Tommy Kurniawan (lahir di Jakarta, 15 September 1984; umur 36 tahun) adalah pelakon filem dan televisyen, serta bintang iklan yang berasal dari Indonesia.

Tommy Kurniawan

Tommy pernah berlakon dalam filem Eiffel I'm In Love dan Buruan Cium Gue. Drama-drama televisyennya termasuk ABG, Rahasia Hati, Tersanjung, Adilkah, Buruan Sayang Gue, Janji Jaya dan Janji Jaya 2 antara lain. Iklannya termasuk Lotte, Mie Pasto, Oval, Coca-Cola, dan Indosat I-M3.