Buka menu utama

Filem Topeng Saitan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian dari Malaysia pada tahun 1941. Ia merupakan filem Melayu ketiga keluaran Shaw Brothers.

Topeng Saitan
Filem Toping Saitan.jpg
Filem Toping Saitan Mula Ditayangkan pada 9 April 1941
PengarahHou Yao
PenulisLakon layar:
Dibintangi olehMomo, A. Rahman, Haji Gong, Hassan, Hapsha
SinematografiHitam-putih
PengedarShaw Brothers Ltd
Mula ditayangkan
9 April 1941
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Melayu

Shaw Brothers telah mengemukakan Momo Latiff sebagai heroine, dan dia digandingkan dengan A. Rahman (atau terkenal juga sebagai Rahman Cantik) sebagai hero.

Momo dikatakan pernah berlakon dalam filem keluaran Indonesia dan A. Rahman pula merupakan pelakon bangsawan (opera) yang terkenal dan diminati ramai.

Filem ini merupakan filem pertamanya, dan Momo kemudian lebih terkenal sebagai penyanyi dibandingkan pelakon. Poster filem ini menonjolkan pelakon berpakaian seperti koboi dan berkuda. Ia mendapat sambutan hangat di Singapura dan ditayangkan selama kira-kira dua minggu.

Filem ini merupakan filem Melayu pertama ditayangkan serentak di tiga panggung wayang di Singapura - Queens (Geylang), Sun (New World) dan Globe (Great World).


Pautan luarSunting