Laksamana Sir Thomas "Tom" Spencer Vaughan Phillips KCB (19 Februari 1888 - 10 Disember 1941) adalah seorang pegawai Royal Navy yang berkhidmat di kedua-dua Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Beliau diberi nama jolokan "Tom Thumb", kerana fizikalnya yang rendah. Beliau menjadi terkenal sebagai pemerintah Force Z semasa pencerobohan Jepun ke atas Tanah Melayu, dimana beliau tenggelam bersama-sama kapal panglimanya, iaitu kapal tempur HMS Prince of Wales. Phillips merupakan salah seorang pegawai tertinggi tentera Bersekutu yang terbunuh dalam pertempuran semasa Perang Dunia Kedua.[A]

Sir Tom Spencer Vaughan Phillips
Laksamana Madya Tom Phillips pada Mac 1940
Nama samaranTom Thumb
Kelahiran(1888-02-19)19 Februari 1888
Kastil Pendennis, Falmouth, Cornwall
Meninggal dunia10 Disember 1941(1941-12-10) (umur 53)
Laut China Selatan, luar pantai Kuantan, Tanah Melayu
KesetiaanUnited Kingdom
PerkhidmatanRoyal Navy
Tahun perkhidmatan1903–1941
PangkatLaksamana
ArahanForce Z (1941)
Armada Timur (1941)
Stesen China (1941)
Flotila Pembinasa Armada Negeri (1938–39)
HMS Hawkins (1932–35)
Flotila Ke-6 Pembinasa (1928–29)
HMS Campbell (1928–29)
HMS Verbena (1924–25)
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Commander of the Order of the Bath

Hayat Awal sunting

Tom Phillips adalah anak kepada Kolonel Thomas Vaughan Wynn Phillips, Rejimen Artileri Diraja. Ibunya, Louisa Mary Adeline de Horsey Phillips adalah puteri kepada Laksamana Sir Algernon Frederick Rous de Horsey.

Kerjaya ketenteraan sunting

Tom Phillips menyertai Tentera Laut Diraja dalam tahun 1903 sebagai seorang kadet laut. Beliau menjadi seorang pegawai kadet kanan dalam tahun 1904, dan dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Madya dalam tahun 1907. Dalam bulan Julai 1908, Tom Phillips dijadikan seorang Leftenan.

Semasa Perang Dunia Pertama sunting

Semasa Perang Dunia I, Tom Phillips berkhidmat di atas kapal pembinasa di Laut Mediterranean dan di Timur Jauh. Tom Phillips menghadiri Maktab Turus dalam tahun 1919. Dalam tahun 1920 hingga 1922, Tom Phillips menjadi penasihat tentera Liga Bangsa-Bangsa (League of Nations). Dalam bulan Jun 1921, beliau dinaikkan pangkat menjadi Komander dan dalam bulan Jun 1927, beliau dinaikkan pangkat lagi sebagai Kepten. Dalam tahun 1932, Tom Phillips dilantik menjadi Penolong Pengarah Bahagian Perancangan di Jabatan Admiralti. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Komodor dalam tahun 1938 dan pada bulan Januari 1939 dinaikkan pangkat menjadi Laksamana Muda dan diberi memerintah sebuah flotilla kapal pembinasa.

Semasa Perang Dunia Kedua - dalam Force Z sunting

Tom Phillips dilantik menjadi Panglima Besar Armada Timur Jauh pada penghujung tahun 1941. Phillips dijadikan pemangku Laksamana dan belayar pada 25 Oktober 1941 menuju Singapura bersama-sama satu detasmen dikenali sebagai "Pasukan G" yang terdiri daripada kapal Laksamana HMS Prince of Wales, HMS Repulse dan empat buah kapal pembinasa HMS Electra, HMS Express, HMS Encounter, and HMS Jupiter. Kapal induk HMS Indomitable sepatutnya menyertai pasukan ini tetapi terkandas di Hindia Barat. Setibanya Phillips di Singapura, pasukannya ditukarkan nama menjadi "Force Z".

Jepun melancarkan serangan ke atas Semenanjung Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dengan pendaratan di Kota Bharu. Phillips berpendapat kapal terbang Jepun tidak dapat mengancam pasukannya, dan membawa pasukannya terdiri dari HMS Prince of Wales, HMS Repulse dan empat buah kapal pembinasa HMS Electra, HMS Express, HMAS Vampire'' dan HMS Tenedos ke arah utara untuk bertembung dengan pasukan Jepun. Force Z tidak menjumpai pasukan Jepun itu tetapi sebaliknya dijejak oleh kapal selam Jepun I-65.

Penenggelaman di luar pantai Tanah Melayu sunting

HMS Prince of Wales dan HMS Repulse ditenggelamkan dalam serangan udara pada 10 Disember yang dilancarkan oleh 86 pesawat pengebom Jepun dari Flotilla udara Ke-22 yang berpangkalan di Saigon. 2,081 daripada 2,921 pegawai dan anak kapal daripada HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dapat diselamatkan tetapi Tom Phillips dan Kapten John Catterall Leach tenggelam bersama-sama kapal mereka.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Nota sunting

  1. ^ The others were Soviet Red Army Generals Ivan Chernyakhovsky and Nikolai Vatutin, Chinese National Army Lieutenant-General Zhang Zizhong (at the time of his death holding acting full general rank), Royal Air Force Air Marshal Trafford Leigh-Mallory (who held acting air chief marshal rank), and U.S. Army Generals Lesley J. McNair and Simon Bolivar Buckner Jr..

Rujukan sunting

  • Mark M. Boatner: The Biographical Dictionary of World War II. – Presidio Press, Novato CA, 1996. – ISBN 0-89141-548-3
  • H. G. Thursfield: Phillips, Sir Tom Spencer Vaughan (1888–1941). In: Oxford Dictionary of National Biography. – Oxford und New York, 1959
  • Stephen, Martin. Sea Battles in Close-up, p. 99–114. Shepperton, Surrey: Ian Allan, 1988.
  • Part of this article are based on a translation of the equivalent article of the German Wikipedia, dated 28 September 2006

Pautan luar sunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
Sir Andrew Cunningham
Timbalan Ketua Turus Tentera Laut
1939–1941
Diikuti oleh:
Kosong
(disandang seterusnya oleh Sir Robert Oliver)
Didahului oleh
Sir Geoffrey Layton
Panglima Besar Stesen China
1941
Diikuti oleh:
Sir Geoffrey Layton