Torpedo ringan Mark 54

Torpedo ringan Mark 54 (dahulunya dikenali sebagai Torpedo Hibrid Ringan) adalah sebuah torpedo standard peperangan anti kapal selam (ASW) yang digunakan dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Mark 54 Lightweight Torpedo
Torpedo Mark 54 Torpedo di atas kapal USS Ross (DDG-71) pada Mac 2008.
JenisTorpedo ringan
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2004–kini
Digunakan olehTentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Laut Diraja Australia
Tentera Laut India
Tentera Udara Diraja
Tentera Laut Diraja Thailand
Tentera Laut Diraja Belanda
Sejarah pengeluaran
PerekaRaytheon Systems
Direka1999
Kos unitAS$839,320 (FY2014)[1]
Dihasilkan2003
Spesifikasi
Berat608 lb (276 kg)[2]
Panjang106.9 in (2.72 m)[2]
Diameter12.75 in (324 mm)[2]

WarheadPBXN-103
Warhead weight96.8 lb (43.9 kg)[2]
Hasil letupan238 lb (108 kg) TNT

EnjinEnjin salingan pembakaran luar
BebalingOtto II (cecair)
Jarak
operasi
10,000 yd (9.1 km)
Kelajuan>40 kn (74.1 km/j; 46.0 mph)
Sistem
pemanduan
Panduan akustik aktif atau pasif/aktif
Platform
pelancaran
Tiub Torpedo Kapal Permukaan Mark 32, Pesawat ASW, RUM-139 VL-ASROC

Pembangunan sunting

Mark 54 telah dibangunkan bersama oleh Raytheon Integrated Defense Systems dan Tentera Laut A.S. di bawah program Torpedo Hibrid Ringan ekoran masalah yang dihadapi dengan torpedo Mark 50 dan Mark 46. Mk 50, yang mana telah dibangunkan untuk menentang kapal selam nuklear berprestasi tinggi seperti kapal selam kelas Alfa yang digunakan oleh Soviet dilihat terlalu mahal untuk digunakan untuk menghapuskan kapal selam konvensional yang relatifnya berkelajuan rendah. Mk 46 yang lebih lama pula direka untuk digunakan di laut lepas, mempunyai prestasi tidak memuaskan di kawasan pesisir, di mana pihak tentera laut melihat kemungkinan ia akan lebih banyak beroperasi di masa akan datang.

 
USS Roosevelt (DDG-80) melancarkan sebuah torpedo Mk 54.

Mk 54 telah dicipta dengan menggabungkan komponen panduan daripada Mk 50 dengan komponen kepala peledak dan pendorongan daripada Mk 46, dengan itu memperbaiki prestasinya di air cetek, dan dengan penambahan teknologi commercial off-the-shelf (COTS) untuk mengurangkan lagi kosnya. Ia berkongsi kebanyakan perisian dan perkakasan komputer dengan torpedo berat Mk 48 ADCAP, berdasarkan mikro-pemproses PowerPC 603e yang diubahsuai.

Ujian pembangunan dimulakan pada bulan Julai 1999, dan satu penilaian rekabentuk kritikal berjaya disiapkan pada bulan November 1999.

Pada April 2003, Raytheon telah dianugerahkan satu kontrak terus untuk mengeluarkan Mk 54. Pengeluaran pada skala penuh bermula pada bulan Oktober 2004. Pada bulan Mac 2010, Armada Kelima telah memohon penambahbaikan dalam prestasi Mk 54 untuk menentang kapal selam diesel-elektrik melalui satu Urgent Operational Need Statement (UONS). Ia mencetus akan keperluan program perisian Block Upgrade (BUG) yang mula diuji pada bulan Ogos 2011 yang mana kemudian dikritik oleh Pengarah, Penilaian dan Ujian Operasi (DOT&E) kerana menggunakan proksi-proksi tidak realistik untuk ancaman kapal selam.[3]

Mk 54 boleh ditembak dari kapal permukaan melalui penggunaan tiub torpedo kapal permukaan Mark 32 atau sistem pelancaran menegak rodket anti kapal selam (ASROC), dan juga kebanyakan pesawat ASW, meskipun ia mempunyai sedikit perbezaan dari segi berat dan panjang. P-8 Poseidon menggunakan kit payung terjun panduan GPS, "High-Altitude Anti-Submarine Warfare Weapons Capability (HAAWWC)" untuk menggugurkan torpedo dari aras tinggi.

Laporan Pengarah, Penilaian dan Ujian Operasi pada tahun kewangan 2014 menilai torpedo Mk 54 (BUG) dari segi operasi tidak berkesan dalam peranannya[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Senate Report 113-044 - NATIONAL DEFENSE AUTHORIZATION ACT FOR FISCAL YEAR 2014". Library of Congress. 20 Jun 2013. Dicapai pada 7 November 2013.[pautan mati kekal] 150 Mk 54 cost $125.898m in financial year 2014
  2. ^ a b c d "Fact File: Mk54 Torpedo". US Navy. 27 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2013. Dicapai pada 7 November 2013.
  3. ^ "Mk 54 Lightweight Torpedo" (PDF). Director, Operational Test & Evaluation (DOT&E). 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Ogos 2014. Dicapai pada 7 November 2013.
  4. ^ "Mk 54 Lightweight Torpedo FY14" (PDF). Director, Operational Test & Evaluation (DOT&E). 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Mei 2015. Dicapai pada 25 Januari 2015.

Pautan luar sunting


Templat:Raytheon Templat:Mark-series torpedoes