Buka menu utama

Train to Busan (Hangul: 부산행; RR: Busanhaeng) ialah sebuah filem seram ngeri Korea Selatan tahun 2016 diarahkan oleh Yeon Sang-ho. Filem ini dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi dan Ma Dong-seok.[3] Filem ini dibuka di Festival Filem Cannes 2016 pada 13 Mei.[4][5][6][7] Sebuah filem prekuel animasi, Seoul Station, juga diarahkan oleh Sang-ho ditayangkan tidak sampai sebulan kemudian.

Train to Busan
PengarahYeon Sang-ho
PenerbitLee Dong-ha
PenulisPark Joo-suk
Dibintangi oleh
Muzik olehJang Young-gyu
SinematografiLee Hyung-deok
Disunting olehYang Jin-mo
Syarikat
penerbitan
  • Next Entertainment World
  • RedPeter Film
PengedarNext Entertainment World
Mula ditayangkan
  • 13 Mei 2016
    (Cannes)
  • 20 Julai 2016
    (Korea Selatan)
Tempoh tayangan
118 minit[1]
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggung$87.5 juta[2]

PlotSunting

Seok-Woo ialah seorang pengurus dana yang telah bercerai. Dia obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an. Untuk harijadinya, Soon-an mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Pada keesokan harinya, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul. Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut. Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.

PelakonSunting

  • Gong Yoo sebagai Seok-woo
  • Jung Yu-mi sebagai Seong-kyeong
  • Kim Su-an sebagai Soo-an
  • Ma Dong-seok sebagai Sang-hwa
  • Kim Eui-sung sebagai Yon-suk
  • Choi Woo-shik sebagai Yong-guk
  • Ahn So-hee sebagai Jin-hee
  • Choi Gwi-hwa sebagai lelaki gelandangan
  • Jung Suk-yong sebagai Kapten KTX
  • Ye Soo-jung sebagai In-gil
  • Park Myung-sin sebagai Jong-gil
  • Jang Hyuk-jin sebagai Ki-chul
  • Kim Chang-hwan sebagai Kim Jin-mo
  • Shim Eun-kyung sebagai wanita yang melarikan diri

PenerimaanSunting

Box officeSunting

Train to Busan membuat kutipan sebanyak $87.5 juta di seluruh dunia.[2] Filem ini mencatat rekod sebagai filem Korea dengan kutipan tertinggi di Malaysia.[8] Filem ini juga merekodkan lebih daripada 11 juta penonton di Korea Selatan.[9]

Penerimaan kritisSunting

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating penerimaan 96% berdasarkan 78 ulasan dengan purata rating 7.6 daripada 10. Metacritic pula memberikan filem ini purata skor 72 berdasarkan 15 ulasan.[10]

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Filem Asia ke–11 Pelakon Lelaki Terbaik Gong Yoo Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ma Dong-seok Dicalonkan
Penyunting Terbaik Yang Jin-mo Dicalonkan
Kesan Visual Terbaik Jung Hwang-su Dicalonkan
Pereka Kostum Terbaik Kwon Yoo-jin, Rim Seung-hee Dicalonkan
Anugerah Filem Blue Dragon ke–37 Filem Terbaik Train to Busan Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kim Eui-sung Dicalonkan
Ma Dong-seok Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jung Yu-mi Dicalonkan
Pengarah Baru Terbaik Yeon Sang-ho Dicalonkan
Arahan Seni Terbaik Lee Mok-won Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Park Joo-seok Dicalonkan
Suntingan Terbaik Yang Jin-mo Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Lee Hyeong-deok Dicalonkan
Pencahayaan Terbaik Park Jeong-woo Dicalonkan
Anugerah Teknikal Kwak Tae-yong dan Hwang Hyo-gyoon (solekan istimewa) Menang
Anugerah Pilihan Penonton untuk Filem Paling Popular Train to Busan Menang
Anugerah Filem Buil ke–25 Filem Terbaik Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kim Eui-sung Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jung Yu-mi Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Lee Hyeong-deok Dicalonkan
Arahan Seni Terbaik Lee Mok-won Dicalonkan
Anugerah Seni Filem Yu Hyun-mok Yeon Sang-ho Menang
Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Macao Pertama Filem Blockbuster Asia Train to Busan Menang
Anugerah Fangoria Chainsaw Filem Bahasa Asing Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Gong Yoo Dicalonkan
Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea Anugerah Teknikal Train to Busan Menang
Anugerah Zuhal ke–43 Filem Seram Terbaik Tercalon
Anugerah Seni Baeksang ke–53 Filem Terbaik Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kim Eui-sung Menang
Ma Dong-seok Dicalonkan
Pengarah Baru Lelaki Terbaik Yeon Sang-ho Menang
Anugerah Filem Chunsa Anugerah Teknikal Kwak Tae-yong Menang
Anugerah Istimewa Penonton untuk Filem Terbaik Train to Busan Menang

RujukanSunting

  1. ^ "Train to Busan (15)". British Board of Film Classification. 20 September 2016. Dicapai 8 Disember 2016. 
  2. ^ a b "Train to Busan". Box Office Mojo. Dicapai 18 Januari 2017. 
  3. ^ Kay, Jeremy (9 Jun 2016). "Well Go USA Entertainment boards 'Train To Busan'". Screen Daily. Dicapai 10 Jun 2016. 
  4. ^ "Cannes 2016: Film Festival Unveils Official Selection Lineup". Variety. Dicapai 14 April 2016. 
  5. ^ "'Train to Busan' to screen at Cannes". The Korea Times. 
  6. ^ "Zombies fail to impress in 'Train to Busan'". 19 Julai 2016. 
  7. ^ Chen, Heather (2016-08-03). "Train to Busan: Zombie film takes S Korea by storm". BBC News. Dicapai 2016-08-22. 
  8. ^ "With RM21m, 'Train to Busan' is highest grossing S. Korean film in Malaysia ever". The Malay Mail 0nline. Dicapai 24 Februari 2017. 
  9. ^ "Zombie Movie 'Train to Busan' Passes 11 Million-Viewer Mark". The Chosun Ilbo. 19 Ogos 2016. Dicapai 4 Disember 2016. 
  10. ^ "Train to Busan Reviews". Metacritic. Dicapai 5 September 2016. 

Pautan luarSunting