Buka menu utama

Tombiruo: Penunggu Rimba ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 arahan bersama Nasir Jani dan Seth Larney, diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada 1998 dengan judul sama karya Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Oktober 2017.[2][3]

Tombiruo: Penunggu Rimba
PengarahNasir Jani[1]
Seth Larney
PenerbitLayar Sunan, Ideate Media
PenulisRamlee Awang Murshid
Berdasarkannovel oleh Ramlee Awang Murshid
Dibintangi olehZul Ariffin
Farid Kamil
Nabila Huda
Faizal Hussein
Hasnul Rahmat
Datuk M. Nasir
Faye Kusairi
Datin Marlia Musa
Dynas Mokhtar
Michael Chan
R. Azmi Ismail
Aiman Kamal
Azlym Aziz
Syarikat
penerbitan
Astro Shaw
Grup Buku Karangkraf
Layar Sunan Ideate Media
AMC Studio
IDW Entertainment
Mula ditayangkan
12 Oktober 2017
Tempoh tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Kadazandusun
PerbelanjaanRM6 juta
Pecah panggungRM8 juta

SinopsisSunting

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya atas kematian isteri tercinta, Salina. Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan.Dalam masa yang sama, Faizal turut membantu untuk cuba memulihkan keadaan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin ialah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.[4]

PelakonSunting

KeluaranSunting

Tombiruo: Penunggu Rimba dikeluarkan pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.[7] Astro Shaw turut mengumumkan filem berkenaan akan dipasarkan di luar negara melalui kerjasamanya dengan AMP International.[8]

SambutanSunting

KutipanSunting

Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya mencatatkan kutipan sejumlah RM7 juta selepas 18 hari ditayangkan.[8]

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Filem Terbaik Dicalonkan
The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA) Filem Asia Terbaik Dicalonkan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Poster Terbaik Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ Aqmar Mustaza (27 Ogos 2016). "Nasir Jani tampil dengan Tombiruo". Sinar Harian. Dicapai 11 Oktober 2017. 
  2. ^ "Tombiruo: Penunggu Rimba filem wajib tonton!". Sinar Harian. 2 Oktober 2017. Dicapai 11 Oktober 2017. 
  3. ^ "Kenapa Rugi Kalau Tak Tonton Tombiruo: Penunggu Rimba". Astro Gempak. 9 Oktober 2017. Dicapai 11 Oktober 2017. 
  4. ^ "Sinopsis Tombiruo Penunggu Rimba". My Info Taip. 16 Ogos 2017. Dicapai 11 Oktober 2017. 
  5. ^ Norhidayyu Zainal (12 September 2017). "Zul Ariffin puas kerana Tombiruo: Penunggu Rimba". Sinar Harian. Dicapai 3 Oktober 2017. 
  6. ^ Aqmar Mustaza (5 Mac 2017). "Profesionalisme Zul Ariffin & Farid Kamil". Sinar Harian. Dicapai 3 Oktober 2017. 
  7. ^ "Zul Ariffin tayang badan demi rezeki". Utusan Online. 22 Oktober 2017. Dicapai 2 November 2017. 
  8. ^ a b "Filem Tombiruo terus gegar panggung, kutip RM7 juta dalam 18 hari". Astro Awani. 2 November 2017. Dicapai 2 November 2017. 

Pautan luarSunting