kemangkatan4 Mei 1799(1799-05-04) (umur 48)[1]
Srirangapatna, kini Mandya, Karnataka
PemakamanSrirangapatna, kini Mandya, Karnataka
12°24′36″N 76°42′50″E / 12.41000°N 76.71389°E / 12.41000; 76.71389Koordinat: 12°24′36″N 76°42′50″E / 12.41000°N 76.71389°E / 12.41000; 76.71389
PasanganKhadija Zaman Begum dan 2 atau 3 yang lain
AnakandaShezada Hyder Ali, Ghulam Muhammad Sultan Sahib dan ramai lagi
Nama penuh
Badshah Nasibuddaulah Sultan Mir Fateh Ali Bahadur Sahab Tipu
KerabatMysore
AyahandaHyder Ali
BondaFatima Fakhr-un-Nisa
AgamaIslam

Napoleon Bonaparte, seorang panglima Perancis telah memohon satu pakatan dengan Tipu Sultan. Kedua-dua Tipu Sultan dan bapa beliau telah menggunakan tentera yang dilatih oleh Perancis dengan sokongan Perancis untuk melawan British,[11][12] dan dalam pergelutan Mysore dengan kuasa-kuasa berjiran dengannya, seperti Maratha, Sira, dan para pemerintah di Malabar, Kodagu, Bednore, Carnatic, dan Travancore. Bapa Tipu, Hyder Ali, menaiki takhta apabila berjaya menawan Mysore,[perlu rujukan] dan Tipu mengantikan beliau sebagai pemerintah Mysore setelah kematian bapa beliau pada tahun 1782. Beliau mendapat kemenangan-kemenangan penting ke atas British dalam Perang Anglo-Mysore Kedua dan merundingkan Perjanjian Mangalore 1784 dengan British selepas kematian bapa beliau akibat kanser pada bulan Disember 1782 semasa Perang Anglo-Mysore Kedua.

Konflik Tipu dengan jiran-jiran beliau termasuk Perang Maratha–Mysore yang mana berakhir dengan Perjanjian Gajendragarh.[13] Perjanjian ini memerlukan Tipu Sultan untuk membayar 4.8 juta rupees sebagai pampasan sekali bayar untuk kos perang kepada Marathas, dan sumbangan tahunan sebanyak 1.2 juta rupees selain tambahan memulangkan kesemua wilayah yang ditawan oleh Hyder Ali.[14][15]

Tipu menjadi seorang musuh yang sukar ditewaskan oleh Syarikat Hindia Timur British, mencetus sebuah konflik dengan serangan beliau ke atas sekutu British, Travancore pada tahun 1789. Dalam Perang Anglo-Mysore Ketiga, beliau telah dipaksa menandatangani Perjanjian Seringapatam, dengan kehilangan sejumlah wilayah yang dahulunya ditawan, termasuk Malabar dan Mangalore. Beliau telah menghantar duta-duta ke negara-negara luar termasuk empayar Uthmaniyah, Afghanistan, dan Perancis, dalam satu cubaan untuk mengumpul sekutu untuk menentang British.

Semasa Perang Anglo-Mysore Keempat, tentera imperial daripada Syarikat Hindia Timur British telah dibantu oleh Maratha. Mereka berjaya mengalahkan Tipu, dan beliau telah terbunuh pada 4 Mei 1799 semasa mempertahankan kubu beliau di Seringapatam.

Semasa zaman penjajahan di benua kecil India, beliau telah disanjung sebagai seorang pemerintah[16][17][18][19][20] yang menentang penjajahan British,[21][22]. Tetapi beliau juga dikritik kerana menundukkan penentangan Hindu di Malabar dan Kristian di Mangalore di sebabkan alasan agama dan politik.[23][24][25][26][27][28]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hasan tidak disediakan
  2. ^ "Tipu Sultan's 216th death anniversary: 7 unknown facts you should know about the Tiger of Mysore : Listicles: Microfacts". Indiatoday.intoday.in. 4 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-16. Dicapai pada 13 November 2015.
  3. ^ Cavendish, Richard (4 May 1999). "Tipu Sultan killed at Seringapatam". History Today. 49 (5). Dicapai pada 13 December 2013.
  4. ^ Ram Nath Kovind (25 October 2017). "ADDRESS BY THE PRESIDENT OF INDIA, SHRI RAM NATH KOVIND AT THE JOINT SESSION OF KARNATAKA LEGISLATIVE ASSEMBLY AND LEGISLATIVE COUNCIL ON 60TH ANNIVERSARY OF VIDHAN SOUDHA". Dicapai pada 3 September 2019. Tipu Sultan died a heroic death fighting the British. He was also a pioneer in the development and use of Mysore rockets in warfare. This technology was later adopted by the Europeans.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Narasimha tidak disediakan
  6. ^ Allana, Gulam (1988). Muslim political thought through the ages: 1562–1947 (ed. 2). Pennsylvania State University, Pennsylvania: Royal Book Company. m/s. 78. ISBN 9789694070919. Dicapai pada 18 January 2013.
  7. ^ "Tipu Jayanti debate: Akbar is the hero India should really celebrate".
  8. ^ Hasan, Mohibbul (2005). History of Tipu Sultan. Aakar Books. m/s. 399. ISBN 978-81-87879-57-2. Dicapai pada 19 January 2013.
  9. ^ R.k.datta (2007). Global Silk Industry: A Complete Source Book. APH Publishing. m/s. 17. ISBN 978-81-313-0087-9. Dicapai pada 22 January 2013.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Parthasarathi tidak disediakan
  11. ^ Macquarie, University. "French Rocks". Dicapai pada 15 July 2019.
  12. ^ Kaushik Roy, War, Culture and Society in Early Modern South Asia, 1740–1849, (Routledge, 2011), 77.
  13. ^ Mohibbul Hasan (2005), History of Tipu Sultan, m/s. 105–107, ISBN 9788187879572
  14. ^ Naravane, M. S. (2006). Battles of the Honourable East India Company: Making of the Raj (dalam bahasa Inggeris). APH Publishing. ISBN 9788131300343.
  15. ^ Sen, Sailendra Nath (1995). Anglo-Maratha Relations, 1785-96 (dalam bahasa Inggeris). Popular Prakashan. ISBN 9788171547890.
  16. ^ Hasan 1971, History of Tipu Sultan, pp. 357–8
  17. ^ A. Subbaraya Chetty "Tipu's endowments to Hindus and Hindu institutions" in Habib (Ed.) Confronting Colonialism
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mehta tidak disediakan
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan padiga3 tidak disediakan
  20. ^ "A Monument of Hindu Muslim Unity". Young India. 12 (4): 31. 23 January 1930. Dicapai pada 28 March 2020.
  21. ^ The Financial Express (25 October 2017). "Tipu Sultan died a heroic death fighting the British: President Ram Nath Kovind". Dicapai pada 8 July 2019.
  22. ^ Sajoo, Amyn (2004). Civil Society in the Muslim World: Contemporary Perspectives. I.B.Tauris. ISBN 9781850435907.
  23. ^ Panikkar, K.N (1991). "Men of Valour and Vision". Social Scientist. 19 (8): 110. doi:10.2307/3517708. JSTOR 3517708.
  24. ^ Encyclopaedia Dictionary Islam Muslim World-10. Brill. m/s. 532. Dicapai pada 8 September 2019.
  25. ^ Varghese, Alexander (2008). India: History, Religion, Vision and Contribution to the World, Volume 1. Atlantic Publishers. ISBN 9788126909032.
  26. ^ 1 Dr. Gurusiddaiah C, 2 Dr. BP Mahesh Chandra Guru, 3 Abhilash MS, 4 Dr. Sreekantaiah (January 2018). "Religious philosophy of Tipu Sultan" (PDF). www.educationjournal.in. International Journal of Multidisciplinary Education and Research. 3: 11–16. ISSN 2455-4588.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  27. ^ Sanyal, Sanjeev (2016). The Ocean of Churn: How the Indian Ocean Shaped Human History. m/s. 188. ISBN 9789386057617.
  28. ^ Hassan, Mohibbul (1 December 2005). History of Tipu Sultan. m/s. 79. ISBN 9788187879572. Dicapai pada 12 February 2014.
  29. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Moma tidak disediakan

Bacaan lanjut sunting

  •   Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Tippoo Sahib". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 26 (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  • Balakrishna, Sandeep, Tipu Sultan, The Tyrant of Mysore, Rare Publications
  • Bowring, Lewin (1899), Haidar Alí and Tipú Sultán, and the Struggle with the Musalmán Powers of the South, Oxford: Clarendon Press, OCLC 11827326
  • Brittlebank, Kate (1999), Tipu Sultan's Search for Legitimacy, Delhi: Oxford University Press, ISBN 978-0-19-563977-3, OCLC 246448596
  • Cariappa, M. P.; Cariappa, Ponnamma (1981), The Coorgs and their Origins, Aakar Books, OCLC 641505186
  • Hasan, Mohibbul (2005), History of Tipu Sultan, Aakar Books, ISBN 978-81-87879-57-2
  • Sen, Surendra Nath (1930), Studies in Indian History, University of Calcutta, OCLC 578119748
  • Subramanian, K. R (1928), The Maratha Rajas of Tanjore, self-published, OCLC 249773661
  • William, Logan (1887), Malabar Manual, ISBN 978-81-206-0446-9
  • Grose, John Henry; Charmichael; ), John Carmichael (of the East India Company) (1777), A Voyage to the East IndiesCS1 maint: numeric names: authors list (link)
  • Thompson, Rev. E. W. (1990) [1923]. The last siege of Seringapatam. Mysore City: Wesleyan Mission. ISBN 978-8120606029.
  • Agha, Shamsu. Tipu Sultan", "Mirza Ghalib in London";, "Flight Delayed", Paperback, ISBN 0-901974-42-0
  • Ali, B Sheik. Tipu Sultan, Nyasanal Buk Trast
  • Amjad, Sayyid. 'Ali Ashahri, Savanih Tipu Sultan, Himaliyah Buk Ha®us
  • Banglori, Mahmud Khan Mahmud. Sahifah-yi Tipu Sultan, Himālayah Pablishing Hā'ūs,
  • Bhagwan, Gidwami S (1976). The Sword of Tipu Sultan: a historical novel about the life and legend of Tipu Sultan of India. Allied Publishers. OCLC 173807200. A fictionalised account of Tipu's life.
  • Buddle, Anne. Tigers Round the Throne, Zamana Gallery, ISBN 1-869933-02-8
  • Bowring, Lewin (1893). Haidar Ali and Tipu Sultan and the struggle with the Musalman powers of the south (1974 ed.). Delhi: ADABIYAT-I DELLI. ISBN 81-206-1299-X.
  • Campbell, Richard Hamilton. Tippoo Sultan: The fall of Srirangapattana and the restoration of the Hindu raj, Govt. Press
  • Chinnian, P. Tipu Sultan the Great, Siva Publications
  • Habib, Irfan. State and Diplomacy Under Tipu Sultan: Documents and Essays, Manohar Publishers and Distributors, ISBN 81-85229-52-X
  • Hashimi, Sajjad. Tipu Sultan, Publisher: Maktabah-yi Urdu Da®ijast
  • Home, Robert. Select Views in Mysore: The Country of Tipu Sultan from Drawings Taken on the Spot by Mr. Home, Asian Educational Services, India, ISBN 81-206-1512-3
  • Kareem, C.K (1973). Kerala Under Haidar Ali and Tipu Sultan. Kerala History Association: distributors, Paico Pub. House.
  • V.M. Korath, P. Parameswaran, Ravi Varma, Nandagopal R Menon, S.R. Goel & P.C.N. Raja: Tipu Sultan: Villain or hero? : an anthology. (1993). ISBN 9788185990088
  • Mohibbul Hasan. Tipu Sultan's Mission to Constantinople, Aakar Books, ISBN 81-87879-56-4
  • Moienuddin, Mohammad. Sunset at Srirangapatam: After the death of Tipu Sultan, Orient Longman, ISBN 81-250-1919-7
  • Pande, B. N. Aurangzeb and Tipu Sultan: Evaluation of their religious policies (IOS series), Institute of Objective Studies
  • Sharma, H. D. (1991). The real Tipu: A brief history of Tipu Sultan. Varanasi: Rishi Publ.
  • Sil, Narasingha P. "Tipu Sultan: A Re-Vision," Calcutta Historical Journal' (2008) 28#1 pp 1–23. historiography
  • Strandberg, Samuel. Tipu Sultan: The Tiger of Mysore: or, to fight against the odds, AB Samuel Travel, ISBN 91-630-7333-1
  • Taylor, George. Coins of Tipu Sultan, Asian Educational Services, India, ISBN 81-206-0503-9
  • Wigington, Robin. Firearms of Tipu Sultan, 1783–99, J. Taylor Book Ventures, ISBN 1-871224-13-6
  • Confronting Colonialism: Resistance and Modernization Under Haider Ali and Tipu Sultan (Anthem South Asian Studies), Anthem Press, ISBN 1-84331-024-4
  • Ashfaq Ahmed Mathur – "SALTANATH-E-KHUDADAT" and a book by Allama Iqbal ahmed (RH) "Daana e Raaz Diyaar e Dakan mein"

Pautan luar sunting