Tomasz Kuszczak

footballer

Tomasz Mirosław Kuszczak lahir 20 Mac 1982 di Krosno Odrzańskie, Poland merupakan seorang pemain bolasepak antarabangsa Poland, yang juga merupakan seorang penjaga gol dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Pasukan bola sepak kebangsaan Poland. Di kalangan peminat Manchester United dan West Bromwich beliau sudah mendapat gelaran "Pole in Goal" atau "PIG" sebagai ringkasan. Kuszczak membuat 14 penampilan dengan pasukan Bawah-21 Poland, dan telah memperoleh 6 cap antarabangsa dalam skuad kebangsaan Poland.

Tomasz Kuszczak
Maklumat peribadi
Nama penuh Tomasz Mirosław Kuszczak[1]
Tarikh lahir (1982-03-20) 20 Mac 1982 (umur 41)[2]
Tempat lahir Krosno Odrzańskie, Poland
Ketinggian 1.91 m (6 ka ​3 316 in)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Wolverhampton Wanderers
Nombor 29
Kerjaya remaja
1998–1999 Śląsk Wrocław
1999–2000 Uerdingen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000–2004 Hertha BSC II 87 (0)
2001–2004 Hertha BSC 0 (0)
2004–2007 West Bromwich Albion 31 (0)
2006–2007Manchester United (dipinjam) 6 (0)
2007–2012 Manchester United 26 (0)
2012Watford (dipinjam) 13 (0)
2012–2014 Brighton & Hove Albion 84 (0)
2014– Wolverhampton Wanderers 0 (0)
Pasukan kebangsaan
1998 Poland B16 3 (0)
2000 Poland B18 3 (0)
2001–2003 Poland B21 14 (0)
2003– Poland 11 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:29, 3 Mei 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:40, 14 Ogos 2012 (UTC)

Karier kelab sunting

Hertha BSC sunting

Kuszczak menyertai Hertha BSC pada tahun 2000, menghabiskan masa setahun dengan pasukan simpanan sebelum dinaikkan ke pasukan utama pada 2001. Beliau bagaimanapun berada selama tiga tahun dengan Hertha sebagai penjaga gol ketiga, di belakang Gábor Király dan Christian Fiedler. Tidak membuat sebarang penampilan dalam Bundesliga, beliau menyertai West Bromwich Albion setelah kontraknya dengan Hertha tamat pada 14 Julai 2004.

West Bromwich Albion sunting

Penampilan sulungnya bersama kelab barunya muncul pada 18 September 2004, dalam perlawanan tempat sendiri menentang Fulham yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Kuszczak hanya bermain dalam satu perlawanan liga sebelum perlawanan genting West Bromwich Albion menentang Manchester United di mana West Bromwich pada musim 2004-05. Sedang bergelut pada ketika itu untuk kekal dalam saingan liga, Kuszczak masuk menggantikan penjaga gol utama Russell Hoult yang mengalami kecederaan pada separuh masa pertama. Beliau menampilkan persembahan cemerlang dengan tidak dibolosi dalam tempoh 68 minit dan membantu West Bromwich mengikat United 1-1, dengan beliau dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan. Pada perlawanan seterusnya menentang Portsmouth yang juga perlawanan terakhir musim itu, Kuszczak sekali lagi menampilkan persembahan cemerlang untuk membantu West Bromwich menang 2-0, sekaligus mengekalkan kelab dalam saingan liga pada musim hadapan.

Pada musim 2005-06, Kuszczak merupakan penjaga gol kedua West Bromwich di belakang Chris Kirkland, namun kecederaan Kirkland memberikan peluang kepada Kuszczak sebagai penjaga gol pertama. Peningkatan prestasi beliau mengekalkan Kuszczak sebagai penjaga gol utama, sekalipun Kirkland sudah pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Pada 15 Januari 2006, Kuszczak menampilkan persembahan cemerlang ketika membantu West Bromwich menewaskan Wigan Athletic 1-0, yang mana beliau menyelamatkan percubaan saat akhir Jason Roberts. Ia kemudiannya diundi sebagai "Save of the Season" oleh penonton siaran "Match of the Day" dari BBC.

Pada 7 Julai 2006, pengurus West Bromwich, Bryan Robson mengesahkan bahawa Manchester United mengemukakan tawaran membeli Kuszczak dengan jumlah sekitar £2 million. Pada 3 Ogos, West Bromwich menolak tawaran £2.5 million untuk Kuszczak daripada United, setelah menyatakan bahawa mereka mahukan kontrak pinjaman semusim untuk penyerang muda United Giuseppe Rossi. Namun, pada 10 Ogos, United mengumumkan pembelian Kuszczak dalam satu perjanjian yang turut melibatkan penjaga gol Bawah 18 England Luke Steele dan pertahanan Paul McShane berhijrah ke West Bromwich.

Manchester United sunting

Ketika mengumumkannya secara rasmi, United tidak menyatakan syarat-syarat perpindahan dan ini mencetuskan spekulasi bahawa perpindahan Kuszczak ke United hanyalah bersifat pinjaman. Pengarah eksekutif United David Gill kemudiannya menjelaskan keadaan itu dengan mengatakan bahawa Kuszczak akan berada secara pinjaman di United dalam tempoh setahun sebelum menyertai United secara rasmi pada Jun 2007.

Penampilan sulung Kuszczak bersama United muncul ketika menentang Arsenal pada 17 September 2006 di Old Trafford. Walaupun berjaya menyelamatkan sepakan penalti Gilberto Silva, namun beliau gagal menghalang kemenangan 1-0 Arsenal yang dijaringkan oleh gol lewat Emmanuel Adebayor.

Walaupun beliau tidak bermain dalam jumlah perlawanan liga yang ditetapkan pada musim 2006-07, beliau turut diberikan medal kejuaraan setelah permohonan khas kepada pihak pengurusan liga.

Pada 2 Julai 2007, United mengumumkan bahawa Kuszczak telah melengkapkan perpindahannya secara kekal.

Prestasi memberangsangkan penjaga gol veteran Edwin van der Sar dan kecederaan yang menimpa Ben Foster membawa kepada Kuszczak menjadi penjaga gol kedua United pada musim 2007-08. Dalam satu temubual pada bulan Mei 2007, Kuszczak menyatakan keinginannya untuk menjadi penjaga gol utama Manchester United pada satu hari nanti.

Pada bulan September 2008, Kuszczak menandatangani sambungan kontrak dua tahun yang akan mengekalkannya di Old Trafford sehingga 2012.

Karier antarabangsa sunting

Ketika ini, Kuszczak sudah membuat dua penampilan antarabangsa, dengan penampilan sulungnya pada 11 Disember 2003 menentang Malta yang dimenangi Poland 4-0.

Prestasi cemerlangnya ketika bermain dengan West Bromwich Albion menyebabkan beliau dipanggil menyertai skuad Poland untuk Piala Dunia 2006, walaupun West Bromwich ketika itu sudah tersingkir ke Divisyen 1. Bagaimanapun, dalam perlawanan pemanas badan Piala Dunia antara Poland dan Colombia pada 30 Mei 2006, beliau mengalami insiden memalukan apabila dibolosi daripada sepakan jauh penjaga gol lawan, Neco Martínez. Beliau seterusnya menjadi penjaga gol kedua Poland di belakang Artur Boruc ketika kejohanan dan tidak bermain.

Pada Mei 2008 beliau dinamakan dalam skuad Poland untuk Euro 2008, namun kecederaan belakang memaksa beliau menarik diri daripada kejohanan. Tempat beliau digantikan oleh Wojciech Kowalewski.

Rujukan sunting

  1. ^ "List of Players" (PDF). FIFA. Dicapai pada 28 February 2010.
  2. ^ name="PFA 356">Hugman, Barry J. (2005). The PFA Premier & Football League Players' Records 1946–2005. Queen Anne Press. m/s. 356. ISBN 1852916656.
  3. ^ "Player Profile – Tomasz Kuszczak". Premier League. Dicapai pada 9 January 2011.

Pautan luar sunting