Tottenham Hotspur F.C.

Tottenham Hotspur Football Club' /ˈtɒtənəm/ ialah sebuah kelab bola sepak Inggeris berpangkalan di Tottenham, London. Kelab ini beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab ini bermain di Stadium Wembley untuk musim 2017–18 selepas stadium White Hart Lane dirobohkan untuk pembinaan stadium baru di tapak yang sama.

Tottenham Hotspur
Nama penuhTottenham Hotspur Football Club
GelaranSpurs, The Lilywhites
Diasaskan5 September 1882; 141 tahun yang lalu (5 September 1882),sebagai Hotspur F.C.
StadiumStadium Tottenham Hotspur
(Kapasiti: 62,062)
PemilikENIC International Ltd.
PengerusiDaniel Levy
PengurusJosé Mourinho
LigaLiga Perdana Inggeris
2018/19Liga Perdana, ke–4
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Diasaskan pada tahun 1882, Tottenham memenangi Piala FA buat pertama kali pada tahun 1901, menjadikan mereka satu-satunya kelab bukan liga untuk berbuat demikian sejak pembentukan the Football League pada tahun 1888. Tottenham merupakan kelab pertama pada abad ke-20 untuk meraih kejayaan berganda Piala Liga dan FA dengan memenangi kedua-dua pertandingan itu pada musim 1960–61. Selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA pada tahun 1962, mereka menjadi kelab British pertama untuk memenangi pertandingan kelab UEFA pada tahun 1963 – Piala Juara-Juara UEFA.[1] Pada tahun 1967 mereka memenangi Piala FA buat kali ketiga semasa era 1960–an. Semasa era 1970–an, Tottenham memenangi dua Piala Liga dan merupakan juara pertama Piala UEFA pada tahun 1972, menjadikan mereka kelab British pertama untuk memenangi dua trofi berbeza Eropah. Semasa era 1980–an, Spurs memenangi beberapa trofi: Piala FA dua kali, Perisai Komuniti FA dan Piala UEFA pada tahun 1984. Semasa era 1990–an, kelab ini memenangi Piala FA dan Piala Liga. Mereka memenangi Piala Liga sekali lagi pada tahun 2008.Tottenham berjaya mencipta sejarah kelab tersebut selepas berjaya ke peringkat akhir Champions League buat kali pertama dalam sejarah mereka pada musim 2018-19 namun tewas kepada Liverpool 0-2

Moto Latin kelab adalah Audere est Facere (lit: "To Dare Is to Do"). Kelab ini mempunyai persaingan yang lama dengan jiran berdekatan Arsenal, dengan perlawanan di antara kedua-dua pasukan dipanggil Derby London Utara.

Kejayaan Sunting

Domestik Sunting

Liga

  • Divisyen Pertama/PL:
    • Juara (2): 1950–51, 1960–61
    • Naib-juara (5): 1921–22, 1951–52, 1956–57, 1962–63 , 2016-17
  • Divisyen Kedua:
    • Juara (2): 1919–20, 1949–50
    • Naib-juara (2): 1908–09, 1932–33

Piala

  • Piala FA:
    • Juara (8): 1900–01, 1920–21, 1960–61, 1961–62, 1966–67, 1980–81, 1981–82, 1990–91
    • Naib-juara (1): 1986–87
  • Piala Liga:
    • Juara (4): 1970–71, 1972–73, 1998–99, 2007–08
    • Naib-juara (4): 1981–82, 2001–02, 2008–09, 2014–15
  • Perisai Komuniti FA:
    • Juara (7): 1921, 1951, 1961, 1962, 1967*, 1981*, 1991* (* kongsi)
    • Naib-juara (2): 1920, 1982

Eropah Sunting

  • Piala UEFA:
    • Juara (2): 1971–72, 1983–84
    • Naib-juara (1): 1973–74

Pemain Sunting

Skuad utama Sunting

No. Posisi Pemain
1   GK Hugo Lloris (Kapten)[2]
2   DF Matt Doherty
3   DF Sergio Reguilón
4   DF Cristian Romero (on loan from Atalanta)
5   MF Pierre-Emile Højbjerg
6   DF Davinson Sánchez
7   FW Son Heung-min
8   MF Harry Winks
10   FW Harry Kane (vice-captain)
14   DF Joe Rodon
15   DF Eric Dier
17   MF Moussa Sissoko
18   MF Giovani Lo Celso
19   MF Ryan Sessegnon
No. Posisi Pemain
20   MF Dele Alli
22   GK Pierluigi Gollini (on loan from Atalanta)
23   FW Steven Bergwijn
24   DF Serge Aurier
25   DF Japhet Tanganga
27   FW Lucas Moura
28   MF Tanguy Ndombele
29   MF Oliver Skipp
33   DF Ben Davies
38   DF Cameron Carter-Vickers
41   GK Alfie Whiteman
47   FW Jack Clarke
  FW Bryan Gil

Rujukan Sunting

  1. ^ "Tottenham legend Nicholson dies". BBC Sport. 23 Oktober 2004. Dicapai pada 17 Ogos 2010.
  2. ^ "First team: Hugo Lloris". Tottenham Hotspur F.C. Dicapai pada 16 September 2018.

Pautan luar Sunting