Muhammad Saman bin Awang Senik

(Dilencongkan dari Tok Seridik)

Muhammad Saman bin Awang Senik (1881 - 1935) atau lebih dikenali sebagai Tok Seridik merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.[1]

Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kelantan
Nama: Muhammad Saman bin Awang Senik
Gelaran: Tok Seridik / Mat Saman
Lahir: 1881
Wafat: 1935
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Muhammad Saman bin Awang Senik atau nama penuhnya Haji Muhammad Saman bin Awang Senik merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.[2], [3]

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.

Rujukan sunting

  • TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.