Transkripsi (album)

album ke-12 oleh Siti Nurhaliza

Transkripsi ialah album studio ke-12 Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Album ini telah terjual melebihi 80,000 unit. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.

Transkripsi
Album studio oleh
Dilancarkan pada23 April 2006
Dirakamkan padaMei 2005 - Mac 2006
GenrePop Edit the value on Wikidata
Panjang58:04
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Suria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Prasasti Seni
(2004)
Transkripsi
(2006)
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Single daripada Transkripsi
  1. "Biarlah Rahsia"
    Dikeluarkan: 22 Januari 2006
  2. "Bisakah"
    Dikeluarkan: Jun 2006
  3. "Siti Situ Sana Sini"
    Dikeluarkan: Julai 2006
  4. "Bila Harus Memilih"
    Dikeluarkan: Ogos 2006
  5. "Pastikan"
    Dikeluarkan: Disember 2006
  6. "Destinasi Cinta"
    Dikeluarkan: Februari 2007
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Album ini juga merupakan album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri iaitu, Siti Nurhaliza Productions dan album pertama beliau dimana Siti berperanan sebagai penerbit dan penerbit eksekutif. Album ini diiktiraf sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti Nurhaliza, kerana kepelbagaian elemen pop, rock, dan turut memuatkan lagu balada yang baik.

Latar belakang sunting

Ia menjadi album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan oleh syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions selepas beliau meninggalkan Suria Records (SRC) pada awal 2005 selepas menerbitkan 10 album bersama SRC dan ia dikeluarkan 10 tahun selepas pelancaran album pertama beliau pada 1996.

Siti memulakan promosi album Transkripsi dengan mengedarkan lagu Biarlah Rahsia di semua stesen radio di seluruh negara. Lagu ini diterbitkan sebagai maklum balas kepada pihak petugas media yang bertungkus-lumus menyiasat kehidupan peribadi Siti, terutamanya mengenai perhubungannya dengan ahli perniagaan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa menjelang hari perkahwinan mereka pada 21 Ogos 2006.[1]

Transkripsi menerima pujian kritis daripada daripada pengulas dan menyifatkannya sebagai salah satu album terbaik Siti yang pernah dihasilkan [2][3] dan penerbitan album ini merupakan percubaan pertama Siti untuk menerbitkan album di bawah syarikatnya sendiri.

Keluaran dan sambutan sunting

Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
ERA       link
Klik      
New Straits Times       link
Sultan Muzaffar      

Album Transkripsi dikeluarkan pada 23 April 2006 dan muzik video untuk Biarlah Rahsia dan Bisakah telah diterbitkan.[4]

Ianya cemerlang dengan dikurniakan sijil 3 kali platinum kerana jualan melebihi 80,000 unit, sekaligus menggondol anugerah Album Terbaik dan Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14,[4][5][6] di samping juga membantu Siti merangkul tiga anugerah (Lagu Terbaik untuk "Biarlah Rahsia", Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Popular) Anugerah Planet Muzik pada tahun yang sama.[6]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Siti Situ Sana Sini"Cham VEDamian VE dan Lah VE4.06
2."Biarlah Rahsia"Siti NurhalizaMelly Goeslaw4.09
3."Destinasi Cinta"PSNNLin Li Zhen3.24
4."Cuba Untuk Mengerti"Tengku ShafiekTengku Shafiek4.45
5."Hidup Penuh Bicara"Yasin & Eena HouzyamaYasin3.59
6."Bila Harus Memilih"Glenn FredlyGlenn Fredly4.23
7."Pastikan"Melly GoeslawMelly Goeslaw4.22
8."Hati Berbisik"Siti NurhalizaSiti Nurhaliza & Aubrey Suwito4.10
9."Rupanya Kita Serupa"Cat FarishCat Farish4.56
10."Tanpa Dendam di Hati"Habsah HassanErwin Gutawa4.15
11."Intrig Cinta"LoloqSiti Nurhaliza4.04
12."Impiankan Nyata"RaufAbdul Rahim Bachik, Rauf & Firdaus Mahmud3.40
13."Bisakah"Tessh RSAubrey Suwito4.39


Kedudukan carta sunting

Album sunting

Carta (2007) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia
(Top 10 Album Tempatan Paling Laris 2006)
2
Malaysia
(Carta RIM)
1[7]

Single sunting

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2006

Biarlah Rahsia

1 1 1 -

Bisakah

7 13 6 2

Siti Situ Sana Sini

1 1 - -

Bila Harus Memilih

7 4 - -
2007

Pastikan

1 1 1 -

Destinasi Cinta

- 11[nota 1] 1 1

^Tidak termasuk Carta Xfresh, Carta Suria, MTV Jus dan Hits 1

Anugerah sunting

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2007 Transkripsi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Tercalon
Kulit Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
"Bisakah" Video Terbaik Tercalon

Anugerah Planet Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan Negara hos
2007[8][9] "Biarlah Rahsia" Lagu Paling Popular Tercalon  
Singapura
Lagu Terbaik Menang
Transkripsi Album Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2007[10] "Destinasi Cinta" Lagu Pop Rock Terbaik Tercalon

Anugerah ERA sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2006 "Biarlah Rahsia" Lagu Pop Pilihan Terbaik Tercalon
2007[11] "Pastikan" Lagu Pop Pilihan Terbaik Tercalon
Penyanyi Wanita Pilihan Terbaik Menang

Pensijilan sunting

Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia RIM: 4× Platinum 80,000

Catatan sunting

  1. ^ Destinasi Cinta menjadi satu-satunya lagu di dalam album Transkripsi untuk tidak menduduki kedudukan pertama di Carta Era ekoran kekurangan undian daripada pendengar akibat saingan daripada Hot FM yang merupakan pesaing utama Era FM.

Rujukan sunting

  1. ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (6 Mei 2006) Kisah menarik majlis pelancaran album Siti Utusan Malaysia. Diperoleh pada 28 April 2014.
  2. ^ Transkripsi vokal terbaik Siti (2 Mac 2006) Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 3 September 2010.
  3. ^ So gloriously Siti (11 March 2006) New Straits Time. Digital Collections DC5: Cross Search. Retrieved on 3 September 2010.
  4. ^ a b Transkripsi Diarkibkan 2009-03-30 di Wayback Machine SitiZone. Diperoleh pada 28 Disember 2009.
  5. ^ Right AIM (20 March 2006) Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 11 Ogos 2010.
  6. ^ a b Saingan sengit finalis AIM14 (30 Mac 2007) Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. Diperoleh pada 11 Ogos 2010.
  7. ^ Retail Sales Chart - Malay Chart (1 August 2006) Recording Industry Association Of Malaysia. 25 Februari 2011.
  8. ^ "Penyertaan karyawan muzik Malaysia sedikit". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 24 April 2007. Dicapai pada 2 September 2010.
  9. ^ "Siti raih 3 anugerah APM 2007". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 9 Jun 2007. Dicapai pada 2 September 2010.
  10. ^ Kejutan AJL22 tak undang kontroversi (3 Februari 2008). Berita Minggu. Digital Collections DC5: Text Archive. Diperoleh pada 24 September 2010.
  11. ^ Siti terus ungguli vokal Diarkibkan 2013-12-24 di Wayback Machine |Shazryn Mohd. Zainal (9 September 2007). Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 22 Ogos 2010.

Pautan luar sunting