Tok Tepok merupakan mitos di sekitar daerah kecil Kampung Gajah, Perak, Malaysia.

Tok Tepok dikatakan tinggal di atas Gunung Tunggal ( sebenarnya sebuah bukit sahaja) di Kampung Gajah, Perak.

Masyarakat Melayu di Kampung Gajah yang ingin menuntut ilmu persilatan dan ilmu kebal boleh menuntut ilmu daripada Tok Tepok. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan berjaya menemui Tok Tepok.

Datuk Mahaguru Ibrahim Mohd Zin dikatakan pernah menuntut ilmu persilatan dengan Tok Tepok.Begitu juga dengan Datuk Maharaja Lela.

Mitos Tok Tepok menyamai mitos Betara Guru yang menjadi guru silat kepada tokoh legenda Hang Tuah di puncak Gunung Ledang dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.