Tragedi Lubuk Yu berkait dengan kematian 7 orang yang terbabit dalam operasi mencari mangsa lemas Mohd. Azhar Azizam (28 tahun) di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang pada 26 hingga 30 Jun 2010. Mereka maut akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar.[1]

148 orang diberi rawatan kerana dikhuatiri dijangkiti wabak itu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan bahawa 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan. Ujian sinar-X dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis. Dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Terdapat 21 kes, termasuk 3 kes di Hospital Jengka dan satu di Hospital Selayang, semua mereka dalam keadaan) stabil.

Wabak ini diisytiharkan tamat pada Ogos 2010, selepas tiada kes baru dilaporkan.[2]

Mangsa sunting

  1. Seorang lagi meninggal dunia di Hospital Selayang pada 6 Ogos 2010.
  2. Mohd Noor Abidin Ismail, 50, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada 27 Julai 2010. Beliau merupakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka. Beliau tidak terbabit menyelam ke dasar sungai, sebaliknya hanya ditugaskan menjaga peralatan dan logistik bomba.[3]
  3. Azizam Abdullah, 58
  4. Timothy Hoo Seng Heng, 29
  5. Lim Sin Lai, 55
  6. Mohd. Ali Abdullah, 60
  7. Zakaria Ayub, 52
  8. Zainal Abidin Ismail, 56

Kesemuanya terlibat dalam operasi mencari mangsa lemas Mohd. Azhar Azizam, 28

Tindakan sunting

Pada 10 Julai 2010, Kementerian Kesihatan telah menutup kawasan air terjun itu kepada orang ramai. 52 kakitangan dan pegawai daripada beberapa agensi kerajaan mula membersihkan kawasan perkelahan itu.[4] Operasi melibatkan Jabatan Kesihatan negeri, Pejabat Daerah Maran, Majlis Daerah Maran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Bekalan Air (JBA). Wakil Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan turut akan mengenal pasti punca kejadian dan menilai tahap risiko kawasan itu.[5]

Surat pekeliling juga diedarkan ke sekolah-sekolah untuk mengelak aktiviti perkhemahan yang melibatkan air. Kawasan rekreasi di Jengka, Jerantut dan Maran hendaklah dielekkan bagi mengelak jangkitan bakteria sama.

Penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting