Tirana /tˈrɑːnə/ ( dengar) (Standard Albania: Tiranë; bahasa Gheg Albania: Tirona) adalah ibu negara dan kota terbesar di Albania. Ia juga merupakan pusat pentadbiran, budaya, ekonomi dan industri di Albania. Berdasarkan bancian pada tahun 2015, penduduk Tirana berjumlah 610,070 orang[3] dan perbandaran Tirana, yang diwujudkan pada tahun 2015, memiliki jumlah penduduk seramai 800,986 orang.[4] Ini bermakna Tirana adalah kawasan metropolitan terbesar di Albania, dan satu-satunya kota dengan jumlah penduduk melebihi 500.000 orang. Kota ini juga mempunyai banyak institusi dan universiti awam dan swasta.

Tirana
Tiranë
Perbandaran Tirana
Dataran Skanderbeg pada waktu malam
Dataran Skanderbeg pada waktu malam
Bendera Tirana
Mohor rasmi Tirana
Lokasi Tirana di Albania
Lokasi Tirana di Albania
Negara Albania
KauntiKaunti Tirana
DaerahDaerah Tirana
Diasaskan1614
Kerajaan
 • Datuk bandarErion Veliaj[1]
Keluasan
 • Jumlah41.8 km2 (16.1 batu persegi)
Aras
110 m (360 ft)
Penduduk
 (2015)
 • Jumlah610,070
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
1000[2]
Kod kawasan04
Plat keretaTR
Laman sesawangwww.tirana.gov.al

Bandar ini didirikan pada tahun 1614 dan menjadi ibu negara Albania pada tahun 1920.

Pemandangan Tirana dari Gunung Dajti.

Pendidikan sunting

Tirana memiliki beberapa institusi akademik seperti Universiti Tirana, Politeknik Universiti Tirana, Universiti Pertanian Tirana, Akademi Pendidikan Fizikal dan Sukan, Universiti Seni (Akademi Seni Albania), Akademi Sains Albania, dan Universiti Tentera Skanderbeg, institusi penyelidikan akademik kebangsaan dan antarabangsa seperti NGO. English Base adalah sekolah Bahasa Inggeris di Tirana.

Tirana juga memiliki institusi pendidikan swasta seperti Universiti Albania (U.F.O - Universitas.Fabrefacta Optime), Universiti Epoka, Universiti New York, Tirana, Universiti Eropah Tirana, Universiti Luarasi, Akademi Filem dan Multimedia "Marubi".

Ekonomi sunting

Tirana merupakan jantung ekonomi bagi Albania. Ia adalah pusat kewangan dan industri Albania yang utama. Sejak tahun 1920-an, ia melalui perkembangan yang pesat dan mewujudkan banyak industri bagi produk-produk pertanian, mesin, tekstil, pharmaseutikal, logam dan perkhidmatan.[perlu rujukan]

Tirana mula membangun pada awal kurun ke-16, apabila sebuah bazaar telah dibuka, dan para kraftangannya mengeluarkan fabrik sutera dan kapas, kulit, seramik dan besi, perak dan barang kemas. Tirana terletak di kawasan yang subur. Ia mengeksport 2,600 tong minyak zaitun dan 14,000 bungkusan barangan tembakau untuk didagangkan ke Venezia pada tahun 1769.[perlu rujukan] Pada tahun 1901, ia mempunyai 140,000 pokok zaitun, 400 buah kilang minyak serta 700 buah kedai.[perlu rujukan]

Pusat Perniagaan ABA, Menara Hijau 4ever dan Menara TID, sebuah menara perniagaan setinggi 80-meter (260-kaki) telah dibina di kota ini. Tirana juga memiliki pasar raya seperti City Park, QTU dan Pintu Timur Tirana.

Pengangkutan sunting

Bas sunting

 
Terminal TIA

Sistem pengangkutan tempatan dalam Tirana adalah bas atau teksi. Teksi-teksi rasmi memiliki plat berwarna kuning dengan huruf berwarna merah dan biasanya bermeter.

Perkhidmatan koc dan bas mini (furgon) juga boleh didapati ke laluan pantai, utara dan selatan Albania daripada Tirana. Perkhidmatan koc antarabangsa ke Greece, melalui Korçë atau Kakavije, ke Kosovo[note 1] melalui Lebuhraya Durrës-Morine, dan ke Republik Makedonia Utara melalui Struga.

Lapangan terbang sunting

Lapangan Terbang Antarabangsa Tirana adalah satu-satunya lapangan terbang antarabangsa di Albania dan ia terletak dekat dengan ibu negara di Tirana. Lapangan terbang ini terletak di kampung Rinas sekitar 11 kilometer (6.9 batu) ke barat laut Tirana.

Laut sunting

Tirana boleh dihubungi melalui pelabuhan Durrës, 36 km (22 bt) jauh dari ibu negara. Para penumpang feri daripada Durrës berlayar ke Trieste, Ancona, Otranto, Brindisi, Bari, Genoa (Itali), Zadar, Dubrovnik (Croatia), Koper (Slovenia), Bar (Montenegro), Corfu (Yunani) dan lain-lain. Kavaja juga termasuk dalam Kaunti Tirana.

Galeri sunting

Bandar berkembar sunting

Tirana merupakan bandar kembar bagi;

Rujukan sunting

  1. ^ "Erion Veliaj shpall fitoren në Tiranë". www.evropaelire.org. Dicapai pada 2015-06-23.
  2. ^ Templat:Sq icon Kodi postar Diarkibkan 2012-02-20 di Wayback Machine Posta Shqiptare. www.postashqiptare.al. Dicapai pada 2008-11-13
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-16. Dicapai pada 2016-09-12.
  4. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-09-12.
  5. ^ http://www.ankara.bel.tr/en/foreign-relations-department/sister-cities-of-ankara#.V649oGVvfxt

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan