Transit Zuhrah, 1639

Pencerapan serta catatan pertama transit Zuhrah dibuat dalam tahun 1639 oleh dua ahli falak Inggeris, Jeremiah Horrocks dan rakannya William Crabtree.[1] Dua orang sahabat ini membuat pencerapan secara bersendirian pada 4 Disember tahun itu (24 November mengikut takwim Julius yang digunakan di ENgland pada masa itu); Horrocks membuat cerapannya dari Carr House, kemudian di kampung Much Hoole, Lancashire, dan Crabtree pula dari rumahnya di Broughton, berdekatan Manchester.

Jeremiah Horrocks mencerap transit Zuhrah dalam tahun 1639 lukisan The Founder of English Astronomy ("Bapa Astronomi Inggeris") oleh Eyre Crowe, 1891)

Dua orang rakan ini, pengikut ilmu falak baharu Johannes Kepler, merupakan pengamal falak matematik yang bekerja secara sistematik untuk membetul dan memperbaiki Jadual Rudolph Kepler melalui pencerapan dan pengiraan. Pada tahun 1639, Horrocks merupakan satu-satunya ahli falak yang sedar bahawa transit Zuhrah akan berlaku; yang lain hanya sedar selepas laporan Horrocks berkaitan dengan transit tersebut diedarkan. Walaupun kedua-dua sahabat ini meninggal dunia dalam jangka masa lima tahun selepas membuat pencerapan mereka, kerja penting mereka amat berpengaruh bagi menetapkan saiz Sistem Suria. Oleh sebab ini dan kerja-kerja lain, Horrocks dan Crabtree, serta rakan persuratan mereka, William Gascoigne, dianggap bapa ilmu falak penyelidikan British.

Rujukan sunting

  1. ^ Kollerstrom, Nicholas (2004). "William Crabtree's Venus transit observation" (PDF). Proceedings IAU Colloquium No. 196, 2004. International Astronomical Union. Dicapai pada 10 May 2012.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.