Translatewiki.net
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Pengarang asal | Niklas Laxström |
---|---|
Pembangun | Niklas Laxström, Siebrand Mazeland |
Keluaran pertama | July 2006 (alfa: 2005) |
Keluaran stabil | Continuous development / Monthly MLEB release |
Status pembangunan | Active |
Sistem pengendalian | Rentas platform |
Terdapat dalam | 300 bahasa |
Jenis | Penterjemahan berbantu komputer |
Lesen | GPL; perkhidmatan bebas |
Tapak sesawang | translatewiki.net; dokumentasi |
translatewiki.net merupakan sebuah platform penterjemahan berasaskan sesawang yang dikuasakan oleh sambungan Translate untuk MediaWiki yang menjadikan MediaWiki alat yang mujarab untuk menterjemahkan setiap jenis teks.
translatewiki.net kini disertai oleh 5000 orang penterjemah[1] yang mengusahakan lebih 50 ribu rentetan pada lebih 20 projek[2] termasuk MediaWiki, OpenStreetMap, Mifos, Encyclopedia of Life, MantisBT.
Ciri-ciriSunting
Ciri utama translatewiki.net dan enjinnya iaitu sambungan Translate adalah merupakan sebuah wiki agar sesiapa sahaja senang menyumbang tanpa banyak sekatan kemasukan.[3] Mutu dipelihara dengan menyeru para penterjemah supaya menumpukan perhatian kepada bidang kepakaran utama mereka, iaitu penterjemahan, sekali gus meringankan semua beban lain mereka.
Terjemahan disediakan serta-merta kepada penterjemah dan akan lancar bersegerak dengan kepustakaan perisian[4] atau halaman-halaman wiki yang boleh diterjemah tanpa campur tangan penterjemah. Sebaik-baiknya, terjemahan baru untuk projek-projek sampai dalam masa satu hari.[5]
Penyunting terjemahan yang disediakan menyediakan pelbagai ciri untuk membantu penterjemahan seperti
- pendokumenan mesej atau "konteks",
- cadangan dari ingatan terjemahan dan terjemahan mesin,
- menyemak terjemahan untuk kesilapan am tatabahasa,
- status terjemahan mesej.[6]
Format-format yang disokongSunting
Yang berikut adalah format-format yang disokong secara natif. Banyak lagi boleh ditambah dengan sedikit pengubahsuaian.[7]
- Antaramuka dan halaman MediaWiki
- GNU Gettext
- Sifat-sifat Java
- Sumber rentetan Android
- INI
- Dtd
- Fail PHP
- JavaScript
- Json
- PythonSingle
- RubyYaml
- Yaml
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Statistics
- ^ Live localisation statistics, example language Finnish.
- ^ translatewiki.net celebrates – so do I, post for 6th birthday by Niklas Laxström, 22 April 2011.
- ^ Translatewiki.net Community, 27 April 2011, mifos.org.
- ^ mw:Localisation#Update of localisation.
- ^ Redesigning the Translation experience: An overview, Wikimedia Foundation blog, 25 Mac 2013.
- ^ File format support.
Pautan luarSunting
- translatewiki.net
- Halaman dan dokumentasi sambungan Translate MediaWiki
- Templat:Ohloh project