Tony Estanguet (dilahirkan pada 6 Mei 1978 di Pau)[1] merupakan pengayuh kanu slalom Perancis dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik dalam acara C1 sebanyak tiga kali. Beliau bertanding di peringkat antarabangsa dari 1994 hingga 2012.

Tony Estanguet
Maklumat peribadi
Lahir (1978-05-06) 6 Mei 1978 (umur 45)
Pau, Perancis
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)
Berat badan75 kg (165 lb)
Sukan
NegaraPerancis
SukanKanu slalom
AcaraC1
Bersara2012
Tony Estanguet
Presiden Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas
Memegang jawatan
5 Februari 2018
PemimpinThomas Bach
Didahului olehSeiko Hashimoto
Digantikan olehCasey Wasserman
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas Paris
Memegang jawatan
6 Februari 2018
Didahului olehJawatankuasa ditubuhkan

Kerjayanya sebagai atlet sunting

Estanguet telah memenangi tiga pingat emas Sukan Olimpik dalam acara C1 pada tahun 2000, 2004 dan 2012. Semasa Sukan Olimpik 2004, beliau mendapat tempat pertama setelah pihak juri membuat keputusan untuk memberi 2-saat penalti kepada Michal Martikán.

Estanguet merupakan pemegang bendera negara Perancis dalam majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2008. Beliau mendapat tempat kesembilan (hanya lapan orang sahaja yang boleh masuk ke peringak akhir) di peringkat separuh-akhir dalam acara C1. Oleh itu, beliau telah disingkirkan.

Semasa Sukan Olimpik 2012, beliau menjadi atlet Perancis yang pertama untuk mendapat tiga pingat emas dalam acara yang sama.[2]

Beliau memenangi dua belas pingat dalam Kejohanan Dunia ICF (dengan lima pingat emas, enam pingat perak dan satu pingat gangsa).

Beliau juga mendapat johan dalam Piala Dunia Kanu Slalom 2003 dan 2004 bagi acara C1. Beliau juga mendapat sepuluh pingat dalam Kejohanan Eropah (4 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa).[3]

Bersama dengan abangnya, Patrice, beliau membangunkan Stadium Rakit Redah Jeram Pau-Pyrénées (dibuka pada tahun 2008) di kampungnya, Pau.[4]

Beliau bersara pada 30 November 2012.[5]

Hidup selepas bersara sunting

Pada tahun 2012, Estanguet dilantik ke Suruhanjaya Atlet IOC. Beliau juga merupakan ahli IOC selama lapan tahun.[6] Beliau juga mengetuai pasukan pembidaan untuk Sukan Olimpik 2024 dan kini mengetuai jawatankuasa penganjuran temasya tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ "Tony Estanguet". Sports-Reference.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2020. Dicapai pada 31 December 2017.
  2. ^ "The Star Online – London Olympic Games 2012". The Star. Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2013. Dicapai pada 9 August 2012.
  3. ^ "Tony ESTANGUET (FRA)". CanoeSlalom.net. Dicapai pada 10 September 2017.
  4. ^ [1] Diarkibkan 21 Januari 2011 di Wayback Machine
  5. ^ "Three-Time Olympic Champion Tony Estanguet Retires From Canoeing". canoeicf.com. ICF. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2014. Dicapai pada 15 October 2014.
  6. ^ Results of the IOC Athletes' Commission Election