Touhou Project (Jepun: 東方Project, Hepburn: Tōhō Purojekuto) atau Projek Ketimuran (Jawi: ڤروجيک کتيمورن), juga dikenali sebagai Toho Project atau Project Shrine Maiden, ialah siri permainan menembak menegak yang menumpukan kepada jenis peluru gila atau nama lainnya neraka peluru. Ia dibangunkan oleh seorang pencipta tunggal perisian swaterbit Team Shanghai Alice, seorang ahlinya Ōta Jun'ya (ZUN), telah mencipta hampir kesemua grafik, muzik, penulisan dan pengaturcaraannya.[1] Setakat ini pada bulan Ogos 2023,[2][3] beliau telah menswaterbit sebanyak 19 permainan utama dan 6 permainan sampingan. ZUN juga telah menerbitkan karya bercetak dan juga album muzik, beliau telah bekerjasama dengan pembangun Twilight Frontier pada tujuh permainan Touhou rasmi sampingan, kebanyakannya adalah permainan bertempur.

Touhou Project
GenreNeraka Peluru (danmaku), Tempur, Pemecah Blok
Pembangun
PenerbitTeam Shanghai Alice
PenciptaŌta Jun'ya ("ZUN")
Platform
Keluaran pertamaHighly Responsive to Prayers
15 Ogos 1997 (C52)
Keluaran terkiniUnfinished Dream of All Living Ghost
13 Ogos 2023 (C102)

Touhou Project diperkenalkan pada tahun 1996 dengan penerbitan Highly Responsive to Prayers, permainannya yang pertama yang dibangunkan oleh kumpulan Amusement Makers untuk siri komputer NEC PC-9801 di Jepun. Keempat-empat susulan permainan Touhou yang diterbitkan antara Ogos 1997 dan Disember 1998 juga diterbitkan untuk NEC PC-9801. Touhou Project kemudian tidak aktif selama tiga tahun setengah apabila permainan Touhou Microsoft Windows, The Embodiment of Scarlet Devil, diterbitkan pada Ogos 2002. Permainan untuk pelantar Microsoft itu diterbitkan satu-satunya oleh ZUN selepas beliau keluar dari Amusement Makers lalu mengasaskan Team Shanghai Alice. Touhou Project kemudian menjadi sebuah francais media yang membekalkan sebilangan permainan rasmi yang semakin meningkat jumlahnya, selain daripada buku peminat komersil, novel ringan, dan manga.

Rujukan sunting

  1. ^ Tomohiro, Katada (2008-10-03). "ニコ動、2ちゃんねるで人気の「東方Project」って何だ? (Apa itu Touhou Project yang tular di NicoVideo dan 2ch?)" (dalam bahasa Jepun). R25.jp. Dicapai pada 2009-07-10.
  2. ^ ZUN (14 March 2002). "幻想掲示板" [Papan Buletin Gensо̄]. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2002. Dicapai pada 20 July 2021. 実は霊異伝は制作は95年だったので、実に7年ほど前です。 [Bahkan, Highly Responsive to Prayers telah dibangunkan pada tahun 1995; lebih kurang tujuh tahun yang lalu.]
  3. ^ Davison, Pete (2013-06-08). "Curtains for You: The History of Bullet Hell". US Gamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-20.

Pautan luar sunting