Touya Kinomoto (木之本 桃矢 Kinomoto Touya) adalah watak fiksional dalam manga dan anime rekaan CLAMP. Touya dikenali sebagai "Tori Avalon" dalam versi Inggeris yang dikenali sebagai Card Captors.

Suara lakonan untuk Touya dalam versi Inggeris ialah Seki Tomokazu, versi Inggeris pula ialah Tony Sampson manakala dalam filem ke-2 dilakonkan oleh Kirk Thorton (versi Inggeris).

Perwatakan sunting

Touya ialah anak pertama kepada Fujitaka Kinomoto dan Nadeshiko Kinomoto dan abang kepada Sakura Kinomoto. Dia mempercayai bahawa sebagai abangnya, hanya dia seorang sahaja yang boleh memerli adiknya. Walaubagaimanapun, Touya amat menyayangi adiknya dan akan melakukan apa sahaja untuk melindunginya. Bila mendapati bahawa seorang budak lelaki bernama Shaoran Li cuba 'menyerang' Sakura, Touya dengan cepatnya bersedia melawan Shaoran. Dari detik itulah Touya membenci Shaoran. Tetapi bila Touya menyedari Shaoran mulai jatuh hati kepada Sakura, Touya amat risau dan diganggu dengan situasi bahawa pada suatu hari nanti, Shaoran akan 'merampas' Sakura darinya. Touya dilahirkan dengan kuasa magis. Dan dengan kuasanya, Touya tahu segala apa yang Sakura sedang buat sebagai seorang Card Captor. Dia juga mampu mengesan atau merasakan benda lain. Selain itu, Touya mampu melihat hantu atau roh, terutama roh ibunya, Nadeshiko yang telah meninggal dunia. Touya sentiasa berkerja, tak kira di mana dan apa dengan rakannya, Yukito. Ia didapati bahawa Touya sedang berkerja untuk menampung bayaran ke kolej sendiri tanpa menyusahkan keluarganya. Di sekolah, Touya dan rakannya Yukito amat terkenal dan digilakan oleh semua perempuan sekolah mereka.

Perhubungan sunting

Touya pernah berpacaran dengan Kaho Mizuki semasa Touya berada di sekolah menengah rendah (Tingakatan 2). Kaho merupakan gurunya pada masa itu. Kaho berputus untuk melanjutkan pekerjaannya sebagai seorang guru lalu perhubungan diantara mereka terpaksa diakhirkan. Sebelum itu, Kaho menjelaskan bahawa mereka berdua akan mempunyai seseorang yang lain dalam hidup di masa depan. Sekembalinya Kaho ke Jepun, dia melayani Touya bukan sebagai seorang teman lelaki, tetapi sebagai seorang adik.

Hubungan utama Touya ialah dengan kawan karibnya, Yukito Tsukishiro. Touya dengan Yukito amat rapat dalam siri ini. Touya amat mencintai Yukito dan melakukan apa sahaja untuknya. Bila mendapati bahawa Yukito akan mati kerana kekurangan kuasa, Touya tidak meragu-ragu untuk mengorbankan kuasanya kepada Yukito. Penjelmaan lain Yukito iaitu Yue, juga berterima kasih kepada Touya kerana memberi kuasa untuk terus hidup. Untuk membalas budi Touya, Yue bersumpah akan melindungi adiknya Sakura, Yukito dan juga badan diri sendiri. Selepas itu, Yukito pun mengakui cintanya kepada Touya.

Touya dalam Tsubasa RESERVoir CHRoNiCLE sunting

Dalam siri Tsubasa Chronicle (juga merupakan ciptaan CLAMP), Touya bukan sahaja abang kepada Sakura, tetapi seorang raja di Negara Clow. Touya mengantikan tempat ayahnya iaitu Raja Clow Reed selepas dia meninggal dunia. Seperti dalam Card Captor Sakura, Raja Touya tidak menyukai rakan karib adiknya Puteri Sakura iaitu Shaoran, seorang ahli arkeologi. Seperti siri Card Captor Sakura juga, Raja Touya berkawan baik dengan Yukito yang merupakan Paderi Tertinggi (High Priest) di Negara Clow.

Profile Touya sunting

Nama Jepun: Kinomoto Touya (木之本 桃矢)

Maksud nama: Touya bermaksud bunga 'peach' dalam bahasa Jepun yang juga merupakan salah satu bunga kegemaran ibunya.

Nama Inggeris: Tori Avalon

Umur: 17 tahun (dalam permulaan siri)

Harijadi: 29hb Februari

Kumpulan darah: O

Keluarga: Fujitaka Kinomoto (ayah), Nadeshiko Kinomoto (ibu, meninggal), Sakura Kinomoto (adik perempuan), Raja Clow Reed (ayah; dalam Tsubasa Chronicle sahaja, meninggal).

Tempat tinggal: Tomoeda, Jepun

Sekolah: Tidak diketahui