Tok Dalang

watak dalam siri Upin & Ipin

Isnin bin Khamis, atau lebih dikenali dengan gelaran Ayah Pin, (lahir di Kelantan, 21 Mac 1975; umur 46 tahun) ialah seorang watak dalam siri Upin & Ipin. Dalam siri tersebut, dia ialah penghulu Kampung Durian Runtuh. Dia juga disegani sebagai juara wayang kulit, seperti yang diperlihatkan dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula, maka gelarannya Tok Dalang.

Isnin bin Khamis
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Abu Shafian Abdul Hamid (musim 1–4, Geng: Pengembaraan Bermula)
Burhanuddin Md Radzi (musim 5–kini)
Informasi
Nama panggilanAyah Pin
SpesiesManusia
JantinaLelaki
PekerjaanKetua kampung
Pertanian
Pertukangan
Kesenian
Pelancongan
KeluargaTajol (anak lelaki)
Badrol (cucu lelaki)
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Tok Dalang ialah jiran sebelah keluarga Upin dan Ipin yang tinggal di rumah berwarna biru. Dia tinggal keseorangan dalam rumahnya kerana anak cucunya tinggal di bandar

RupaSunting

Tok Dalang sering tampil dengan kopiah dan pakaian serba kelabu. Dia selalu membiarkan bajunya tidak dipasang butang.

PerwatakanSunting

Dalam musim pertama, perwatakan Tok Dalang kelihatan kurang mesra dengan kanak-kanak yang selalu mengusiknya, terutamanya apabila mereka mengejar Rembo, ayam belaannya di serata kampung.

Akhir-akhir ini, Tok Dalang lebih mesra dengan kanak-kanak, termasuklah yang nakal. Dia mengalu-alukan bantuan Upin, Ipin dan kawan-kawan dalam bermacam-macam perkara, mungkin disebabkan usianya yang lanjut.

PekerjaanSunting

  • Ketua Kampung: Selain memimpin kampung, tugasnya ialah mengumpul zakat fitrah daripada penduduk kampung yang beragama Islam sempena Ramadan.
  • Pertanian: Di halaman rumahnya ada beberapa pokok rambutan dan reban ayam yang dijadikan punca makanan dan pendapatan. Dia juga mempunyai sebuah dusun durian dan kelapa di pinggiran kampung yang ditujuinya dengan menunggang basikal atau motosikal.
  • Pertukangan: Tok Dalang ada sebuah bengkel di bawah rumahnya, di mana dia membuat bermacam-macam benda, apalagi yang diingini oleh Upin dan Ipin. Dia juga membuat barangan daripada hasil tani di dalam mahupun halaman rumah.
  • Kesenian: Tok Dalang digelar sedemikian kerana mahir dalam wayang kulit, bahkan pernah banyak memenangi pertandingan wayang kulit. Selain itu dia pandai membuat kraf tangan, mainan dan hasil seni seperti wau dan gasing.
  • Pelancongan: Tok Dalang memiliki sebuah inap desa di kawasan dusun.

RujukanSunting