Tom De Sutter

Belgian footballer

Tom De Sutter (lahir 3 Julai 1985]) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk kelab Club Brugge. Beliau bermain di posisi penyerang.

Tom De Sutter
Maklumat peribadi
Nama penuh Tom De Sutter
Tarikh lahir (1985-07-03) 3 Julai 1985 (umur 38)
Tempat lahir Ghent, Belgium
Ketinggian 1.92 m (6 ka ​3 58 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Club Brugge
Nombor 9
Kerjaya remaja
1992–1997 KVV Balegem
1997–2001 Standaard Wetteren
2001–2005 Club Brugge
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 KM Torhout 26 (10)
2006–2009 Cercle Brugge 61 (20)
2009–2013 Anderlecht 97 (33)
2013– Club Brugge 31 (12)
Pasukan kebangsaan
2006–2008 Belgium B21 4 (0)
2008–2009 Belgium 14 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 29 Februari 2012

Kerjaya sunting

De Sutter mula bermain aktiviti bola sepak di kelab bola sepak tempatan, KVV Balegem. Beliau kemudian ditarik minat oleh kelab Standaard Wetteren. Dari situ, beliau berpindah Club Brugge dan beliau tidak menadapat tempat ketika bersama kelab itu. Jadi, beliau kembali semula ke kelab divisyen ketiga, KM Torhout 1992. De Sutter menjadi antara penjaring terbanyak dan beliau dibeli oleh Cercle Brugge selepas satu perlawanan persahabatan di mana beliau menjaringkan hatrik.

Pada 27 November 2007, De Sutter menjaringkan empat gol daripada 21 minit pada perlawanan Piala Belgium. Beliau kemudian menarik minat dari kelab Anderlecht dan Trabzonspor.

Pada 1 Februari, Cercle Brugge melaporkan bahawa selepas aksi Piala Belgium menentang Standard Liège di mana De Sutter menjaringkan gol akhir untuk memastikan kemenangan 4-1, beliau telah menerima bidaan tertinggi iaitu sebanyak 7.5 juta euro dari kelab Zenit Saint Petersburg tetapi ketua jurulatih, Dick Advocaat menolak. Pada penghujung Januari 2008, jurulatih kebangsaan, Rene Vandereycken memasukkan De Sutter dalam skuad perlawanan persahabatan tidak rasmi menentang Standard Liège. Sehari sebelum perlawanan, beliau mengalami kecederaan lutut menyebabkan beliau terpaksa berehat selama enam bulan. Beliau kembali semula pada musim 2008–2009 untuk bermain bersama Cercle.

Penghargaan sunting

R.S.C. Anderlecht

Pautan luar sunting