Rencana ini adalah mengenai penulis Tom Clancy; untuk ahli pancaragam muzik rakyat Ireland, Clancy Bersaudara, sila lihat Tom Clancy (penyanyi).

Thomas Leo Clancy Jr. (lahir 12 April 1947 - 1 Oktober 2013), lebih dikenali sebagai Tom Clancy ialah penulis cerita seram politik yang laris dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal untuk jalan cerita pengintipan yang terperinci dari segi teknikal serta sains ketenteraan yang berlatarkan situasi Perang Dingin. Namanya juga telah dijadikan jenama untuk buku-buku serupa ditulis penulis-penulis siluman serta untuk sebuah siri buku ilmiah mengenai topik-topik ketenteraan dan biografi tokoh-tokoh terutama.

Tom Clancy
Tom Clancy di Kolej Boston tahun 1989
Tom Clancy di Kolej Boston tahun 1989
Lahir(1947-04-12)12 April 1947
Kaunti Baltimore,
Maryland,
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Meninggal dunia1 Oktober 2013(2013-10-01) (umur 66)
Kaunti Baltimore,
Maryland,
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
PekerjaanPenulis novel
WarganegaraAmerika Syarikat
Tempoh1984 - kini
GenreCerita seram politik,
Cereka jenayah

Biografi sunting

Dilahirkan di Kaunti Baltimore, Maryland, Clancy menyertai Loyola Blakefield, sebuah sekolah persediaan di Towson, Maryland, dan tamat sekolah pada tahun 1965. Beliau kemudian menyertai kursus Kesusasteraan Bahasa Inggeris di Kolej Loyola yang terletak di Baltimore, dan memperoleh ijazahnya pada tahun 1969. Clancy berkata bahawa beliau mempelajari bahasa Inggeris kerana tidak cukup pandai untuk belajar fizik. Sebelum kemunculannya dalam bidang kesusasteraan, beliau menghabiskan masanya untuk mengendalikan sebuah perniagaan insuran.

Clancy berkahwin dengan isteri pertamanya, Wanda, pada dekad 1970-an. Selepas melahirkan beberapa anak, mereka bercerai pada tahun 1998. Pada tahun yang sama, Tom Clancy telah menandatangani sebuah perjanjian belian untuk membeli pasukan bola sepak Minnesota Vikings, akan tetapi urus niaga itu gagal ketika penyelesaian perceraian mengurangkan nilai bersihnya secara ketara. Clancy berkahwin dengan penulis Alexandra Marie Llewellyn yang berumur 32 tahun pada 26 Jun 1999 ketika beliau berumur 52 tahun.

Tom Clancy merupakan pembela Islam yang awal selepas Serangan 11 September 2001. Pendiriannya ini memeranjatkan banyak orang. Beliau ditemu ramah oleh CNN pada lewat hari itu. Clancy juga bergaul dengan Jeneral Anthony Zinni, pengkritik terhadap kedua-dua perang di Iraq serta Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Kedua-dua penulis itu telah bekerjasama untuk menghasilkan dua buah buku.

Meninggal dunia pada 01 Oktober 2013 pada usia 66 tahun di Hospital Baltimore, Maryland berhampiran dengan rumah beliau.

Bibliografi sunting

The Hunt for Red October (1984), Patriot Games (1987), Clear and Present Danger (1989) dan The Sum of All Fears (1991) telah diadaptasikan ke bentuk filem yang berjaya dari segi komersil melalui lakonan artis berkaliber seperti Alec Baldwin, Ben Affleck, dan Harrison Ford berlakon sebagai Jack Ryan, watak cereka Clancy yang paling terkenal, manakala watak cerekanya yang kedua termasyhur, John Clark, telah dilakon oleh pelakon-pelakon Willem Dafoe dan Liev Schreiber.

Dengan penerbitan Gigi Harimau, Clancy memperkenalkan anak lelaki serta dua orang anak saudara lelaki Jack Ryan sebagai watak-watak utama. Beliau kelihatan telah membersarakan Jack Ryan sebagai watak utama. Banyak peminat telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap karya-karya cereka Clancy yang baru-baru ini dan jualan bukunya telah membayangkan arah aliran pembaca yang beransur-ansur meninggalkan buku Clancy.

Clancy telah menulis banyak buku ilmiah tentang berbagai-bagai cabang Tentera Amerika Syarikat (sila lihat senarai buku ilmiah di bawah). Clancy juga menjenamakan dengan nama sendiri banyak barisan buku yang ditulis oleh penulis-penulis yang lain. Sungguhpun ditulis oleh penulis-penulis yang lain, jalan cerita umumnya adalah selaras dengan karya-karya Clancy:

Buku-buku tersebut kekadang dirujuk oleh peminat buku Tom Clancy sebagai buku "koma terbalik". Pada mula-mulanya, Clancy tidak mengaku bahawa siri-siri buku itu ditulis oleh penulis-penulis yang lain, dan hanya merakamkan terima kasih kepada penulis sebenar dalam pengenalan pengarang kerana "sumbangan yang bernilai kepada manuskrip".

Pada tahun 1997, Tom Clancy memeretai sebuah urus niaga buku dengan Penguin Putnam Inc. (sebahagian daripada syarikat Pendidikan Pearson) yang membayarnya AS$50 juta untuk hak cipta sejagat bahasa Inggeris untuk dua buah buku yang baru. Beliau kemudian mengikat perjanjian kedua yang bernilai AS$25 juta untuk sebuah urus niaga buku/multimedia empat tahun. Clancy menggunakan kesempatan yang diberikan oleh penyiaran mini-siri televisyen, Pasukan Rangkaian Tom Clancy, pada musim luruh/sejuk 1998 untuk mengikat sebuah perjanjian dengan Syarikat Buku Berkley bagi 24 buah buku kulit lembut. Alam sejagat Pusat Operasi telah menyediakan asas untuk siri buku yang ditulis oleh Jeff Rovin, suatu perjanjian yang bernilai AS$22 juta. Pada keseluruhannya, jumlah nilai pakej ialah AS$97 juta.

Kesemua novel Clancy, kecuali dua buah, menonjolkan Jack Ryan dan/atau John Clark.

Perkara remeh sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Ulasan dan kritikan kesusasteraan sunting

Buku-buku oleh Tom Clancy

Buku fiksyen:
1980-an: The Hunt for Red October | Red Storm Rising | Patriot Games | The Cardinal of the Kremlin | Clear and Present Danger
1990-an: The Sum of All Fears | Without Remorse | Debt of Honor | Executive Orders | SSN | Rainbow Six
2000-an: The Bear and the Dragon | Red Rabbit | The Teeth of the Tiger


Buku ilmiah:
1990-an: Submarine | Armored Cav | Fighter Wing | Marine | Into the Storm | Airborne | Carrier | Every Man a Tiger
2000-an: Special Forces | Shadow Warriors | Battle Ready