Tom Moore

pegawai tentera British dan pengumpul dana (1920–2021)

Kapten Sir Thomas Moore (30 April 1920 – 2 Februari 2021), lebih dikenali sebagai "Kapten Tom", ialah seorang pegawai Tentera British. Beliau terkenal atas pencapaiannya mengumpulkan wang untuk dana bersempena ulang tahun kelahiran beliau ke-100 semasa pandemik COVID-19.


Tom Moore
Gambar Moore sebagai leftenan kedua Tentera British (sekitar tahun 1941)
Kelahiran
Thomas Moore

(1920-04-30)30 April 1920
Keighley, West Riding of Yorkshire, England
Meninggal dunia2 Februari 2021(2021-02-02) (umur 100)
Bedford, Bedfordshire, England
Sebab kematianKomplikasi COVID-19 akibat pneumonia
Pusat pendidikanKeighley Grammar School
Pekerjaan
Terkenal kerana
  • Veteran Perang Dunia II
  • Berjalan 100 pusingan untuk dana petugas kesihatan COVID-19 UK
Pasangan
  • Billie (k. 1949)
  • Pamela (k. 1968; m. 2006)
Anak-anak2
Anugerah
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United Kingdom
PerkhidmatanBendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Tahun perkhidmatan1939–1946
Pangkat
  • Kapten
  • Kolonel Kehormat, Army Foundation College
    (dari April 2020)
Unit
  • Rejimen Duke of Wellington
  • Kor Rejimen Tentera Diraja ke-145
  • Kor Rejimen Tentera Diraja ke-146
PertempuranPerang Dunia II
  • Kempen Burma
    • Pertempuran di Pulau Ramree
Laman web rasmicaptaintom.org Sunting ini di Wikidata

Moore bertugas di India, terlibat dalam kempen Burma semasa Perang Dunia II, dan kemudian menjadi tenaga pengajar dalam perang berperisai. Selepas perang, beliah bekerja sebagai pengarah urusan syarikat konkrit dan merupakan pelumba gemar motosikal.

Pada 6 April 2020, pada usia 99 tahun, beliau mulai berjalan mengelilingi kebunnya untuk membantu NHS Charities Together, dengan tujuan mengumpulkan £1,000 menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-100.[1][2] Dalam tempoh 24 hari pengumpulan dana, beliau membuat banyak kemunculan media dan menjadi nama rumah tangga yang popular di United Kingdom. Tindakan beliau itu juga memperoleh sejumlah penghargaan dan menarik lebih dari 1.5 juta individu memberi sumbangan. Sebagai menghargai usahanya, beliau menerima anugerah BBC Sports Personality of the Year Helen Rollason Award. Beliau tampil dalam versi album lagu "You'll Never Walk Alone" bersama dengan Michael Ball. Hasilnya turut pergi ke badan amal yang sama. Album single beliau itu menduduki tangga teratas di tangga lagu Inggeris, menjadikannya individu tertua yang mendapat tempat pertama album single UK.

Pada pagi hari ulang tahunnya yang ke-100, jumlah yang diperoleh sepanjang pusingannya melebihi £30 juta,[3] dan pada saat kempen ditutup pada akhir hari itu, jumlah dana telah meningkat lebih dari £32.79 juta.[4] Hari lahirnya disambut dengan beberapa cara, termasuk flypast oleh Tentera Udara Diraja British αdan Tentera British. Beliau menerima lebih daripada 150,000 kad ucapan dan dilantik sebagai kolonel kehormat. Pada 17 Julai 2020, beliau dianugerahkan Knight Bachelor oleh Ratu Elizabeth II di Istana Windsor.

Pada 2 Februari 2021, Moore meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 iaitu pneumonia di Hospital Bedford.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Low, Valentine (15 April 2020). "Captain Tom Moore, 99, raises £5m for NHS with 100th birthday walk". The Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
  2. ^ "Army veteran's £7m for NHS 'out of this world'". BBC News. 15 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 15 April 2020.
  3. ^ "Captain Tom Moore's 100th Birthday Walk for the NHS". JustGiving. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2020. Dicapai pada 30 April 2020.
  4. ^ "How is Captain Tom Moore's fundraising money helping the NHS and will JustGiving profit from it?". Heart. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2020. Dicapai pada 25 April 2020.
  5. ^ "Covid-19: Captain Sir Tom Moore dies with coronavirus". BBC News. 2 February 2021. Dicapai pada 2 February 2021.

Pautan luar sunting