Tom Clancy's Net Force

Untuk filem televisyen 1999, sila lihat Pasukan Rangkaian (filem)


Tom Clancy's Net Force ("Pasukan Rangkaian Tom Clancy") ialah sebuah siri novel yang dicipta oleh Tom Clancy bersama Steve Pieczenik serta ditulis oleh Steve Perry; ia diterbitkan pada tahun 1998. Siri ini berlatarbelakangkan tahun 2010 dan mencartakan tindakan-tindakan Pasukan Rangkaian (Net Force), sebuah agensi persekutuan yang ditubuhkan untuk memerangi jenayah internet yang semakin bertambah.

Langkah-langkah Waktu Malam, salah satu buku dalam siri Pasukan Rangkaian Tom Clancy.

Siri ni ditujukan kepada para pembaca dewasa, manakala siri berkaitnya Net Force Explorers yang mengikut pengembaraan sebuah pasukan tambahan remaja kepada Net Force pada tahun 2025 ditujukan kepada pembaca remaja yang lebih tua.

Novel ini menceritakan tentang sebuah dunia yang perisian realiti maya mudah didapati dan amat canggih. Manusia boleh mempergunakan topi keledar serta sarung tangun untuk mencapai laman web dan berkelakuan seolah-olah mereka sebenarnya di sana.

Konsep awal untuk Net Force disebut secara tidak langsung dalam novel Op-Center ketiga, Games of State. Memandangkan bahawa Pasukan Rangkaian dicipta oleh kedua-dua tokoh yang sama dengan siri Pusat Operasi, latar novel ini boleh dianggap sebagai berlaku di dalam alam sejagat yang sama. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang hubungan langsung antara kedua-dua siri ini yang dapat disimpul.

Watak utama sunting

Watak-watak yang berikut muncul dalam hampir kesemua, jika bukan semua, buku:

  1. Komander Alex Michaels - ketua Pasukan Rangkaian yang dinaik pangkat dalam buku pertama meletakkan jawatannya itu dalam sebuah rombakan
  2. Toni Fiorella/Michaels - orang bawahan Michaels yang akhirnya mengahwininya
  3. Jay Gridley - pengaturcara utama Pasukan Rangkaian yang seringnya mencapai kejayaan besar yang utama
  4. Jeneral John Howard - ketua cabang ketenteraan Pasukan Rangkaian yang merancang dan melaksanakan serangan mendadak
  5. Leftenan Julio Fernandez - kawan John Howard yang juga bertugas dalam unit ketenteraan Pasukan Rangkaian
  6. Komander Thomas Thorn - mengambil alih pucuk pimpinan Pasukan Rangkaian selepas peletakan jawatan Alex Michaels (dibabadkan dalam Pasukan Rangkaian Tom Clancy: Pertukaran Barisan Pengawal )
  7. Jeneral Abraham Kent - pegawai laut seumur hidup yang mengambil alih jawatan Jeneral Howard sebagai ketua cabang ketenteraan Pasukan Rangkaian (dibabadkan dalam Pasukan Rangkaian Tom Clancy: Pertukaran Barisan Pengawal )

Jalan cerita sunting

Templat:Spoiler

Buku-buku dalam siri ini setakat ini ialah:

  • Net Force (ISBN 0-425-16172-2) : Buku ini adalah mengenai Vladimir Plekhanov, seorang anak negeri Rusia. Melalui mengakibatkan kacau-bilau dengan menggunakan komputer, dia bertujuan untuk mendapat untung daripada kontrak-kontrak keselamatan. Dengan wang itu, Plekhanov merancang untuk membeli kerajaan-kerajaan supaya dapat menjadi kaya dan berkuasa. Pasukan Rangkaian akhirnya mengesan dan menangkapnya dalam sebuah misi berani ke Chechnya.
  • Hidden Agendas (ISBN 0-425-17139-6) : Thomas Hughes ialah pembantu kepada seorang menteri yang penting. Dengan mempergunakan kedudukannya, dia dapat memperoleh banyak kata jodoh serta maklumat rahsia, dan memperalatkan Platt, pembantunya yang bersifat perkauman, untuk memuat naik banyak rahsia ke dalam internet. Pada sepanjang masa ini, dia mengalihkan perhatian orang lain daripada rancangannya yang sebenar, iaitu untuk mencuri AS$150 juta dan memiliki kerajaan Guinea-Bissau. Sekali lagi, Pasukan Rangkaian mendapat tahu tentang rancangannya dan dapat menghalangnya.
  • Night Moves (ISBN 0-425-17400-X) : Peter Bascoomb-Coombes, seorang ahli sains yang bijak, telah mencipta sebuah komputer kuantum yang berupaya memecahkan kod-kod komputer yang dianggap selamat. Dia mengakibatkan Gridley, pengaturcara Pasukan Rangkaian yang terbaik, tidak berupaya kerana angin ahmar melalui internet. Peristiwa ini berlaku di England, dan Pasukan Rangkaian akhirnya menangkap atau membunuh orang-orang yang terlibat.
  • Breaking Point (ISBN 0-425-17693-2) : Morrison, lagi seorang ahli sains yang unggul, mempergunakan Frekuensi Terlalu Rendah (ELF) untuk mengakibatkan kumpulan-kumpulan besar menjadi gila supaya mereka menyerang antara satu sama lain. Negara China bersedia untuk membayar AS$400 juta untuk memperoleh maklumatnya, dan Morrison sudi menerima urus niaga itu. Dia menggaji Ventura, seorang pembunuh yang kemudian menjadi pengawal peribadi, untuk melindunginya. Dalam finale yang cemas, kedua-dua Morrison dan Ventura serta perunding Cina mati dan rahsia itu terhilang selama-lamanya.
  • Point of Impact (ISBN 0-425-17923-0) : Robert "Bobby" Drayne ialah seorang ahli kimia yang jauh di hadapan pesaing-pesaingnya. Beliau berniaga "Tukul Thor ", sejenis drug yang boleh menyebabkan pengguna-penggunanya mencapai kekuatan dan kecerdasan yang luar biasa. Beliau mendapat untung melalui penjualan drugnya dalam internet. Pasukan Rangkaian ditugasi membantu menyiasat dan mencari peniaga itu. Drayne akhirnya dibunuh dalam suatu kejadian yang tidak disangka-sangka oleh seorang yang bekerja di sebuah syarikat farmaseutikal.
  • CyberNation (ISBN 0-425-18267-3) : Negara Siber ialah sebuah dunia dalam talian yang manusia hidup dan membayar cukai. Sebagai sebuah gagasan yang penuh dengan perbalahan, ia memerlukan lebih banyak sokongan sebelum Kongres akan mengiktirafkannya sebagai sebuah negeri "sebenar". Dengan menggunakan sepasukan pengaturcara, penganjur-penganjur Negara Siber melancarkan satu siri serangan internet supaya dapat meyakinkan pengguna-pengguna bahawa ISP mereka tidak boleh diharap dan oleh itu, meyakinkan mereka supaya menyertai Negara Siber. Pasukan Rangkaian menghentikan mereka sebelum serangan utama mereka, tetapi Negara Siber tidak dikalahkan.
  • State of War (ISBN 0-425-18813-2): Buku ini menyusul secara langsung daripada buku "Negara Siber". Selepas Pasukan Siber menamatkan serangan-serangan ke atas internet, sebelah Negara Siber yang sah terus berkembang maju dan juga memulakan tindakan mahkamah terhadap Pasukan Rangkaian kerana dikatakan menggunakan kuasa berterlaluan semasa menggempur kapal pesiaran Negara Siber. Bagaimanapun, tindakan ini hanya merupakan suatu taktik untuk melambatkan masa, dan peguam termasyhurnya sebaliknya mendapati diri melakukan jenayah ketika pembunuh upahan yang digajinya tidak dapat dikawal.
  • Changing of Guard (ISBN 0-425-19376-4)
  • Spring Board (ISBN 0-425-19953-3)
  • Archimedes Effect (ISBN 0-425-20424-3) : Sebuah pangkalan tentera diserang dan Pasukan Rangkaian ditugasi untuk mengesan pesalah-pesalahnya. Orang-orang jahat itu kemudian didapati mempergunakan sebuah permainan VR dalam talian secara besar-besaran untuk menyebabkan pengguna-pengguna menguji berbagai-bagai cara untuk memasuki pangkalan tentera itu. Kapten Lewis, seorang wanita komputer yang menarik dan yang bekerja dengan Jay untuk kes tersebut, kedapatan merupakan penjenayah sungguhpun dia cuba menggoda Jay pada sepanjang buku itu. Dia akhirnya ditangkap.

Format-format lain sunting

Buku pertama dalam siri ini dipadankan untuk tayangan di televisyen pada tahun 1999, dan membintangi Scott Bakula sebagai Alex Michaels dan Joanna Going sebagai Toni Fiorelli. [1]