Tomoyo After: It's a Wonderful Life

Tomoyo After: It's a Wonderful Life adalah sebuah novel visual dewasa berbahasa Jepun yang dibangunkan oleh Key, dikeluarkan pada 25 November 2005 untuk pasaran komputer Windows. Permainan ini adalah judul pecahan daripada permainan Clannad yang merupakan permainan sesuai umum. Key kemudiannya membuat versi Tomoyo After tanpa kandungan erotik untuk pasaran PlayStation 2, PlayStation Portable, Xbox 360, PlayStation 3 dan Nintendo Switch dengan judul Tomoyo After: It's a Wonderful Life CS Edition, dengan CS bermaksud "perisian pengguna" (consumer software). Ia mengisahkan Tomoya Okazaki, remaja yang baru tamat pengajian sekolah tingginya dan rakan rapatnya Tomoyo Sakagami sebaik mereka ingin meneruskan kehidupan mereka dalam hubungan yang lebih romantik.

Tomoyo After: It's a Wonderful Life
Fail:Tomoyo After visual novel cover.jpg
PembangunKey
Penerbit
PengarahJun Maeda
ArtisFumio
Penulis
Komposer
SiriClannad
EnjinRealLive Sunting ini di Wikidata
PlatformMicrosoft Windows, PlayStation 2, Freedom of Mobile Multimedia Access, PlayStation Portable, Xbox 360, Android, PlayStation 3, Nintendo Switch
Pelepasan
25 November 2005
  • Windows
    • JP: November 25, 2005
    • JP: 30 April 2010
    • JP: September 26, 2014 (Perfect Edition)
    • WW: 1 Julai 2016
    PlayStation 2
    • JP: 25 Januari 2007
    FOMA
    • JP: 29 Mei 2008
    PlayStation Portable
    • JP: 19 Mac 2009
    Xbox 360
    • JP: 22 September 2010
    Android
    • JP: 27 Februari 2013
    • JP: November 2014
    PlayStation 3
    • JP: 29 Mei 2013
    Nintendo Switch
    • WW: 10 September 2020
Genre
ModPemain tunggal

Gaya permainan Tomoyo After adalah menurut garis plot bercabang yang memberikan senario pratetap terpasang dengan pilihan interaksi, yang memfokuskan kepada tarikan heroin utama iaitu Tomoyo. Sebagai judul pecahan Clannad yang mana Tomoyo merupakan salah satu heroin pilihan, Tomoyo After memaparkan kembangan kepada cerita Tomoyo sehabis kisah asal beliau dalam permainan Clannad. Cerita ini ditulis oleh Jun Maeda dan Leo Kashida dan arahan seni oleh Fumio yang mana berbeza daripada Clannad yang menampilkan Itaru Hinoue sebagai pengarah seninya. Permainan ini mencatat bilangan jualan permainan komputer tertinggi pada tahun keluarannya dan 2 kali tercatat dalam 50 permainan teratas Jepun 2 kali selepas tahun itu. Adaptasi manga kemudian dilukis oleh Yukiko Sumiyoshi di bawah judul Tomoyo After: Dear Shining Memories diterbitkan bersiri dalam majalah Dragon Age Pure kendalian Fujimi Shobo. Jilid tankobon tunggal siri ini diterbitkan di Jepun pada Disember 2007.

Permainan sunting

Tomoyo After adalah novel visual romantik dimana pemain memainkan peranan sebagai Tomoya Okazaki. Kebanyakan cara permainannya adalah dengan membaca dialog dan naratif cerita tersebut. Mengikuti gaya garis plot bercabang dengan pelbagai penamat, plot cerita ini akan menurut satu arah spesifik menurut pilihan pemain sepanjang permainan.

Sepanjang permainan, pemain akan diberikan pilihan pelbagai dan kemajuan teks akan terhenti sehingga pilihan dibuat. Untuk memaparkan semua hala plot permainan ini pemain perlu bermain permainan ini berkali-kali dan membuat pilihan yang berbeza dari pilihan pada permainan sebelumnya supaya arah plot cerita ini berubah. Dalam versi dewasa permainan ini, terdapat babak berserta grafik seksual yang memaparkan Tomoya dan Tomoyo dalam hubungan seks. Babak ini tidak ada dalam edisi pasaran konsol dan beberapa edisi Windows berikutnya.

Terdapat permainan tambahan dalam Tomoyo After dipanggil "Dungeons & Takafumi" yang membolehkan pemain bermain dalam situasi permainan video berperanan. Permainan ini boleh dimainkan setelah pemain menyelesaikan permainan utama.