Buka menu utama
Tondano pada tahun 1900-1920

Tondano ialah ibu kota Kabupaten Minahasa dan terletak secara amnya di daerah Tondano Barat di Sulawesi, Indonesia.[1] Bandar ini terletak di kawasan tanah tinggi di pesisiran Danau Tondano dekat Gunung Tondano dan mengalami suhu dingin. Bandar ini dapat dihubungi dari Manado, iaitu sekitar 35 km dari selatan melalui bandar Tomohon, dengan laluan timur melalui Kecamatan Tombulu, atau melalui arah timur laut dari Airmadidi. Di bandar Tondano, terdapat kampus Universiti Negeri Manado di kawasan Tonsaru, Tondano Selatan.

RujukanSunting

  1. ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 2019.