Rusuhan Natrah

(Dilencongkan dari Tragedi Natrah)

Rusuhan Natrah/Maria Hertogh, juga dikenali sebagai Tragedi Natrah berlaku di Singapura pada 12 Disember 1950. Insiden ini bertitik tolak daripada keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya yang menetap di Belanda, dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya menurut undang-undang Belanda. Hal ini kerana tanah jajahan (yakni Singapura) berada di bawah pemerintahan kolonial British. Dengan itu, Natrah, seorang pemeluk agama Islam telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dikembalikan kepada agama asalnya, Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.

Seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British, dengan mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang berdekatan mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. Perintah penangkapan perusuh pula digunakan dengan bagi membendung keganasan merebak.

Latar belakang sunting

Pada penghakiman yang menentukan hak perlindungan diberi kepada ibu bapa kandung Natrah, kesemua orang Islam menghormati keputusan mahkamah. Tiada apa-apa rusuhan atau tindakan di luar dijangka akan terjadi.

Namun begitu, oleh sebab provokasi daripada akhbar-akhbar propenjajah, orang Melayu Indonesia yang beragama Islam telah tercabar. Provokasi tersebut termasuklah foto-foto yang menunjukkan gambar Natrah melutut kepada Maryam dengan tajuk Natrah knelt before Virgin Mary. Natrah digambarkan sebagai gembira di bawah jagaan "Mother of Reverent" iaitu rahib di pusat jagaan. Sementara itu, laporan akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Warta Malaya melaporkan sebaliknya, dengan gambaran Natrah yang bersedih, murung dan menangis ketika wartawan Melayu Islam membuat liputan. Natrah juga bertanyakan khabar Che Aminah.

Dengan itu, orang Melayu, India Muslim dan orang keturunan Indonesia di Singapura dikatakan tercabar apabila Natrah diletakkan di sebuah gereja atau menyamai fungsi gereja. Mereka melancarkan apa yang dianggap sebagai perang jihad, perang suci untuk menyelamatkan agama dan maruah Islam.

Suami Natrah ialah Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun. Bapa angkat Mansor Adabi ialah M.A. Majid, seorang India Muslim. Mereka dilakukan nikah gantung, iaitu mereka dinikahkan dan sah bermalam, dengan majlis jamuan perkahwinan dibuat pada satu masa lain yang sesuai. Tujuan pernikahan dilakukan dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Namun begitu, perkahwinan ini tidak sah secara rasmi kerana undang-undang kolonial tidak membenarkan perempuan di bawah 16 tahun berkahwin.

Orang penting sunting

Rujukan sunting

Fatini Yaacob, Natrah @ Nadra @ Maria Hertogh @ Bertha: Cinta, Rusuhan, Air Mata terbitan Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

  • Fatini Yaacob, Majalah Dewan Masyarakat Februari, Mac, April & Mei (1989).
  • Haja Maideen 'Tragedi Nadra' atau 'Nadra Tragedy' terbitan Sang Kancil Publication
  • Snouk Hugronje ' Bertha Hertogh or Nadra Maarof