Topi keledar motosikal

Templat:Headgear

Topi keledar adalah sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang motosikal. Matlamat utama topi keledar adalah melindungi kepala penunggang daripada hentakan, walaupun kebanyakan topi keledar memberikan kemudahan tambahan seperti pelindung muka, pelindung telinga, interkom dan sebagainya.

Piawaian sunting

Di Amerika Utara, terdapat dua piawaian terkenal yang diguna pakai bagi menilai keberkesanan topi keledar dalam kemalangan. DOT seringkali dianggap perlindungan minima bagi menunggang secara sah. Snell Memorial Foundation telah memajukan keperluan dan aturan ujian yang lebih tegas untuk topi keledar, termasuk juga topi bagi aktiviti lain (seperti menunggang basikal atau kuda).

Kebanyakan piawaian topi keledar seluruh dunia menggunakan hentakan pada kelajuan 4 hingga 7 meter sesaat. Pada sekilas pandang, ini mengelirukan kerana penunggang motosikal biasanya menunggang pada kelajuan 20 hingga 30 meter sesaat. Kekeliruan ini dapat dijelaskan dengan memahami bahawa kelajuan hentakan berudut tepat topi keledar biasanya tidak sama dengan kelajuan motosikal dan kekuatan hentakan ditentukan bukan hanya oleh kelajuan kepala tetapi juga bentuk permukaan yang terhentak. Sebagai contoh, permukaan jalan hampir selari dengan arah pergerakan motosikal oleh itu hanya sebahagian kecil kelajuannya ditumpukan tepat kepada jalan semasa menunggang. Sungguhpun begitu masih terdapat permukaan lain yang bersudut tepat dengan kelajuan penunggang motorsikal seperti pokok, dinding, permukaan sisi kenderaan lain. Faktor utama lain yang digunakan bagi memastikan tahap hentakan adalah jenis permukaan yang terhentam. Kepingan besi dinding kereta mampu terperosok ke dalam sehingga 7.5 - 10 cm (3 - 4 inci) semasa kepala bertopi keledar menghentam, bererti ia mempunyai jarak henti melebihi topi keledar itu sendiri. Dengan itu hentaman bersudut tepat pada tungkul besi pada 5 meter/sesaat mungkin menyamai hentaman gelincir pada kelajuan 30 m/s pada permukaan konkrit atau 30 m/s hentaman bersudut tepat pada dinding logam pintu kereta atau cermin kereta. Keseluruhannya, terdapat pelbagai tahap hentaman serious yang mungkin berlaku dalam pelanggaran penunggang motosikal. Sesetengahnya lebih teruk berbanding yang digunakan dalam ujian piwaian sementara yang lain lebih ringan.

Kelajuan yang dipilih berasaskan pada pengetahuan moden yang masih tidak lengkap, mengenai ketahanan badan manusia terhadap hentaman di kepala. Kita boleh menganggar berapa baik topi keledar yang sempurna menurut fungsi yang ditetapkan tahan dalam hentakan yang ditetapkan. Jika data yang ada mencadangkan bahawa penunggang tidak mungkin selamat dengan hentaman sedemikian, tanpa mengira betapa baik topi keledarnya berfungsi, tiada gunanya menuntut topi keledar dioptima bagi hentaman sedemikian. Pada sudut yang lain pula, ujian itu tidak berkesan sekiranya hentaman itu begitu rendah sehinggakan penunggang tidak mungkin tercedera selagi dia mengenakan topi keledar. Penentuan piwaian moden memilih tahap ujian hentaman piwaian antara dua titik melampau, agar pengilang melakukan yang terbaik bagi melindungi penunggang yang mampu diselamatkan oleh topi keledar mereka sekiranya berlaku hentaman di kepala.

Ujian asas sunting

Terdapat tiga jenis ujian asas topi keledar. Dari perlindungan paling selamat kepada minima, ia adalah:

 
Topi keledar penuh
Topi keledar penuh (Full face)
Topi keledar penuh menutupi seluruh kepala, dengan bahagian belakang yang melindungi pangkal tengkorak, dan bahagian pelindung dagu. Topi keledar sedemikian mempunyai bukaan merentasi bahagian mata dan hidung, dengan pelindung muka plastik (yang mungkin lutsinar atau gelap) yang biasanya boleh dialih keatas bagi membenarkan bukaan pada muka. Kebanyakan topi keledar penuh mempunyai liang bagi meningkatkan laluan udara kepada penunggang. Tarikan utama kepada topi keledar ini adalah perlindungannya; pengkritik bencikan haba yang terperangkap, rasa terasing, ketiadaan angin, dan kurang dengar yang tidak dapat dielakkan oleh topi sedemikian. Topi keledar yang bertujuan digunakan di atas tanah, kadang-kala tidak mempunyai pelindung muka tetapi mempunyai bahagian bahagian dagu dan mata menjulur.

Terdapat juga jenis sub-set yang dipanggil (Terbuka - Convertible)" atau "Flip-up"; bagi topi keledar ini, pelindung dagu boleh diangkat keatas (atau, dalam sesetengah kes, ditanggalkan). Dengan itu, penunggang boleh makan dan minum tanpa mencabut atau menanggalkan topi keledar mereka.

 
Topi keledar 3/4
Topi keledar 3/4
Topi keledar ini turut melindungi bahagian belakang tengkorak, tetapi tiada pelindung dagu seperti topi keledar penuh, ataupun pelindung muka. Kebanyakannya mempunyai visor yang panjangnya boleh dipilih, sesetengahnya kabur(opaque), sesetengah digelapkan, yang boleh digunakan oleh penunggang untuk mengurangkan silau matahari atau lampu kereta. Topi keledar 3/4 turut menawarkan pelindungan belakang kepala seperti mana topi keledar penuh, tetapi tanpa perlindungan kepada bahagian muka, walaupun dalam kes bukan pelanggaran. Serangga, habuk atau angin pada muka dan mata mampu mencederakan atau mengganggu penunggang. Disebabkan itu, menjadi perkara biasa bagi penunggang bagi mengenakan gogal atau cermin mata hitam sebagai pelindung mata tambahan kepada topi keledar jenis ini.
Topi keledar separuh
Mempunyai reka bentuk sama dengan topi keledar 3/4, tetapi bahagian belakang singkat, topi keledar separuh ini memberikan perlindungan minima yang dibenarkan oleh undang-undang di US. Sebagaimana dengan topi keledar 3/4, ia biasanya digunakan bersama pelindung mata tambahan.

Kesemua jenis topi keledar ini mempunyai pengikat dagu, dan keupayaan mereka untuk memberikan perlindungan berkurangan dengan banyaknya sekiranya pengikat dagu tidak dikenakan dengan betul.

Terdapat topi keledar jenis lain - juga dikenali sebagai "beanies" atau "topi keledar berlainan (novelty)" - yang mana tidak disahkan dan biasanya hanya memberikan ilusi mematuhi undang-undang mewajibkan topi keledar. Topi keledar sedemikian biasanya lebih kecil dan ringan berbanding topi keledar diluluskan DOT, dan biasanya tidak sesuai bagi pelindungan perlanggaran disebabkan ia kekurangan bahan penyerap tenaga yang melindungi otak dengan membenarkannya berhenti secara perlahan-lahan sekiranya berlaku perlanggaran. "Topi luarbiasa (novelty)" mampu melindungi kulit kepala daripada terbakar matahari semasa menunggang dan - sekiranya ia kekal semasa perlanggaran - mungkin melindungi kulit kepala daripada bergeser, tetapi tidak mempunyai keupayaan bagi melindungi tengkorak ataupun otak.

Sesetengah topi keledar dilengkapi dengan MROS (Sistem Optik Pelbagai Pembalikan - Multiple Reflective Optic System): permukaan pembalikan dalam topi keledar yang berfungsi sebagai cermin pandang belakang [1].

Binaan sunting

Topi keledar moden dibina daripada plastik, seringkali gentian plastik diperkukuh dengan kevlar atau gentian karbon. Ia biasanya dilengkapi dengan fabrik dan gabus di bahagian dalam bagi keselesaan dan perlindungan. Topi keledar biasanya direka agar pecah dalam kemalangan (dengan itu menyingkir tenaga yang mungkin sampai ke tengkorak pengguna), oleh itu ia kehilangan sifat pelindungannya selepas hentakan pertama. Ambil perhatian bahawa hentakan boleh berlaku selain kemalangan seperti menjatuhkan topi keledar, dan mungkin tidak menunjukkan kerosakan luaran. Untuk perlindungan terbaik, topi keledar perlu ditukar selepas sebarang hentakan, dan setiap sekitar tiga tahun walaupun tiada hentakan diketahui berlaku.

Fungsi sunting

Topi keledar biasa mempunyai dua prinsip perlindungan: Cangkerang luar yang keras dan nipis, biasanya diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene plastik (ABS), gentian kaca atau kevlar dan lapik lembut dan tebal dibahagian dalam yang biasanya diperbuat daripada gabus polystyrene atau gabus polypropylene. Matlamat cangkerang keras dibahagian luar adalah

  1. untuk menghalang topi keledar ditembusi oleh objek tajam yang mampu menembusi tengkorak, dan
  2. menjadi struktur kepada lapik dalaman agar ia tidak berkecai akibat bergeser dengan jalan. Ini amat penting kerana gabus yang digunakan tidak mudah ditembusi dan berkecai.

Kegunaan lapik gabus adalah untuk ia remuk apabila terkena hentaman, dengan itu meningkatkan jarak dan tempoh masa bagi topi keledar memperlahankan dan menghentikan pergerakan kepala.

Untuk memahami tindakan topi keledar, ia penting bagi memahami mekanisma kecederaan kepala. Pendapat umum biasa adalah kegunaan topi keledar adalah untuk melindungi kepala daripada pecah apabila terhantuk adalah salah. Keretakan kepala biasanya tidaklah membahayakan nyawa kecuali retakan itu mendak dan menekan otak dibawah dan keretakan tulang biasanya sembuh dalam tempoh yang singkat. Kecederaan otak adalah lebih serius. Ia biasanya menyebabkan kematian, kecacatan kekal atau perubahan tingkah-laku dan, tidak seperti tulang, tisu neurologikal mempunyai keupayaan terhad bagi sembuh selepas kecederaan. Dengan itu, matlamat utama topi keledar adalah untuk menghalang kecederaan otak trauma (traumatic) manakala kecederaan tengkorak dan muka adalah matlamat yang kedua.

Jenis kecederaan kepala paling biasa semasa kemalangan motosikal ialah kecederaan kepala tertutup, di mana kecederaan kepala tanpa tengkorak pecah berlainan dengan kecederaan kepala yang disebabkan oleh luka peluru. Kecederaan kepala tertutup disebabkan sentakan kuat pada bahagian kepala yang menyebabkan otak bergegar didalan tengkorak. Bayangkan bagaimana anda tersentak ke hadapan dan ke belakang semasa menaiki bas ketika ia memecut dan berhenti. Semasa hentaman kepada bahagian hadapan kepala, otak bergerak kehadapan, menekan tisu berhampiran tempat hentakan, menegang tisu pada bahagian bersetentangan. Kemudian otak tersentak pada arah berlawanan, menegang tisu dibahagian tempat hentaman dan menekan tisu pada bahagian bersententangan pula. Saluran darah yang menyambungkan otak kepada bahagian dalam tengkorak mungkin juga putus semasa kejadian ini, menyebabkan pendarahan yang merbahaya.

Jelas bahawa lapik pada topi keledar lembut dan tebal agar kepala berhenti pada kadar lebih perlahan semasa ia terbenam padanya. Malangnya terdapat had setebal mana topi keledar boleh dibuat kerana topi keledar menjadi tidak sesuai untuk digunakan sekiranya lapiknya melebihi 1 atau 2 inci tebal. Ini mengehadkan betapa lembut lapik yang digunakan. Sekiranya lapik itu terlalu lembut, kepala akan meremukkannya tanpa berhenti semasa kemalangan. Dengan itu kepala akan terhantuk pula dengan cangkerang keras topi keledar dan ini mampu menyebabkan kecederan teruk pada otak.

Ini bererti lapik topi keledar yang sesuai mestilah cukup keras untuk memperlahankan pergerakan kepala agar berhenti secara sekata sebelum ia meremukkan lapik tersebut sepenuhnya dan tidak lebih keras daripada yang diperlukan. Oleh itu berapa keras ia yang diperlukan? Jawapannya jelas, bergantung kepada keadaan. Ia bergantung kepada laju hentaman pada kepala, yang pastinya tidak diketahui semasa pengilangan topi keledar tersebut. Hasilnya ialah pengilang perlu memilih kelajuan yang mungkin berlaku semasa kemalangan dan mengoptima topi keledar bagi kelajuan tersebut. Sekiranya topi keledar tersebut dihentam lebih perlahan berbanding yang ia direka, ia akan membantu tetapi kepala akan berhenti lebih ganas berbanding yang sepatutnya perlu sekiranya diambil kira ruang yang ada antar bahagian dalam dan luar topi keledar tersebut, walaupun ia lebih perlahan berbanding tanpa topi keledar. Sekiranya hentaman itu lebih kuat berbanding reka bentuk, kepala akan meremukkan lapik sepenuhnya dan memperlahankan tetapi tidak berhenti pergerakan kepala semasa ia berlaku. Apabila bahan pelabih remuk sepenuhnya, kepala akan berhenti mengejut, satu keadaan yang tidak diingini. Bagaimanapun keadaan hentakan ini adalah lebih teruk sekiranya topi keledar tidak digunakan langsung.

Sungguhpun begitu, topi keledar dengan lapik yang lebih keras yang menghentikan kepala sebelum gabus lapik remuk sepenuhnya adalah lebih baik. Oleh itu topi keledar paling berkesan apabila hentaman berlaku pada kelajuan yang direka dan terus membantu pada kelajuan berlainan. Secara praktikal pengilang topi keledar memilih kelajuan hentaman yang mereka akan reka berasaskan kelajuan yang digunakan dalam ujian topi keledar piawaian. Kebanyakan topi keledar piawaian menggunakan kelajuan antara 5 dan 7 meter/sesaat. Pilihan ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam unit piwaian.

Pengilang sunting

Sebahagian pengilang topi keledar terkemuka ialah :

Undang-undang sunting

Topi keledar dipercayai mengurangkan dengan berkesan kemalangan semasa perlanggaran motorsikal, dengan itu banyak negeri dan negara mempunyai undang-undang mengenai had minima topi keledar yang boleh diterima untuk digunakan oleh penunggang motorsikal. Ini tidak diterima umum dan terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan penguatkuasaan penggunaan topi keledar.

Lain-lain sunting

Topi keledar penuh kadang-kala digunakan dalam rompakan dan jenayah lain, sebagai cara mengelakkan dikenali. Untuk mereka yang terbabit dalam rusuhan, ia berfungsi sebagai perlindungan dan juga mengelakkan daripada dikenali.