Buka menu utama
Peta menunjukkan laluan penghijrahan paksa bangsa-bangsa asli di Selatan Amerika Syarikat ke tanah rizab Indian Territory dari 1830–1838.

Pada tahun 1830, suatu pemindahan besar-besaran orang asli Amerika Syarikat secara paksa dilakukan berikutan pelulusan "Akta Penghapusan Indian" (Indian Removal Act). Orang-orang asli ini - terutamanya bangsa-bangsa Cherokee, Muscogee (Creek), Seminole, Chickasaw, dan Choctaw serta hamba-hamba mereka. - dihalau dari tanah asal nenek moyang mereka di kawasan tenggara Amerika Syarikat dan dipaksa bergerak sehingga ke suatu kawasan khusus di sebelah barat Sungai Mississippi sebagai Indian Territory.

Orang-orang yang dipaksa berpindah ini terseksa mengalami pendedahan tanpa perlindungan cuaca, penyakit dan kebuluran semasa dalam perjalanan ke petempatan baru mereka, malah banyak daripada mereka yang meninggal sebelum tiba di destinasi mereka. Kesengsaraan yang dialami masyarakat-masyarakat asli ini turut memberi jolokan nama Trail of Tears ("Jejak Bertangisan/Kesedihan").[1][2][3]

Latar belakangSunting

Kejadian utamaSunting

Terhadap bangsa ChoctawSunting

Bangsa Choctaw merupakan bangsa asli pertama yang dipaksa berpindah dari tanah air mereka. Perjanjian Bok Chukfi Ahilha (juga Perjanjian Dancing Rabbit Creek) dimeterai antara pihak-pihak bangsa Choctaw (diwakili Greenwood LeFlore, Musholatubbee dan Nittucachee) dan Amerika Syarikat diwakili Kolonel John Coffee dan Setiausaha Perang John Eaton) pada 1831 di mana ia merundingkan bahawa 11 juta ekar (45,000 km2) milik bangsa Choctaw di Mississippi ditukar milik dengan 15 juta ekar (61,000 km2) di kawasan Indian Territory (kini negeri Oklahoma) di mana orang Choctaw dikehendaki berpindah ke sana.

Terhadap bangsa Seminole - penolakan dan pemberontakanSunting

Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Adams–Onís dengan Empayar Sepanyol untuk memperoleh kawasan jajahan Florida; mereka mengambil alih tempat tersebut pada tahun 1821. Pada tahun 1832, orang-orang Seminole diundang ke suatu mesyuarat di Payne's Landing, Sungai Ocklawaha untuk mendengarkan penentuan keberadaan mereka berikutan pendudukan pihak Amerika Syarikat. Pihak Amerika Syarikat memberi syarat agar orang Seminole berhijrah ke kawasan bertanah sesuai jauh ke barat, malah mereka akan ditempatkan di petempatan rizab orang Muscogee dan diasimilasikan. Perkara ini tidak disenangi orang Seminole kerana bangsa Muscogee menganggap mereka sebagai suatu "bangsa pengkhianat"; perkara ini diburukkan lagi dengan keadaan perundingan tersebut yang dianggap merumitkan kerana tanggapan pukul rata pihak Amerika Syarikat bahawa masyarakat Seminole diutamakan antara semua bangsa dalam kawasan rizab tersebut.

Pada 28 Disember 1835, sekumpulan orang Seminole dan kulit hitam menyerang hendap suatu kompeni Tentera Darat Amerika Syarikat yang bergerak dari Fort Brooke, Tampa ke Fort King di Ocala - kesemua kecuali tiga orang askar dalam 110 orang dibunuh mereka habis-habisan. Serangan ini - dikenali dengan nama "Penyembelihan Dade" - mencetuskan suatu konflik bersenjata yang berlarutan antara pemberontak-pemberontak Seminole dengan Amerika Syarikat.

Terhadap bangsa MuscogeeSunting

Terhadap bangsa CherokeeSunting

Pada ketika ini kawasan yang semakin meluas sehingga pihak Amerika Syarikat banyak berselisih dengan bangsa-bangsa Asli Amerika yang berjiranan. Pemerintah-pemerintah negeri tidak mahukan kawasan-kawasan milik puak asli yang terasing dalam kawasan pentadbiran mereka, namun bangsa-bangsa Asli ini enggan berpindah atau menukar identiti mereka.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan bangsa Cherokee bertegang dengan pihak Amerika Syarikat. Faktor pertama ialah penemuan galian emas di kawasan berhampiran Dahlonega, Georgia pada tahun 1828 yang menyebabkan kerubut emass pertama di Amerika Syarikat - banyak pendatang memasuki dan mencerobohi tanah milik orang Cherokee sehingga berlaku pergaduhan, maka pemerintah negeri Georgia semakin didesak agar menepati Pakatan 1802 (Compact of 1802) di mana pemerintah persekutuan Amerika Syariakt dijanjikan akan menghapuskan hak milih tanah orang asli sedia ada di negeri tersebut.[4] Selain itu juga, terdapat kerisauan yang dibangkitkan daripada persaingan antara para pendatang dengan masyarakat Cherokee dalam penanaman kapas di kawasan beriklim ideal; penghasilan kapas berlebihan oleh kedua-dua kaum ini dikhuatiri akan menyebabkan permintaan dan harga kapas mengurang secara mendadak lagi-lagi dengan berkembangnya penanaman kapas berskala besar hasil ciptaan mesin busar kapas oleh Eli Whitney tahun 1793.

Terhadap bangsa ChickasawSunting

KesanSunting

PerangkaanSunting

Bangsa orang asli Populasi di timur Sg. Mississippi sebelum pemindahan Perjanjian pembuangan
dan tahun dimeterai
Tempoh pemindahan Jumlah bilangan yang dipindahkan Bil. penduduk yang kekal Bil. korban pemindahan Bil. korban perang
Choctaw 19,554[5] + warga kulit putih + 500 hamba Dancing Rabbit Creek (1830) 1831–1836 12,500 7,000[6] 2,000–4,000+ (Akibat kolera) tiada
Creek 22,700 + 900 hamba[7] Cusseta (1832) 1834–1837 19,600[8] Ratusan 3,500 (akibat penyakit)[9] ? (Perjanjian Creek Kedua)
Chickasaw 4,914 + 1,156 hamba Anak Sungai Pontotoc (1832) 1837–1847 lebih 4,000 Ratusan 500–800 tiada
Cherokee 21,500 + 2,000 hamba New Echota (1835) 1836–1838 20,000 + 2,000 hamba 1,000 2,000–8,000

[10][11][12][13][14][15]

Seminole 5,000 + hamba pelarian Payne's Landing (1832) 1832–1842 2,833[16] 250[16]500[17][18] 700 (Perang Seminole Kedua)

RujukanSunting

  1. ^ "Trail of Tears - Native American History - HISTORY.com". History.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2017. Dicapai 17 Oktober 2017. 
  2. ^ "A Brief History of the Trail of Tears". www.cherokee.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2017. Dicapai 18 Oktober 2017. 
  3. ^ "The Trail of Tears". PBS. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2017. Dicapai 17 Oktober 2017. 
  4. ^ "Treaty regarding Georgia's western lands, 1802". Governor's Subject Files, Executive Dept., Governor, RG 1-1-5, Georgia Archives. Dicapai 13 Mei 2016. 
  5. ^ Grant Foreman (1972). Indian Removal: The Emigration of the Five Civilized Tribes of Indians. University of Oklahoma Press. m/s. 47, note 10 (1830 census). ISBN 978-0-8061-1172-8. 
  6. ^ Several thousand more emigrated West from 1844–49; Foreman, pp. 103–4.
  7. ^ Foreman, p. 111 (1832 census).
  8. ^ Remini 2001, p. 272.
  9. ^ Russell Thornton (1 Jun 1992). "The Demography of the Trail of Tears Period: A New Estimate of Cherokee Population Losses". dalam William L. Anderson. Cherokee Removal: Before and After. University of Georgia Press. m/s. 85. ISBN 978-0-8203-1482-2. 
  10. ^ Stannard 1993, m/s. 124.
  11. ^ Thornton, Russell (1991). "The Demography of the Trail of Tears Period: A New Estimate of Cherokee Population Losses". dalam William L. Anderson. Cherokee Removal: Before and After. m/s. 75–93. 
  12. ^ Curtis, Nancy C. (1996). Black Heritage Sites. United States: ALA Editions. m/s. 543. ISBN 0-8389-0643-5. 
  13. ^ Prucha, Francis Paul (1 Januari 1995). The Great Father: The United States Government and the American Indians. U of Nebraska Press. m/s. 241 note 58. ISBN 0803287348. 
  14. ^ Ehle, John (8 Jun 2011). Trail of Tears: The Rise and Fall of the Cherokee Nation. Knopf Doubleday Publishing Group. m/s. 390–392. ISBN 9780307793836. 
  15. ^ Carter, Samuel (1976). Cherokee sunset: a nation betrayed : a narrative of travail and triumph, persecution and exile. Doubleday. m/s. 232. ISBN 9780385067355. 
  16. ^ a b Francis Paul Prucha (1 Januari 1995). The Great Father: The United States Government and the American Indians. U of Nebraska Press. m/s. 233. ISBN 0-8032-8734-8. 
  17. ^ Anthony Wallace; Eric Foner (Julai 1993). The Long, Bitter Trail: Andrew Jackson and the Indians. Farrar, Straus and Giroux. m/s. 100–101. ISBN 978-0-8090-1552-8. 
  18. ^ Francis Paul Prucha (1995). The Great Father: The United States Government and the American Indians. University of Nebraska Press. m/s. 241 note 58. ISBN 0-8032-8734-8. Dicapai 16 February 2016. John Ehle (1989). Trials of Tears: The Rise and Fall of the Cherokee Nation. Anchor Books. m/s. 390–392. ISBN 978-0-385-23954-7. Dicapai 16 Februari 2016. William L. Anderson (1992). Cherokee Removal: Before and After. University of Georgia Press. m/s. 75–93. ISBN 978-0-8203-1482-2. Dicapai 16 February 2016. 

Pautan luarSunting