Track Top-40 adalah carta rekod top 40 Denmark yang ditayangkan pada setiap tengah malam hari Khamis di hitlisten.nu. Carta single mingguan Denmark merangkumkan 40 jualan trek yang terbaik dari laman muat-turun muzik yang berlesen dan juga jualan dari single muzik sama ada berbentuk dalam CD atau peti nyanyi. Kesemua maklumat dikumpulkan oleh Nielsen Music Control, yang juga menyusun carta bagi pihak IFPI (International Federation of the Phonographic Industry).

Pautan luar sunting