Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Tolong Sempurnakan Cerita Mami ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2020 arahan Eyra Rahman. Dibintangi oleh Fatimah Noryyah, dan Isyariana. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 13 Januari 2020 menggantikan TQ Captain.[1]

Tolong Sempurnakan Cerita Mami
GenreKeluarga
Cinta
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami karya Syamnuriezmil
Ditulis olehRehal Nuharis
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Fatimah Noryyah
Isyariana
Dato' Fizz Fairuz
Alvin Chong
Azizah Mahzan
Eleena Sui
Lagu pembukaanTeguh Setia nyanyian Muna Shahirah
Lagu penutupTeguh Setia nyanyian Muna Shahirah
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Dear Creative Media Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
(Slot MegaDrama)
Siaran asal13 Januari 2020 – 6 Februari 2020
Kronologi
MengikutiTQ Captain
Diikuti olehChandelier

Sinopsis sunting

Adeena Aurell (Fatimah Noryyah) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya (Isyariana) dan Aun Adwa (Dato' Fizz Fairuz). Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie/Deena yang sentiasa berpindah seperti orang nomad. Dia mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangannya semuanya gagal.

Muncul Ku Harez Harith (Alvin Chong) yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mami dan papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.Namun begitu, Razean tidak menyenangi kehadiran semula Ku Harez dalam keluarga mereka.Mengapa papanya sanggup menceraikan maminya dan mahu bekas isterinya berkahwin lagi dengan cikgu Ku Harez?Mengapa pula mami tidak selesa dengan kehadiran semula cikgu Ku? Adakah mereka pernah ada hubungan istimewa sewaktu di London? Dapatkah rancangan Papa Adwa berhasil menyempurnakan cerita mami Addie/Deena?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Sempurnakan Cerita Mami. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021