Tong (bahasa Inggeris: Barrel) adalah nama untuk salah satu unit ukuran isi padu, selalunya di antara 100-200 liter.

Tong minyak sunting

Kebiasaannya satu tong minyak di Amerika Utara bersamaan dengan 42 gelen atau 159 liter digunakan sebagai unit ukuran isi padu bagi minyak mentah dan produk petroleum lain. Di tempat lain, minyak biasanya diukur dalam meter padu (m3) atau dalam tan (t). Syarikat antarabangsa yang tersenarai di bursa saham Amerika Syarikat cenderung menggunakan tong bagi isi padu pengeluaran minyak mereka untuk tujuan laporan antarabangsa sementara syarikat di Eropah menggunakan tan.

Pada awalnya, saiz kebiasaan untuk menyimpan minyak adalah 40 gelen (151.4 liter) iaitu saiz bagi tong wiski. Tetapi semenjak tahun 1866, piawai bagi setong minyak adalah 42 gelen.

Minyak sebenarnya tidak dihantar dalam bentuk tong semenjak kewujudan kapal minyak. Tetapi 42 gelen masih digunakan untuk unit ukuran, penetapan harga dan percukaian serta undang-undang pengawalan.