Toyota Alphard adalah MPV premium bersaiz besar yang dihasilkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 2002. Tujuan utama Toyota membuat Alphard adalah untuk bersaing dengan Honda Elysion dan Nissan Elgrand. Alphard mempunyai model tujuh atau lapan tempat duduk dengan pilihan enjin petrol atau hybrid. Varian hybrid telah dikeluarkan sejak tahun 2003 yang menggunakan teknologi Hybrid Synergy Drive Toyota.

Toyota Alphard
Maklumat
PengilangToyota
Juga dikenali
  • Toyota Vellfire (2008–kini)
  • Toyota Crown Vellfire (China, 2021–kini)
  • Lexus LM (2020–kini)
Pengeluaran2002 - kini
PemasanganJapan: Inabe, Mie (Toyota Auto Body)[1]
PendahuluToyota Grania/Grand HiAce (XH10)
KelasMPV Premium
Gaya badanMPV 5 pintu

Toyota Alphard pada mulanya dijual untuk pasaran Jepun, namun dijual di Bangladesh[2], Belarus[2], Russia[3], Timur Tengah, Greater China[4] dan Asia Tenggara. Serupa dengan Camry, ia biasnya diklasifikasikan sebagai kereta mewah di pasaran Asia Tenggara.

Kenderaan ini dinamakan sempena Alphard[5], bintang tercerah di dalam buruj Hydra. Alphard juga mempunyai lambang depan yang istimewa, iaitu huruf alpha kecil.[6] Nama "Vellfire" diambil dari 'Velvet' dan 'Fire' bagi melambangkan 'kelicinan' dan 'semangat.


Generasi Pertama (AH10;2002) sunting

Generasi pertama (AH10)[7]
 
Alphard V MZ (pra-facelift, Malaysia)
Maklumat
Pengeluaran2002–2008
PelantarPlatform K toyota
Enjin
Penghantaran
  • Automatik 4-kelajuan (2.4, pra-facelift 3.0)
  • Automatik 5-kelajuan (facelift 3.0)
  • e-CVT (hybrid)
Jarak roda2,900 mm (114.2 in)
Panjang4,840 mm (190.6 in)
Lebar1,805 mm (71.1 in)
Tinggi1,935 mm (76.2 in)
Berat Curb1,790 kg (3,946 lb)
BerkaitToyota Previa (XR30, XR40)

Alphard telah dilancarkan oleh Toyota pada Mei 2002.[5][8] Model Alphard V dijual secara eksklusif di kedai Netz sementara Alphard G mempunyai reka bentuk grille hadapan yang berbeza dan dijual di kedai Toyopet. Alphard telah difacelift pada tahun 2005 dengan reka bentuk baharu bagi lampu belakang dan menggunakan rim aluminium aloi 16" atau 17".

Pada tahun 2006, varian Alphard lounge telah diperkenalkan.[9] Ia adalah varian atasan, empat tempat duduk bagi Alphard G.

Alphard V
Alphard G

Alphard hibrid sunting

Versi hibrid juga telah ditambahkan pada barisan MY 2003, yang menampilkan enjin petrol kitaran 2AZ-FE Atkinson 2.4 liter dengan output kuasa 133 PS (98 kW; 131 hp) dan 190 N⋅m (140 lb⋅ft) tork yang telah dibangunkan khusus bagi meggunakan teknologi Hybrid Synergy Drive Toyota dan menampilkan kitaran nisbah pengembangan tinggi yang meningkatkan kecekapan dan mengurangkan geseran; walau bagaimanapun, ini membawa kepada masalah kehausan awal cincin omboh yang berakibat daripada penggunaan minyak yang tinggi disebabkan oleh cincin yang direka bentuk dengan kurang baik bagi meminimumkan geseran.[10][11]

Alphard Hibrid menggunakan teknologi "by-wire" yang memantau tekanan brek dan kelajuan kenderaan untuk mengira tekanan hidraulik yang optimum. By-wire berfungsi dengan sistem E-Four AWD untuk memaksimumkan pengumpulan tenaga kinetik daripada brek untuk penukaran kepada kuasa elektrik.

Alphard Hybrid boleh menjana sehingga 1,500 watt dan dilengkapi dengan salur keluar kuasa AC 100 volt, untuk menggerakkan peralatan luaran seperti komputer riba dan lampu kecemasan.  

 
Alphard Hibrid (pra-facelift)

Di Jepun, Alphard Hybrid layak sebagai Kenderaan Emisi Ultra Rendah (ULEV), mencapai tahap emisi 75% lebih rendah daripada penanada aras yang ditetapkan kerajaan Jepun pada 2002.

Generasi Kedua (AH20;2008) sunting

Generasi Kedua (AH20)[7]
 
Alphard 350G 2008 (GGH20W; pra-facelift, Jepun)
Maklumat
Juga dikenaliToyota Vellfire
Pengeluaran2008–2015
PelantarToyota New MC platform
Enjin
Penghantaran
  • Automatik 6-kelajuan (3.5)
  • Super CVT-i automatic 7-kelajuan (2.4)
  • e-CVT (hibrid 2.4)
Jarak roda2,950 mm (116.1 in)
Panjang4,840 mm (190.6 in)
Lebar1,830 mm (72.0 in)
Tinggi1,905 mm (75.0 in)
Berat Curb1,910–2,070 kg (4,211–4,564 lb)
BerkaitToyota Previa (XR50)

Selepas di pratonton sebagai FT-MZ pada tahun 2007, Alphard generasi kedua mula dijual pada tahun 2008. Bagi generasi ini, sebuah model kembar yang dijual sebagai Vellfire telah diperkenalkan. Berdasakan sebuah pernyataan akhbar oleh Toyota, model Alphard dikatakan sebagai 'elegan dan canggih'. Manakala model Vellfire dikatakan sebagai 'kekuatan' dan 'keperibadian yang kuat'. Di Jepun, kedua-dua model ini dijual oleh pengedar yang berbeza dengan Alphard dijual di kedai Toyopet, manakala Vellfire dijual di Toyota Netz, yang lebih beronteriasikan model untuk golongan belia.

Varian-varian Alphard/Vellfire adalah seperti berikut:

  • 240/350X (8 tempat duduk)
  • 240S
  • 240 Hybrid
  • 350S "C Package"
  • 240/350G
  • 350G "L Package"
  • 350G "Executive Lounge"
  • Royal Lounge

Mulai tahun 2008, Toyota Alphard dijual secara rasmi di Indonesia melalui PT Toyota Astra Motor.[12] Pada 3Ogos 2010 pula, Alphard dilancarkan di Filipina.[13]

Keselamatan sunting

JNCAP telah mengiktiraf Alphard dengan enam bintang bagi keselamatan penumpang dalam kemalangan dan ciri-ciri keselamatan yang luar biasa. Ciri-ciri keselamatan seperti Sistem Brek Antikunci (ABS), Pengagihan Tenaga Brek Elektronik, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan (Traction Control) dan tujuh beg udara (Dua di hadapan, Beg udara sisi bagi pemandu dan penumpang, beg udara di bahagian lutut pemandu dan beg udara tirai) adalah standard bagi semua varian. Varian lebih tinggi menawarkan sistem Pra-Ranap kelas pertama sebagai pilihan (hanya untuk model Jepun). Ciri-ciri termasuk Kawalan Pelayaran Adaptif yang dipandu radar, 'Lane Departure Warning with Lane Keep Assist and Pre-collision Warning with Semi-Autonomous Emergency Braking', yang membantu menggunakan tekanan brek secara sederhana dan tidak memberhentikan kenderaan sepenuhnya. [14][15]

Facelift sunting

Model facelift telah diumumkan oleh toyota pada 27 September 2011, dengan jualan di Jepun bermula pada 1 November 2011. Juga diperkenalkan adalah varian hibrid bagi Alphard dan Vellfire.[16]

Galeri sunting

Alphard
Vellfire

Generasi ketiga (AH30;2015) sunting

Generasi ketiga (AH30)
 
Alphard 2.5 G 2016 (AGH30; pra-facelift, Indonesia)
Maklumat
Juga dikenali
  • Toyota Vellfire
  • Toyota Crown Vellfire
    (China
    2021–kini)[17]
  • Lexus LM (2019–kini)[18]
Pengeluaran2015–kini
PendahuluToyota Estima (Jepun)
PelantarToyota New MC platform
Enjin
  • Petrol:
  • 2.5 L 2AR-FE I4
  • 3.5 L 2GR-FE V6 (2015–2017; Hong Kong, 2018–kini)
  • 3.5 L 2GR-FKS V6 (2018–kini)
  • Hibrid Petrol :
  • 2.5 L 2AR-FXE I4
Penghantaran
  • ATF U660E Automatik 6-kelajuan (2GR-FE)
  • Super CVT-i automatik 7-kelajuan
  • ATF A80E automatik 8-kelajuan (2GR-FKS)
  • e-CVT (hybrid)
Jarak roda3,000 mm (118.1 in)
Panjang4,915–4,945 mm (193.5–194.7 in)
5,040 mm (198.4 in) (Lexus LM)
Lebar1,850 mm (72.8 in)
Tinggi1,880–1,950 mm (74.0–76.8 in)
1,945 mm (76.6 in) (Lexus LM)
Berat Curb1,920–2,220 kg (4,233–4,894 lb)

Toyota mengeluarkan Alphard generasi ketiga pada 26 Januari 2015 dengan reka bentuk luaran sepenuhnya dan 2 enjin baharu, termasuk enjin petrol 2AR-FE 2.5 liter dan enjin hibrid petrol 2AR-FXE 2.5 liter. Enjin V6 2GR-FE 3.5 liter yamg mempunyai transmisi automatik 6-kelajuan telah dibawa daripada generasi sebelumnya. Gred Lounge Eksekutif teratas baharu telah ditambah untuk Alphard dan Vellfire.

Gril besar bagi generasi ini serupa dengan gril Toyota Crown Siri S120 dan lampu belakangnya terletak di bahagian atas sama dengan Previa dan Sienna generasi ketiga. Panjang telah ditingkatkan sebanyak 60 mm (2.4 in), lebar sebanyak 20 mm (0.8 in), dan jarak roda telah ditingkatkan sebanyak 50 mm (2.0 in); tetapi ketinggiannya lebih pendek sebanyak 10 mm (0.4 in) berbanding generasi yang sebelumnya. Toyota Alphard menghadapi saingan daripada MPV lain seperti Nissan Elgrand dan Honda Odyssey generasi kelima pasaran antarabangsa.[19] Pengeluar audio besar seperti Alpine Electronics dan JBL mengeluarkan navigasi dan aksesori audio/visual khusus untuk Alphard. Alphard mempunyai pilihan yang mempunyai sistem bunyi JBL 1200W 17-speaker, 5.1 saluran.[20]

Alphard generasi ketiga boleh didapati di Jepun dan pasaran Asia yang terpilih termasuk Brunei, Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Filipina dan Hong Kong yang menjadi pasaran pertama di luar Jepun yang menerima model ini. Alphard generasi ketiga diperkenalkan di Rusia, tetapi hanya dengan enjin V6 3.5 liter. Model V6 juga boleh didapati di pasaran pemanduan kiri yang lain, seperti China dan Taiwan.[21] Di India, Vellfire ditawarkan sejak Februari 2020 sebagai satu-satunya model import jenama itu di negara ini dengan enjin hibrid 2.5 liter dengan pacuan empat roda.[22]

Alphard
Vellfire

Facelift sunting

Alphard generasi ketiga facelift dan Vellfire generasi kedua telah diperkenalkan pada 25 Disember 2017 dan dikeluarkan pada 8 Januari 2018.

Pada 1 Mei 2020, Alphard dan Vellfire boleh didapati di semua saluran jualan pengedar Toyota di Jepun (Toyota Store, Toyopet Store, Corolla Store dan Netz), dan lambang logo Netz pada gril hadapan Vellfire digantikan dengan lambang logo Toyota.

Pada April 2021, paras trim untuk Vellfire di Jepun telah dikurangkan kepada satu trim edisi khas, Golden Eyes II, disebabkan penurunan jualan akibat penyatuan barisan pengedar pada 2020.[23]

Pada bulan yang sama, Vellfire di China telah dinamakan semula kepada Toyota Crown Vellfire (Bahasa Cina ringkas: 皇冠威尔法; Cina tradisional: 皇冠威爾法; pinyin: Huángguàn Wēiěrfǎ), dengan logo Crown menggantikan logo Toyota di hadapan dan di bahagian lain seperti hubcap dan kelompok instrumen.[24]

Alphard
Vellfire
Crown Vellfire

Lexus LM sunting

Versi limosin Lexus bagi Alphard generasi ketiga, dipanggil Lexus LM, telah diperkenalkan pada 16 April 2019 di Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-18 dan pertama kali dikeluarkan pada 20 Februari 2020 di China.[25][18]Nama LM bermaksud "Luxury Mover" atau "Penggerak Mewah". Lexus LM lebih panjang berbanding dengan Alphard, dengan panjang berukuran 5,040 mm (198.4 in). Lexus LM menampilkan komponen struktur yang lebih baharu dan lebih kukuh, bersama dengan elemen kalis bunyi tambahan. Terdapat dua konfigurasi tempat duduk, konfigurasi 7 tempat duduk yang berdasarkan varian Alphard Executive Lounge, dan konfigurasi 4 tempat duduk bernama "Suite Emperor", berdasarkan varian Alphard Royal Lounge. Lexus LM menampilkan persediaan suspensi baharu yang menampilkan teknologi Swing Valve.[26]

Dua pilihan enjin tersedia, hibrid empat silinder (2AR-FXE 2.5 liter) dalam LM 300h, dan V6 3.5 liter (2GR-FKS) dalam LM 350 (2GR-FE di Hong Kong).

Jualan sunting

Tahun Jepun China Indonesia
Alphard[27] Vellfire[28] Alphard LM Alphard Vellfire
2002 53,428
2003 83,529
2004 85,953
2005 81,647
2006 66,199
2007 52,236
2008 45,119 38,969
2009 29,602 49,636
2010 35,754 61,015
2011 17,783 27,206[29] 319[30][31]
2012 41,471[32] 58,513[32] 2,833[31][33][34]
2013 33,764[35] 50,575[35] 914[36]
2014 25,863[37] 36,734[37] 1,146[38]
2015 44,366[39] 54,180[39] 2,349[40] 751
2016 37,069[41] 48,982[41] 2,202[40] 716
2017 41,923[42] 46,757[42] 8,177[43] 3,208[34] 918[34]
2018 58,806[44] 43,130[44] 12,814[43] 4,118 870
2019 68,705[45][46] 41,429[45][46] 16,181[43] 4,151[47] 486[47]
2020 90,748[48][49] 18,004[48][49] 24,031[50] 3,268[50] 2,490[51] 223
2021 95,049[52] 6,509 23,952[53] 3,327 312

Rujukan sunting

  1. ^ Suzuki, Masato (26 January 2015). "新型トヨタ・アルファード/ヴェルファイア発売" [All-new Toyota Alphard/Vellfire launched]. Car Graphic. WebCG. Dicapai pada 19 December 2019.
  2. ^ a b Brindusescu, Gabriel (2013-12-30). "Toyota Alphard Gets Matte Grey Wrap in Hong Kong". autoevolution. Romania. Dicapai pada 2022-10-25.
  3. ^ "Toyota Alphard Minivan Now Sold in Russia". Wroom.ru. 25 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2012. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  4. ^ https://www.cnet.com/roadshow/news/lexus-lm-luxury-minivan-shanghai-debut-2019/
  5. ^ a b "Affiliates (Toyota wholly-owned subsidiaries)-Toyota Auto Body Co., Ltd". Toyota Motor Corporation. 2012. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  6. ^ "アルファードのエンブレムのモチーフはなに?" [What is the motif of the Alphard emblem?]. CARTUNEマガジン | 車のカスタム、パーツ情報から日常ケア情報まで自動車情報を網羅 (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  7. ^ a b Automobil Revue, catalogue edition 2007, p. 490.
  8. ^ https://www.toyota-global.com/company/history_of_toyota/75years/vehicle_lineage/car/id60000198/index.html
  9. ^ Nunez, Alex (4 July 2006). "Toyota Alphard Royal Lounge offers jetlike luxury". Autoblog. US. Dicapai pada 25 Oktober 2022.
  10. ^ http://specs.cars-directory.net/toyota/alphard_hybrid/2.4_4WD_45446.html
  11. ^ https://toyota-club.net/files/faq/04-11-20_faq_az_eng.htm
  12. ^ https://www.cnbcindonesia.com/news/20210603144739-4-250354/harga-toyota-alphard-terbaru-nyaris-rp-2-m-ini-penampakannya
  13. ^ http://www.topgear.com.ph/news/toyota-motor-philippines-launches-new-alphard-minivan
  14. ^ "Model change Toyota Alphard" (Siaran akhbar). Japan: Toyota. 12 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2010. Dicapai pada 12 February 2015.
  15. ^ "Alphard and Vellfire Facelift, Hybrid added". MotorIndustry.org. 19 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2011. Dicapai pada 12 February 2015.
  16. ^ http://www2.toyota.co.jp/jp/news/11/09/nt11_033.html
  17. ^ "クラウンがミニバン化!? 「クラウンヴェルファイア」受注開始! トヨタが中国で販売!" [Crown ialah sebuah MPV sekarang? Pesanan awal bagi Crown Vellfire diambil sekarang, Toyota menjualnya di China!]. Kuruma News (dalam bahasa Jepun). mediavague Co., ltd. 2022-11-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-19.
  18. ^ a b "Lexus LM menaiktarafkan Toyota Alphard daripada kelas bisnes ke kelas pertama". Auto News. Filipina. Dicapai pada 2019-11-12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "lexuslm" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  19. ^ Toyota Alphard and Vellfire 2015 model officially launched Bangkok Post, 26 Januari 2015
  20. ^ "Toyota Alphard and Vellfire". Dicapai pada 12 November 2022.
  21. ^ "【图】埃尔法 2018款 改款 3.5L 豪华版报价_图片_丰田_汽车之家". www.autohome.com.cn. Dicapai pada 12 November 2022.
  22. ^ "Toyota Vellfire launched at Rs 79.50 lakh". Autocar India. Dicapai pada 12 November 2022.
  23. ^ Na_Ya/Creative311 (2021-04-28). "【価格は359.7万円から】一部改良版・トヨタ新型アルファード/ヴェルファイアが2021年4月28日に発売!何とヴェルファイアは特別仕様車以外全グレード廃止" [【Harga bermula daripada 3,597,000 yen】Toyota Alphard/ Vellfire yang telah diupdate akan dikeluarkan pada April 28 2021! Vellfire memansuhkan semua gred kecuali kereta spesifikasi khas.]. Creative Trend (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 12 November 2022.
  24. ^ "Toyota Crown Minivan Makes Surprise Debut At Auto Shanghai". Motor1.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 November 2022.
  25. ^ "Lexus LM kini boleh didapati di China, akan dijual di Filipina tidak lama lagi". Auto industrya. 2020-01-15. Dicapai pada 2020-11-12.
  26. ^ "Lexus LM: A luxuriously crafted mobile space". Lexus (GB) PLC. 2019-07-15. Dicapai pada 2019-11-12.
  27. ^ "トヨタ アルファード 新車販売台数推移/売れ行きと生産状況は? - クルマを買う!". kuru-ma.com. Dicapai pada 2022-09-25.
  28. ^ "トヨタ ヴェルファイア 新車販売台数推移/売れ行きと生産状況は? - クルマを買う!". kuru-ma.com. Dicapai pada 2022-09-25.
  29. ^ "2011 Full Year Best-Selling Car Models in Japan". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2012-01-11. Dicapai pada 2020-04-24.
  30. ^ Ferdian, Azwar (2012-01-12). "Avanza & Innova Buat Toyota Juara". Okezone.com (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: MNC Media. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ a b Sidik, Fajar (2013-02-10). "PERANG MPV PREMIUM: Makin Ramai Di Kelas Medium". Bisnis.com (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Bisnis Indonesia. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ a b "2012 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2013-01-10. Dicapai pada 2020-04-24.
  33. ^ "Nissan: 6 Bulan Lagi Elgrand Bakal Ngejar Alphard". Detik.com (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Trans Media. 2013-06-05. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  34. ^ a b c Wicaksono, Krisna; Herawati, Yunisa (2018-01-19). "Mobil Mewah Ini Pecahkan Rekor Baru di Indonesia". Viva.co.id (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Viva Media Baru. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  35. ^ a b "2013 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2014-01-09. Dicapai pada 2020-04-24.
  36. ^ "Daftar Mobil Keluarga Paling Laku di Indonesia". Viva.co.id (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Viva Media Baru. 2014-01-23. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  37. ^ a b "2014 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2015-01-08. Dicapai pada 2020-04-24.
  38. ^ Octama, Carla Isati (2015-03-27). "Penjualan Alphard dan Vellfire Ditargetkan Capai 200 Unit". BeritaSatu.com (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: BeritaSatu Media Holdings. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ a b "2015 (Full Year) Japan: 30 Best-Selling Car Models". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2016-01-08. Dicapai pada 2020-04-24.
  40. ^ a b Nayazri, Ghulam Muhammad (2017-03-17). Agung Kurniawan (penyunting). "Honda Odyssey Coba Ganggu Toyota Alphard". Kompas.com (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Kompas Cyber Media. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  41. ^ a b "2016 (Full Year) Japan: 30 Best-Selling Car Models". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2017-01-11. Dicapai pada 2020-04-24.
  42. ^ a b "2017 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models and Mini Cars". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-11. Dicapai pada 2020-04-24.
  43. ^ a b c "【文章】同样是4缸保姆车,威尔法比埃尔法便宜十几万,为什么销量不行?_车家号_汽车之家". chejiahao.m.autohome.com.cn. Dicapai pada 2022-03-12.
  44. ^ a b "2018 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models and Mini Cars". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-10. Dicapai pada 2020-04-24.
  45. ^ a b "2019 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-09. Dicapai pada 2020-04-24.
  46. ^ a b "乗用車ブランド通称名別順位 | 統計データ" [Ranking by passenger car brand name]. Japan Automobile Dealers Association (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-07-10.
  47. ^ a b Utama, Wira (2020-02-20). Eko Ari Wibowo (penyunting). "Alasan Honda Masih Belum Garap Maksimal Pesaing Toyota Alphard". Tempo.co (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Tempo Media Group. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  48. ^ a b "2020 (Full Year) Japan: Best-Selling Car Models". Car Sales Statistics (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-08. Dicapai pada 2021-04-24.
  49. ^ a b "【国産乗用車編】2020年12月&2020年1月~12月の登録車新車販売台数ランキング15を一挙公開!12月度も累計も全てトヨタ新型ヤリスが圧勝! | ページ 2". Creative Trend (dalam bahasa Jepun). 2021-01-08. Dicapai pada 2021-01-12.
  50. ^ a b "2020年12月中高端MPV销量:埃尔法售出2666辆 威然首破2000辆_车家号_发现车生活_汽车之家". chejiahao.autohome.com.cn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-12.
  51. ^ "All New Toyota Alphard Meluncur 2022, Semuanya Hybrid?". Kumparan.com (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Kumparan. 2021-05-20. Dicapai pada 2022-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  52. ^ "【国産乗用車編】2021年12月&1月~12月度最新版の登録車新車販売台数ランキング!やはりトヨタ新型ヤリス/カローラシリーズは強かった!レクサス新型NXも46位にランクイン | ページ 2". Creative Trend (dalam bahasa Jepun). 2022-01-11. Dicapai pada 2022-01-11.
  53. ^ "2021年12月丰田埃尔法销量多少? 在日系车中排名怎么样?-众车网". m.zhongche.com. Dicapai pada 2022-03-12.

Pautan luar sunting