Tokuma Shoten Publishing Co., Ltd. (Jepun: 株式会社徳間書店, Hepburn: Kabushiki gaisha Tokuma Shoten) adalah sebuat syarikat penerbitan di Jepun. Syarikat ini beribu pejabat di Shinagawa, Tokyo.[1] Syarikat ini diasaskan pada tahun1954 oleh Yasuyoshi Tokuma di Minato, Tokyo. Syarikat ini pernah menjual pelbagai produk selain buku termasuk penerbitan muzik, animasi, permainan video, siri animasi dan manga.

Tokuma Shoten Publishing Co., Ltd.
Ibu Pejabat Tokuma Shoten di Jepun
Nama dalam Bahasa Jepun 株式会社徳間書店
Nama Kabushiki gaisha Tokuma Shoten
Nama sebelum ini East-West Entertainment Publishing (1954-1958)

Asahi Performing Arts Publishing (1958-1967)

Industri Penerbitan
Tahun diasaskan 19 Mac 1954
Pengasas Yasuyoshi Tokuma
Ibu Pejabat Shinagawa, Tokyo, Jepun
Orang Penting Kenichi Hirano (Presiden dan Wakil pengarah)
Produk Majalah
Bilangan pekerja 114 (2018)
Laman Web http://www.tokuma.jp

Antara syarikat yang pernah menjadi sebahagian daripada syarikat Tokuma Shoten adalah syarikat Studio Ghibli, Daiei Film dan label rakaman muzik Tokuma Japan Communications . Pada 20 Disember tahun 2000, pengasas syarikat ini, Yasuyoshi Tokuma meninggal dunia. Selepas pengasas syarikat ini meninggal dunia, pengurusan aset ke atas aset syarikat telah berlaku. Tokuma Shoten melaksanakan spin-off korporat dengan Studio Ghibli, menjadikan bahagian penerbitan anime dalam Tokuma Shoten sebagai syarikat berasingan pada tahun 2005. Tokuma Shoten juga telah menjual Tokuma Japan Communications kepada Daiichi Kosho pada Oktober tahun 2001, dan Daiei Films telah dibeli oleh syarikat Kadokawa Corporation pada November tahun 2002.

Sejak tahun 2005, syarikat itu telah memperkemaskan dirinya untuk menumpukan perniagaan mereka khusus pada penerbitan media cetak dan pengolahan penceritaan media cetak mereka kepada TV dan filem. Pada 17 Mac tahun 2017, syarikat itu telah diambil alih oleh syarikat lain iaitu syarikat Culture Convenience Club. Perjanjian itu selesai pada akhir Mac tahun yang sama.

Sejarah sunting

Pada Mac tahun 1954, syarikat Tokuma telah ditubuhkan sebagai East-West Entertainment Publishing di Shimbashi 3-chome, Minato-ku, Tokyo dengan modal sebanyak 1,000,000 yen. Syarikat itu mengambil alih hak penerbitan untuk sebuah syarikat lain iaitu syarikat Weekly Asahi Performing Arts yang sudah ditubuhkan sejak Januari tahun 1951. Pada tahun yang sama, pejabat penerbitan untuk cawangan Osaka juga telah dibuka. Pada September tahun 1958, nama syarikat telah ditukar kepada Asahi Performing Arts Publishing. Pada April tahun 1961, Asahi Performing Arts Publishing memulakan bahagian perniagaan penerbitan buku dan bahagian ini dijadikan sebagai sebuah anak syarikat yang bernama Tokuma Shoten. Pada Oktober tahun 1967, syarikat utama Asahi Performing Arts Publishing membuat keputusan untuk bergabung dengan anak syarikatnya, syarikat Tokuma Publishing dan gabungan ini menjadi Syarikat Tokuma Shoten. Pada bulan yang sama, penerbitan bersiri Novel Masalah telah dilancarkan.

Pada Julai tahun 1978, penerbitan majalah bulanan Animage telah dilancarkan, dan pada Oktober tahun 1980, jenama "Tokuma Bunko" telah dilancarkan. Pada Mac tahun 1984, syarikat itu menghasilkan bersama Hakuhodo Inc. sebuah projek memperingati Ulang Tahun yang ke-30 syarikat itu. Syarikat itu juga telah membiayai kos pembanguna filem-filem oleh Studio Ghibli. Pembiayaan bermula dengan filem animasi Nausicaa of the Valley of the Wind. Syarikat ini meneruskan pembiayaan filem animasi oleh Studio Ghibli. Pada Februari tahun 1988, syarikat ini telah mengeluarkan siri anime Legend of the Galactic Heroes yang dihasilkan oleh Yoshiki Tanaka. Pada April tahun yang sama, filem animasi My Neighbor Totoro telah ditayangkan, dan pada September tahun 1988, penerbitan majalah bulanan GoodsPress telah dilancarkan.

Pada tahun 1985, Tokuma Shoten mula menerbitkan majalah Family Computer Magazine, sebuah majalah permainan video pertama yang berfokus pada permainan konsol, khususnya konsol permainan video Nintendo Family Computer (Famicom). Konsol ini kemudian dikeluarkan sebagai Nintendo Entertainment System (NES) di Barat. [2] Majalah ini bermula sebagai majalah yang diterbit bulanan, dengan jumlah pengedaran meningkat dari 180,000 naskhah pada bulan Julai kepada 600,000 naskhah pada Disember tahun 1985. [3] Pada tahun 1986, penerbitan majalah Family Computer Magazine diterbitkan setiap separuh bulanan dan jumlah naskhah mencecah lebih 1 juta salinan setiap terbitan. [4] Perkara ini memberi inspirasi kepada syarikat penerbitan lain untuk menggunakan strategi yang sama seperti penerbitan majalah Famicom Tsūshin ( Famitsu ) pada tahun 1986 dan Nintendo Power pada tahun 1988. [2] Pada Oktober tahun 1985, Tokuma Shoten menerbitkan buku Super Mario Bros: The Complete Strategy Guide, sebuah buku panduan strategi permainan untuk permainan video Super Mario Bros. [5] Sebahagian daripada buku ini mengitar semula kandungan daripada Majalah Family Computer Magazine, sebagai tambahan kepada kandungan baharu yang ditulis oleh Naoto Yamamoto. Walaubagaimanapun, Naoto Yamamoto tidak menerima sebarang royalti untuk kerja ini. Buku itu terjual sebanyak 630,000 naskhah pada tahun 1985, menjadikan ia sebuah buku yang terlaris di Jepun pada tahun tersebut. [6] [3] Buku itu terus terjual sebanyak 860,000 salinan pada Januari 1986, [7] dan sekali lagi menjadi buku terlaris Jepun pada tahun 1986, menjual sejumlah 1.3 juta salinan. Nintendo of America kemudiannya menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris sebagai Bagaimana untuk menang di Super Mario Bros (How to Win at Super Mario Bros.). dan menerbitkannya di Amerika Utara melalui Nintendo Fun Club dan terbitan awal majalah Nintendo Power. [6]

Pada tahun 1989, syarikat Tokuma Shoten telah mengupah syarikat Streamline Pictures untuk menghasilkan filem alih bahasa ke dalam bahasa Inggeris untuk filem Laputa: Castle in the Sky yang diarahkan oleh pengarah Hayao Miyazaki pada tahun 1986. Pengalihan suara ke bahasa Inggeris untuk filem The Castle of Cagliostro juga dilakukan pada tahun 1992. Pada tahun 1988, syarikat Streamline turut mengalih bahasa filem My Neighbor Totoro dan Kiki's Delivery Service, kedua-duanya dialih bahasa di bawah seliaan Gregory Snegoff untuk Tokuma Shoten, walaubagaimanapun filem hasil kerjasama ini hanya digunakan sebagai filem yang boleh ditonton semasa dalam penerbangan (in-flight movie) oleh Japan Airlines. Syarikat penerbangan itu menayangkan filem itu untuk penerbangan diantara Jepun dan Amerika Syarikat . Pada Mei tahun 1994, syarikat itu melancarkan buku bergambar dan buku sastera kanak-kanak sebagai projek peringatan ulang tahun yang ke-40.

Pada Ogos tahun 1996, syarikat Disney dan Tokuma Shoten telah membentuk sebuah perkongsian di mana Buena Vista Pictures akan menjadi pengedar antarabangsa tunggal untuk filem animasi Studio Ghibli yang dimilik oleh Tokuma Shoten. Sejak itu, ketiga-tiga filem yang disebut di atas oleh Miyazaki di Studio Ghibli yang sebelum ini dialih suara oleh syarikat Streamline telah dialih suara oleh Disney. [8] Pada 1 Jun tahun 1997, syarikat Tokuma Shoten Publishing telah menyatukan operasi medianya dengan menggabungkan tiga anak syarikat. Tiga anak syarikat tersebut adalah syarikat Studio Ghibli, Tokuma Shoten Intermedia dan Tokuma International. [9] Pada Februari tahun 1999, novel terbitan hadiah peringatan ulang tahun ke-30, telah diadakan di anugerah SF (Sains Fiksyen) Jepun yang ke-19, dengan sebuah majlis penyampaian novel pendek yang dilabelkan sebagai anugerah sastera Tokuma. Pada Julai tahun 2001, filem Spirited Away telah ditayangkan. Filem ini telah memecahkan banyak rekod tayangan filem dan perkara ini menjadikan filem Spirited Away sebagai filem yang paling berjaya di dalam sejarah Jepun pada masa itu, dengan mengutip lebih kurang 289 Juta USD dari tayangan di seluruh dunia. Pada November tahun 2004, fielm Howl's Moving Castle telah ditayangkan. Bersama-sama dengan filem itu, buku asal dengan nama yang sama juga telah diterbitakn dan ia berjaya di pasaran. Antara tahun 1999 sehingga tahun 2005, Studio Ghibli merupakan salah anak syarikat Tokuma Shoten. Namun hubungan anak syarikat tersebut berakhir pada April tahun 2005, di mana Studio Ghibli telah dipisahkan daripada Tokuma Shoten dan ditubuhkan semula sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri.

Pada September tahun 2006, Majalah bulanan Comic Ryu telah diterbitkan. Pada Oktober tahun 2006, Majalah mingguan Asahi Performing Arts telah meraikan ulang tahunnya yang ke-50. Pada Mei tahun 2007, siri TV animasi Dennou coli telah ditayangkan, dan pada Mei 2011, Rancangan Rongu Blessing yang bertajuk Long Blessed Diet (siri Ryosuke Miki ) telah mengumpulkan sebanyak 1.16 juta tontonan. Pada Januari tahun 2012, majalah penerbitan bulanan Volt telah dilancarkan, dan pada September tahun 2012, Sweet Girly Artbook Larme dilancarkan. Pada April tahun 2013, drama TV Tokimeki Deka Tachibana, yang berdasarkan Tokuma Comics Sakado oleh Sadako Original, dan Torii Tori Drawing telah disiarkan di syarikat televisyen TV Tokyo sebagai sebuah rancangan bersiri. Pada Jun tahun 2013, drama Trafik oleh Shibata Yoshiki telah disiarkan di NHK. Pada Mei tahun 2014, syarikat itu mengeluarkan filem Wood Job! ~ Original God of dreams di seluruh negara. God's Honorable Emotional Daily oleh Miura Shin turut dikeluarkan. Pada Julai tahun 2015, siri animasi daripada manga di Comic Ryo yang bertajuk Monster Musume no daily life telah disiarkan.

Pada Januari 2017, Tokuma Bunko telah melancarkan drama Today is a good day oleh Maha Harada yang disiarkan di WOWOW. Pada Mac tahun 2017, Tokuma Shoten menjadi anak syarikat kepada syarikat Culture Convenience Club melalui pertukaran pemerolehan saham. Selepas menjadi anak syarikat, harta intelek Tokuma Shoten masih diolah menjadi drama dan siri animasi. Pada April tahun 2017, sebuah siri manga dari majalah Comic Ruy, Alice dan Kura Six oleh Tetsuya Imai telah dijadikan sebagai sebuah siri animasi dan disiarkan. Pada Julai tahun 2017, drama Tokuma Bunko Akira dan Akira oleh Ike Well Jun telah disiarkan di WOWOW.

Majalah sunting

Penerbitan terdahulu sunting

Filem sunting

Permainan video diterbitkan sunting

Tahun Tajuk Platform
1985 Lot Lot MSX, Nintendo Entertainment System
1985 Exed Exes Nintendo Entertainment System
1987 Labyrinth: Maō no Meikyū Nintendo Entertainment System
1988 Captain Silver Nintendo Entertainment System
1990 Guerrière Lyewärd Sharp X68000
1990 Power Soccer Nintendo Entertainment System
1990 Ayumi PC-88
1991 Kimi Dake ni Ai o... MSX, PC-98, Sharp X68000
1991 Dragon Eyes MSX, PC-88, PC-98, Sharp X68000
1991 Gorby no Pipeline Daisakusen FM Towns, MSX, Nintendo Entertainment System
1991 Puyo Puyo Family Computer Disk System
1992 Continental MSX, PC-98, Sharp X68000
1993 Himitsu no Hanazono PC-98, TurboGrafx CD
1993 Yadamon: Wonderland Dream Super Nintendo Entertainment System
1994 Hatsukoi Monogatari TurboGrafx CD
1994 Dennō Tenshi: Digital Angel TurboGrafx CD
1995 Eternal Filena Super Nintendo Entertainment System
1995 Love Quest Super Nintendo Entertainment System
1995 ClockWerx Super Nintendo Entertainment System, PlayStation, Sega Saturn
1996 Madō Monogatari: Hanamaru Daiyōchienji Super Nintendo Entertainment System
1996 Virgin Dream TurboGrafx CD
1996 Fire Woman: Matoi-gumi PC-FX, PlayStation
1997 Motteke Tamago TurboGrafx CD
1998 Zoku Hatsukoi Monogatari: Shūgaku Ryokō PC-FX, PlayStation, Sega Saturn
1999 Incredible Crisis Arcade, PlayStation

Rujukan sunting

  1. ^ "会社概要."
  2. ^ a b Gifford, Kevin (April 27, 2008). "'Game Mag Weaseling': Japan Mag Roundup 2008". GameSetWatch. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2012. Dicapai pada 1 March 2012.
  3. ^ a b "Overseas Readers Column: "Super Mario Bros." Boom Bringing Best Selling Book" (PDF). Game Machine. No. 275. Amusement Press, Inc. 15 January 1986. m/s. 24.
  4. ^ "The Video Game With Media Potential". Japan Quarterly. The Asahi Shimbun: 295-296 (296). 1986. A magazine introducing game software for the Famikon, called Family Computer Magazine, has also appeared, selling over 1 million copies of each semimonthly issue.
  5. ^ Plunkett, Luke (May 18, 2011). "When Mario Had a Best-Selling...Book?". Kotaku. Dicapai pada 23 February 2021.
  6. ^ a b Gifford, Kevin (May 4, 2011). "More on Tokuma's Mario Guide". Magweasel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-06. Dicapai pada 22 February 2021.
  7. ^ Information Bulletin. Public Information Bureau (Ministry of Foreign Affairs). 1986. m/s. 22. The biggest hit so far among the large number of games developed by Nintendo for the Family Computer is “Super Mario Brothers,” which involves extinguishing the enemy with beam weapons, points being scored for every enemy toppled. Tokuma Shoten publishing company put out a book explaining the special techniques required to gain high scores and bring additional characters onto the screen in this game last October. By the end of January, it had sold 860,000 copies.
  8. ^ "August Issue News Section:Disney Will Distribute Japanese Animation". Animation World Magazine. August 1996. Dicapai pada 19 July 2011.
  9. ^ Karrfalt, Wayne (May 27, 1997). "Tokuma looks to merge film, media distribution". The Hollywood Reporter. Dicapai pada May 21, 2015.

Pautan luar sunting

Templat:IFPI members in Japan