Tonoshō, Kagawa

Pekan di Shikoku, Jepun


Tonoshō (Jepun: 土庄町, Hepburn: Tonoshō-chō) ialah sebuah pekan dan pelabuhan di Daerah Shōzu, Kagawa, Jepun, dengan populasi 12,915.[1] Pekan ini terletak di pantai barat pulau Shōdoshima—pulau kedua terbesar di Laut Pedalaman Seto—dan ia merupakan akses penumpang utama untuk pulau ini.[2] Mula-mula diduduki sekitar abad ke-8,[3] pusat bandarnya berkembang menjadi jalanan yang kompleks semasa perang zaman Muromachi (1336–1573) untuk menghalang pasukan musuh.[4] Pekan ini secara rasmi diperbadankan pada tahun 1898,[5] dan hari ini minyak bijan, buah zaitun, mi sōmen, memancing dan pelancongan adalah industri penting.[6]

Tonoshō
土庄町
Pekan
Arah jam dari kiri: pusat bandar bersejarah, pelabuhan Tonoshō, Angel Road
Arah jam dari kiri: pusat bandar bersejarah, pelabuhan Tonoshō, Angel Road
Bendera Tonoshō
Mohor rasmi Tonoshō
Lokasi Tonoshō (■) di Wilayah Kagawa
Lokasi Tonoshō () di Wilayah Kagawa
Tonoshō, Kagawa is located in Bumi
Tonoshō, Kagawa
Tonoshō, Kagawa (Bumi)
Koordinat: 34°29′N 134°11′E / 34.483°N 134.183°E / 34.483; 134.183Koordinat: 34°29′N 134°11′E / 34.483°N 134.183°E / 34.483; 134.183
NegaraJapan
KawasanShikoku
WilayahWilayah Kagawa
DaerahShōzu
Pentadbiran
 • Datuk BandarKōhei Okada
Keluasan
 • Jumlah74.38 km2 (28.72 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah12,915
 • Kepadatan170/km2 (450/batu persegi)
Zon waktuUTC+09:00 (JST)
Alamat dewan bandaraya559-2 Kō, Tonoshō-chō, Shōzu-gun, Kagawa-ken
761-4192
Laman sesawangwww.town.tonosho.kagawa.jp (bahasa Jepun)
Templat:Infobox place symbols

Bidang kuasa pekan ini berjumlah 74.38 km²,[3] meliputi Tonoshō yang bersejarah dan penempatan yang lebih kecil di barat Shōdoshima, serta Teshima, Odeshima dan pulau-pulau lain yang berdekatan.[5]

Pekan ini dikenali sebagai latar belakang manga dan anime Karakai Jōzu no Takagi-san dan merupakan kampung halaman penciptanya.[7] Tonoshō turut mengambil bahagian dalam festival seni Setouchi Triennale serantau, dan beberapa pemasangan seni ditemui di kawasan itu.[8]

Geografi sunting

Tonoshō merupakan sebuah perbandaran kepulauan dengan pulau utamanya merupakan pulau Shōdo dan meliputi kawasan utara pulau itu.

Kawasan perbandaran jiran sunting

Dalam senarai di bawah, hanya pekan Shodoshima yang bersempadan secara terus. Perbandaran-perbandaran lain terletak seberang laut dengan Tonoshō.

Lokasi-lokasi yang terkenal sunting

Tonoshō moden merangkumi semua Shodoshima barat, Teshima dan pulau-pulau sekitarnya.

  • Angel Road, belang pasir sepanjang 500 meter yang muncul semasa air surut, menghubungkan Shodoshima dengan serangkaian pulau-pulau kecil[9]
  • Chōshi Gorge[10]
  • Selat Dofuchi, selat paling sempit di dunia[11]
  • Teshima, sebuah pulau besar di sebelah barat

Orang yang terkenal sunting

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "香川県推計人口及び人口移動(令和2年9月1日現在推計)[Kagawa Prefecture Population Statistics (September 1, 2020)]". 香川県 (Kagawa Prefecture). Kagawa Prefectural Government. 1 September 2020. Dicapai pada 17 Februari 2021.
  2. ^ "平成30年 香川県管理港湾港別統計 [Kagawa Port Statistics, 2018]" (PDF). 香川県港湾課 [Ports and Harbors Division, Kagawa Prefectural Government]. 2018. Dicapai pada 29 Mac 2021.
  3. ^ a b "土庄町のプロフィール [Profile of Tonoshō Town]". 土庄町 Tonoshō Town. Dicapai pada 29 Mac 2021.
  4. ^ "迷路の町 [Maze Town]". 香川県小豆郡土庄商工協会 [Tonoshō Chamber of Commerce, Shozu District, Kagawa].
  5. ^ a b "香川県小豆郡土庄町 (37322A1968) |". 歴史的行政区域データセットβ版 [Historic Administrative Divisions Dataset, Beta Version]. ROIS-DS Center for Open Data in the Humanities. Dicapai pada 29 Mac 2021.
  6. ^ "土庄町の導入促進基本計画 [Basic Plan for Industry Promotion in Tonoshō]" (PDF). Tonoshō Town. 2018. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  7. ^ a b "「からかい上手の高木さん」舞台はこちら…香川県土庄町が探訪マップ [Tonoshō creates map for Teasing Master Takagi-san]". Sankei News. 29 Julai 2018. Dicapai pada 30 Mac 2021.
  8. ^ "Locations". Art Setouchi. Dicapai pada 29 Mac 2021.
  9. ^ "Angel Road". Japan National Tourism Organization (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2021.
  10. ^ "Choshikei Monkey Park". Japan Guide. 3 Jun 2020. Dicapai pada 29 Mac 2021.
  11. ^ "土渕海峡 [Dofuchi Strait]". Shodoshima Tourism Association. Dicapai pada 29 Mac 2021.

Pautan luar sunting