Taurat (Tanakh)

(Dilencongkan dari Torah (Tanakh))

Taurat (Bahasa Ibrani: תּוֹרָה‎, 'Panduan', Pengajaran') ialah nama Yahudi bagi lima buku pertama Tanakh (Kitab Bible Yahudi). Dalam kitab bahasa Ibrani buku-buku tersebut dinamakan mengikut frasa pertama (incipit) teks (nama padanan Alkitab Kristian dalam lingkungan): Bereshit ('Kejadian'), Shemot ('Keluaran'), Vayikra ('Imamat')[1]), Bamidbar ('Bilangan') dan Devarim ('Ulangan').

Sefer Torah di Saumaah Glockengasse, Cologne, Jerman

Dalam penulisan Rabai, perkataan 'Taurat' merujuk kepada kedua-dua buku yang lima ini, Torah Shebichtav (תורה שבכתב, 'Taurat yang tertulis') dan Taurat Lisan (Torah Shebe'al Peh (תורה שבעל פה, 'Taurat yang dituturkan'). Taurat Lisan terdiri daripada tafsiran tradisional (pengisahan) serta penambahan (banding pendapat Islam berhubung Taurat) yang disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain, dan sekarang dibukukan dalam kitab-kitab Mishnah (משנה), Talmud (תַּלְמוּד) dan Midrash (מדרש‎) .[2]

Ayat-ayat Taurat ditulis pada skrol kulit oleh seorang Sofer dalam Bahasa Ibrani. Sebahagian Taurat mesti dibaca di khalayak ramai sekurang-kurangnya sekali setiap tiga hari, dalam lagu yang dibenarkan hukum Judaisme ('halakhah'), dan di hadapan satu himpunan penganut.[3] Pembacaan ini menjadi asas kehidupan bermasyarakat Yahudi.

Mengikut tradisi Yahudi, kesemua hukum-hakam atau undang-undang Yahudi yang terkandung dalam Taurat, sama ada yang bertulis atau lisan, diberi kepada Moses; sebahagian di Gunung Sinai dan sebahagian di Tabernacle (sebuah khemah atau tempat persinggahan)[4]. Mengikut tradisi Yahudi juga, kesemua pengajaran Taurat ditulis oleh Moses dan penulisan itulah menjadi leluhur Taurat yang terdapat pada masa kini. Mengikut sebuah Midrash, Taurat dicipta sebelum penciptaan dunia dan digunakan sebagai pelan induk bagi penciptaan seluruh Alam.[5]

Maksud sunting

 
Pembacaan Taurat

Perkataan 'Taurat' dalam bahasa Ibrani Bible ialah terbitan dari ירה yang bermaksud 'menunjuk/ajar'. 'Taurat' juga digunakan untuk merujuk kepada hukum-hakam atau undang-undang mahupun penggunaannya sedemikian rupa kurang tepat. [6] Perkataan 'Taurat' digunakan secara am untuk merujuk kepada hukum-hakam bertulis dan lisan Judaisme."[7]

Nama terawal bagi bahagian pertama Bible ialah Taurat Musa. Namun demikian, nama ini tidak terdapat sama ada dalam Taurat sendiri mahupun dalam karya-karya para nabi yang boleh menulis.[8]

Para sarjana lazimnya merujuk kepada lima buku pertama Kitab Bible Ibrani sebagai Pentateuch, satu istilah yang bermakssud lima buku atau Hukum, atau Hukum Moses, yang mula-mula digunakan dalam Judaisme Yunani di Iskandariah.[9]

Kandungan sunting

 
Sebuah Torah Sefer dibuka untuk upacara keagamaan di sebuah synagogue.

Taurat sendiri menyatakan bahawa ia ditulis kesemuanya oleh Musa. Deuteronomy 31:24,25 dan 26 menyatakan,[10]), selepas Musa selesai menulis kata-kata Taurat dari mula sampai akhir, beliau memberi perintah berikut kepada orang Levite yang membawa Tabut perjanjian Tuhan: "Bawa Kitab Taurat ini dan letakkannya di sebelah tabut perjanjian Tuhan kamu. Ia akan berkekalan di sana sebagai saksi ke atas kamu". 'Taurat' di sini merujuk kepada buku Taurat yang diamanahkan kepada Levite sebagai hukum-hakam buat seorang raja. Deuteronomy 17:18 menyatakan, "Apabia dia mengambil mahkota kerajaannya, dia perlu menulis bagi dirinya pada sebuah skrol sesalinan Taurat ini, yang diambil daripada paderi Levite". Mengikut tradisi Yahudi, Taurat diimlakkan oleh Tuhan kepada Musa, kecuali lapan ayat terakhir bab Deuteronomy yang memerikan kematian Moses, yang diimlakkan kepada Moses tetapi ditulis oleh Joshua selepas kematian Moses.[11] Inilah panadangan Talmud.[12]

Ini juga pandangan Mishnah yang terawal daripada Talmud; Mishnah menyatakan bahawa ini merupakan rukun asas agama Judaisme. Mishnah menyatakan (Sanhedrin 11:1) bahawa seorang Yahudi yang mengatakan bahawa Taurat tidak diimlakkan oleh Tuhan berada di kalangan Yahudi "yang tiada bahagiannya di akhirat". Talmud memetik sebuah Braysa (hukum dari era Mishnah yang tidak dimasukkan ke dalam Mishnah) yang menyatakan bahawa ini bermakna pernyataan yang mengatakan mahupun sebuah ayat dalam seluruh Taurat tidak diimlakkan oleh Tuhan. [13] Taurat tidak tertulis dalam sesuatu gaya khusus, seperti yang berlaku dengan separuh buku. Taurat ditulis dengan gaya dan nada yang paling serasi dengan tajuk yang disampaikan.[14]

Beberapa sarjana membuat hipotesis bahawa Taurat tidak dikarang oleh hanya seorang penulis akan tetapi pengarangannya mengambil masa beberapa kurun.[15] Pada lewat abad ke-19 terdapat kata sepakat yang berkisar pada hipotesis dokumentari, yang menyarankan bahawa kelima-lima buku dicipta dilingkungan tahun 450‐ SM dengan menggabungkan empat sumber yang pada asalnya berlainan, yang dikenali sebagai Jahwist, atau 'J' (sekitar 900 SM), Elohist, atau 'E' (sekitar 800 SM), Deuteronomist, atau 'D', (600 SM), dan Priestly, atau 'P' (sekitar 500 SM).[16] Kesepakatan ini mula roboh lewat tahun 1970-an dan buat masa ini terdapat banyak teori tatapi tiada kesepakatan mahupun pandangan majoriti.[17] Variasi hipotesis dokumentari masih popular terutamanya di Amerika Syarikat dan Israel, dan teologi serta vokabulari khusus Deuteronomy dan Priestly masih tersebar luas, tetapi ia digunakan bagi membentuk pendekatan baharu yang menggambarkan bahawa buku-buku tersebut digaungkan secara berdikit-dikit melalui pengumpulan 'cebisan', atau teks asal 'ditokok-tambah' oleh pengarang terkenudian.[18]

Pada masa yang sama, terdapat kecenderungan bagi meletakkan asal-usul Pentateuch lebih ke hadapan, dan cadangan yang mutakhir meletakkan tarikhnya pada abad kelima Masihi di Judah, yang pada itu menjadi wilayah Empayar Sasan.[19][20]

Perlu diperhatikan bahawa para pengkaji ini terpaksa bersaing dengan ahli arkeologi. Misalnya, pada tahun 1979 Gabriel Barkay mengetemu ketef hinnom scrolls ('skrol ketef hinnom'), yang bertarikh sebelum 586 SM.[21]


Lebih masyhur lagi, penemuan skrol laut mati menimbulkan keraguan terhadap hipotesis-hipotesis ini. Dua ujian telah meletakkan usia skrol laut mati pada 200 tahun SM.[22]

Walau apapun, hipotesis-hipotesis ini tidak menangani beberapa isu penting seperti: Sama ada Taurat itu benar atau merupakan cereka. Jika benar, apa bahan sumber yang digunakan para pengarangnya bagi merakam semua dialog, termasuk bahasa perundangan hukum-hakam dan rukun, yang menjadi kandungan terbesar Taurat. Taurat juga mengandungi banyak perincian yang persis dan yang tidak diketahui ramai seperti bilangan tepat setiap 12 puak yang terkandung dalam bancian yang dinyatakan Taurat, salasilah keluarga yang agak panjang tentang cucu Adam, nama persis setiap ketua puak 12; persoalan ini tidak mungkin diketahui beribu tahun kemudian tanpa adanya sebuah catatan bertulis. Sekirannya ia sebuah cereka, ia tidak menwarkan penjelasan bagaimana sebuah bangsa yang leluhurnya sekurang-kurannya 100 SM, dapat mempercayai bahawa buku ini, yang dikarang hanya beberapa tahun sebelum kewujudan bangsa tersebut, ialah kata-kata Tuhan dan mematuhi perintah yang terkandung di dalamnya. Atau kenapa sebuah kaum dapat menerima sebagai fakta kisah-kisah luar biasa seperti pembelahan Laut Merah atau sungai Nil bertukar menjadi darah, yang kononnya berlaku beribu tahun lampau, cerita yang tidak mereka dengar sebelum itu, hanya kerana seorang menulis cerita-cerita tersebut dalam sebuah buku. Ia juga gagal menerangkan kewujudan hukum lisan(Seksyen 5 rencana ini).[23]

Struktur sunting

Nama Ibrani bagi lima buku pertama Taurat diambil mengikut frasa pertama ayat pertama setiap buku:

  1. Bereshit (בְּרֵאשִׁית‎, harfiah "Pada permulaan")
  2. Shemot (שִׁמוֹת‎, harfiah "Nama")
  3. Vayikra (ויקרא‎, harfiah "Dan Dia memanggil")
  4. Bəmidbar (במדבר‎, harfiah "Dalam gurun [tempat]")
  5. Devarim (דברים‎, harfiah "Benda" atau "Kata-kata")

Nama dalam bahasa Inggeris merupakan terbitan perkataan Bahasa Yunani dan menggambarkan tema utama setiap buku:

  1. Genesis: "azali"
  2. Exodus: "berlepas ke sesuatu tempat"
  3. Leviticus: merujuk kepada puak Levites dan peraturan berkaitan kehadiran serta tugas mereka di Kuil. Ini merupakan sebahagian besar buku ketiga.
  4. Numbers (Arithmoi): mengandungi rekod bilangan orang Israel yang sesat di Sinai dan kemudiannya di kawasan dataran Moab.
  5. Deuteronomy: "undang-undang kedua," merujuk kepada penggulungan hujah berkaitan rukun-rukun yang disemak oleh Moses sebelum kematiannya, yang terkandung dalam buku kelima.

Mengikut pengisahan lisan, prosa Taurat tidak sentiasa mengikut urutan masa. Kadang kala susunan mengikut konsep yang menepati hukum: "Tiada 'awal' dan 'kemudian' dalam Taurat" (אין מוקדם ומאוחר בתורה, Ein mukdam u'meuchar baTorah).[24] Pandangan ini diterima Judaisme Ortodoks. Yahudi bukan-Ortodoks secara amnya memahami teks yang sama sebagai tanda bahawa Taurat masa kini merupakan teks redaksi daripada sumber-sumber yang lebih awal ('hipotesis dokumentari').

Kandungan sunting

Bereshit (Genesis) bermula dengan apa yang dipanggil 'sejarah azali' (Genesis 1–11), kisah permulaan dunia dan turunnya Abraham. Ini diikuti kisah tiga Patriark, Abraham, Isaac dan Jacob, Joseph (Genesis 12–50) dan empat matriark Sarah, Rebekah, Leah dan Rachel. Tuhan menjanjikan tanah Kanaan kepada patriark, tetapi di penghujung Bereshit, anak-anak Jacob akhirnya meninggalkan Kanaan dan pergi ke Mesir disebabkan kahat (kebuluran). Mereka ada mendengar tentang tempat menyimpan dan pembahagian bijian di Mesir.

Shemot (Exodus) bermula dengan kisah Tuhan memberi petunjuk kepada umatnya melalui Moses yang membawa mereka keluar dari Mesir (Exodus 1–18) ke Gunung Sinai. Di sana pengikut Moses membuat perjanjian dengan Tuhan, bersetuju menjadi umatnya dan sebagai balasan, akan mematuhi Hukumnya. Musa menerima Taurat daripada Tuhan, dan menjadi pengantara Hukum dan Perjanjian (Exodus 19–24) kepada kaum Israel. Exodus juga memerikan kejadian pelanggaran perjanjian pertama oleh kaum Yahudi apabila Lembu Emas dibina (Exodus 32–34). Exodus diakhiri dengan panduan membina [[Taurat (Tanakh)#tabernacle|Tabernacle]. (Exodus 25–31; 35–40).

Vayikra (Leviticus) bermula dengan panduan kepada kaum Israel tentang bagaimana mengguna Tabernacle, yang baharu mereka dirikan (Leviticus 1–10). Ini diikuti oleh peraturan Tumah dan Taharah ('suci dan tidak suci') (Leviticus 11–15), yang mengandungi hukam-hakam berkaitan penyembelihan dan jenis binatang yang boleh dimakan. Leviticus juga mengandungi beberapa perkara berkaitan hukam-hakam moral dan amalan seperti Kashrut, Yom Kippur (Leviticus 16–26).

Bamidbar (Numbers) memerikan bagaimana Israel menjadi mantap sebagai satu masyarakat di Sinai (Numbers 1–9), bergerak dari Sinai menuju Kanaan dan meninjau wilayah itu (Numbers 10–13). Oleh sebab sikap tdk percaya akan agama, terutamanya di Kadesh Barnea (Numbers 14), kaum Israel dihukum agar merantau selama empat puluh tahun di kawasan gurun liar berdekatan Kadesh, dan tidak memasuki tempat yang dijanjikan ('promised land'). Moses pun membuat dosa dan diberitahu yang beliau tidak akan sempat hidup dan memasuki tanah terjanji (Numbers 20). Pada penghujug Numbers (Numbers 26–35) Israel berpindah dari Kadesh ke dataran Moab bersebelahan bandar Jericho, daan bersedia untuk memasuki 'Tanah Janji'.

Devarim (Deuteronomy) ialah siri percakapan Moses di kawasan dataran Moab bersebelahan bandar Jericho. Moses mengisytiharkan Hukum (Deuteronomy 12–26), memberi penerangan berkaitan pembaharuan perjanjian di Shechem (Deuteronomy 27–28) dan memberi hukam-hakam baharu kepada Israel ("Kod Deuteronomy").[25] Pada penghujung buku (Deuteronomy 34) Moses dibenarkan melihat tempat yang dijanjikan ('promised land') dari sebuah gunung, tetapi tidak diketahui apa yang terjadi kepada Moses semasa beliau berada di atas gunung. Beliau tidak kelihatan lagi. Menyedari bahawa belaiu hampir bertemu ajal, Moses melantik Joshua sebagai pengganti, dan menganugerahkannya dengan tampuk pimpinan. Tidak lama kemudian, Israel memulakan penaklukan Kanaan.

Taurat dan Judaisme sunting

Taurat ialah penulisan suci primer Judaisme.

Penulisan Rabai membincangkan bila Taurat disampaikan kepada Moses – Penyampaian oleh Tuhan di Gunung Sinai dianggap kejadian penyampaian. Mengikut telahan rabai Ortodoks, dan seperti dirakamkan dalam Talmud, kejadian ini berlaku pada tahun 1312 SM[26]

Beberapa sumber rabai mengatakan bahwa pada kejadian ini, kesemua kandungan Taurat diimlakkan. Pengimlakan termasuk bukan sahaja pemetikan yang terdapat dalam teks, tetapi juga setiap perkataan teks itu sendiri, termasuk frasa-frasa seperti "Dan Tuhan bercakap kepada Moses ...", dan memuatkan peristiwa Tuhan memberitahu Moses tentang kematiannya dan ejadian-kejadian susulan. Sumber rabai klasik yang lain pula[27] memberitahu berapa banyak Taurat disampaikan di Sinai, dan bahawa bahagian Deuteronomy ditulis Moses pada tempoh 40 tahun di tanah gurun.[28] Ini menjelaskan bagaimana Deuteronomy, yang mengandungi percakapan Moses sebelum kematiannya, menjadi sebahagian Taurat.

Sebuah mazhab rabai pula berpegang bahawa kendatipun Moses menulis sebahagian besar Taurat, empat ayat terakhir Taurat sudah tentu ditulis oleh Joshua selepas kematian Moses. Abraham ibn Ezra dan Joseph Bonfils memerhatikan[perlu rujukan] beberapa frasa dalam Taurat menyampaikan maklumat yang hanya boleh diketahui orang selepas zaman Moses. Ibn Ezra memberi bayangan, dan Bonfils menyatakan secara terang, bahawa Joshua (atau nabi terkemudian) menulis bahagian-bahagian ini. Rabai lain tidak menerima pandangan ini.

Nota sunting

  1. ^ Chaim Miller The Gutnick Edition Chumash - the Book of Leviticus Page 1 2005 "... Vayikra means “He called,” as in the opening verse of our Parsha, “He called to Moshe.” "
  2. ^ Birnbaum (1979), p. 630
  3. ^ Babylonian Talmud Bava Kama 82a
  4. ^ ^ William Warde Fowler, The Religious Experience of the Roman People (London, 1922), p. 209; John Scheid, An Introduction to Roman Religion (Indiana University Press, 2003), pp. 113–114; Jerzy Linderski, "The Augural Law", Aufstieg und Niedergang der römischen Welt II.16 (1986), pp. 2164–2288. Tabernāculum is a diminutive of taberna, meaning "hut, booth, tavern."
  5. ^ Vol. 11 Trumah Section 61
  6. ^ Rabinowitz, Louis Isaac and Harvey, Warren. "Torah." Encyclopaedia Judaica. Ed. Michael Berenbaum and Fred Skolnik. Vol. 20. 2nd ed. Detroit: Macmillan Reference USA, 2007. pp 39–46.
  7. ^ pp.164–165, Scherman, Exodus 12:49
  8. ^ Sarna, Nahum M. et al. "Bible." Encyclopaedia Judaica. Ed. Michael Berenbaum and Fred Skolnik. Vol. 3. 2nd ed. Detroit: Macmillan Reference USA, 2007. pp 576–577.
  9. ^ The World and the Word: An Introduction to the Old Testament p163 ed. Eugene H. Merrill, Mark Rooker, Michael A. Grisanti - 2011 "Part 4 THE PENTATEUCH Michael A. Grisanti THE TERM “PENTATEUCH” derives from the Greek pentateuchos, literally, ... 1 The Greek term was apparently popularized by the Hellenized Jews of Alexandria, Egypt, in the first century AD "
  10. ^ See section 1 of this article
  11. ^ Louis Jacobs (1995). The Jewish religion: a companion. Oxford University Press. m/s. 375. ISBN 978-0-19-826463-7. Dicapai pada 27 February 2012.
  12. ^ Bava Basra 15b, Gittin 60a
  13. ^ Talmud Sanhedrin 99a
  14. ^ Meshech Chochma, Exodus 20:2
  15. ^ McDermott, John J., "Reading the Pentateuch: a historical introduction" (Pauline Press, 2002) p.21. Books.google.com.au. 2002-10. ISBN 978-0-8091-4082-4. Dicapai pada 2010-10-03. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Gordon Wenham, "Pentateuchal Studies Today," in [[ Themelios]] 22.1 (October 1996): 3–13.
  17. ^ Van Seters, John, "The Pentateuch: a social-science commentary" T&T Clark, 2004) p.74. Books.google.com.au. 2004-08-23. ISBN 978-0-567-08088-2. Dicapai pada 2010-10-03.
  18. ^ [http://books.google.com/?id=T-Vi9eK_vS0C& printsec=frontcover&dq=The+Pentateuch+Social+Science+Commentary#v=onepage&q&f=false Van Seters, John, "The Pentateuch: a social-science commentary" T&T Clark, 2004) pp.74–79] Check |url= value (bantuan). Books.google.com.au. 2004-08-23. ISBN 978-0-567-08088-2. Dicapai pada 2010-10-03. line feed character in |url= at position 42 (bantuan)
  19. ^ Ska, Jean-Louis, "Introduction to reading the Pentateuch" (Eisenbrauns, 2006) pp.217 ff.
  20. ^ For more information on the current debates surrounding the promulgation of the Pentateuch see [http://books.google.com/books? id=axcRAQAAIAAJ&dq=The+Pentateuch+as+Torah&sitesec=reviews The Pentateuch as Torah: New Models for Understanding Its Promulgation and Acceptance] (ed. Gary Knoppers and Bernard M. Levinson; Winona Lake: Ind.: Eisenbrauns, 2007) ISBN 978-1-57506-140-5.
  21. ^ ^ Barkay, G., A.G. Vaughn, M.J. Lundberg and B. Zuckerman, "The Amulets from Ketef Hinnom: A New Edition and Evaluation," Bulletin of the American Schools of Oriental Research 334 (2004): 41-71.
  22. ^ VanderKam, James C. & Flint, Peter (2002). The Meaning of the Dead Sea Scrolls. New York: HarperSanFrancisco. p. 32.
  23. ^ Miktav M'elyahu Volume 3, Rabbi Eliyahu Dessler.
  24. ^ Talmud Pesachim 7a
  25. ^ Coogan, Michael D. A Brief Introduction to the Old Testament: The Hebrew Bible in Its Context. Oxford University Press, 2009. pages 148–149
  26. ^ History Crash Course #36: Timeline: From Abraham to Destruction of the Temple, by Rabbi Ken Spiro, Aish.com. Retrieved 2010-08-19.
  27. ^ Ramban introduction to his commentary on the torah
  28. ^ see ibid in complete