Pengisar injakan

(Dilencongkan dari Treadmill)

Pengisar injakan,[1] sawat injak atau treadmill adalah suatu alat yang membolehkan sesuatu hidupan (baik haiwan atau manusia) berjalan, berlari atau mendaki tanpa berganjak dari kedudukan asal. Tenaga yang terjana dan terkumpul daripada pergerakan berulang ini lazim dipergunakan untuk melakukan kerja-kerja seharian yang memerlukan kuasa banyak sebelum adanya mesin yang lebih canggih.

Alat ini mula difikirkan sejak abad ke-1 Masihi di Rom Purba. Alat-alat ini pada awalnya digunakan untuk mengerjakan serta mengolah tuaian ladang sama ada untuk tujuan pembersihan atau penghasilan dalam bentuk lain. Mekanisme sebegini kemudiannya dilanjutkan untuk mengerahkan banduan-banduan penjara yang dihukum kerja buruh. Pada zaman moden, ia kini khusus digunakan untuk tujuan senaman – alat-alat lebih canggih ini dijanakan sendiri daripada pemasangan motor elektrik atau roda tenaga yang mengalirkan tenaga kepada suatu tali sawat.

Fungsi sunting

Untuk menjana kuasa sunting

 
Suatu alat pembanting janaan kuda tambatan.

Mesin-mesin penjana tenaga wujud dari zaman kuno.[2] Terdapat tiga reka bentuk utama:[3]

  • palang mendatar dipasang pada batang pasak menegak di mana seekor haiwan tambatan akan didorong bergerak keliling alat ini lalu tenaga akan terkumpul pada pasak.
  • suatu roda injak berputar di sekitar paksi menegak, didorong oleh seekor lembu atau binatang lain yang berjalan dalam lingkaran yang mendorong palang. Bahkan manusia digunakan untuk memberi kuasa kepada mereka. Reka bentuk kedua adalah roda menegak, roda injak, yang digerakkan melalui pendakian di tempat dan bukannya berjalan berpusing. Ini serupa dengan yang kita kenal sekarang sebagai "roda hamster" (dalam bentuk kincir).
  • Reka bentuk ketiga juga memerlukan pendakian tetapi menggunakan platform bergerak yang miring.

Untuk tujuan penghukuman sunting

Alat penginjak mula dipergunakan untuk hukuman pada tahun 1818 oleh seorang jurutera Inggeris bernama Sir William Cubitt, anak seorang pengilang, setelah melihat keadaan para banduan di penjara Bury St Edmunds yang bermalasan; lalu dia mengusulkan menggunakan kekuatan otot mereka bukan sahaja untuk mengurangkan kemalasan mereka tetapi juga untuk tujuan pekerjaan bermanfaat.[4]

Mesin-mesin ini lazimnya digunakan untuk menjana kuasa yang cukup untuk mengepam air atau mengalirkan udara bersih masuk ke dalam lombong.[5][6] Ia tidak lagi digunakan pada lewat abad ke-19.

Untuk tujuan senaman sunting

 
Suatu mesin injak jalan jenama York.

Suatu "mesin latihan" (No. paten: 1,064,968) dipatenkan di Amerika Syarikat pada 17 Jun 1913.[7]

Cadangan latihan sawat injak dirancang untuk mendiagnosis penyakit jantung dan paru-paru, dan diciptakan oleh Robert Bruce dan Wayne Quinton di Universiti Washington pada tahun 1952.[8] Penyelidikan Kenneth H. Cooper mengenai faedah latihan aerobik, yang diterbitkan pada tahun 1968, memberikan hujah perubatan untuk menyokong pengembangan komersial sawat injak rumah dan basikal senaman.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "treadmill (Kamus Bahasa Inggeris)". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  2. ^ Major, Kenneth (1980). "The Pre-Industrial Sources of Power: Muscle Power". History Today. Dicapai pada June 22, 2012.
  3. ^ "Histories and Precedents". University of Illinois at Chicago. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-22. Dicapai pada September 2, 2013.
  4. ^ Cassie Arnold. "The Treadmill's Prison Origins". Mental Floss, Inc (USA). Dicapai pada 2013-06-12.
  5. ^ Thompson, Irene (2008). The A-Z of punishment and torture. Book Guild Publishing. m/s. 134. ISBN 978-1-84624-203-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-30.
  6. ^ Cleveland Holt, Thomas (1992). The problem of freedom: race, labor, and politics in Jamaica and Britain, 1832-1938. JHU Press. m/s. 106. ISBN 978-0-8018-4291-7.
  7. ^ "Patent US1064968 - Training-machine. - Google Patents". Google.no. Dicapai pada 22 Julai 2014.
  8. ^ Peyman, Brooke (31 Mac 2011). [Livestrong.com "Can You Lose Stomach Fat On A Treadmill?"] Check |url= value (bantuan). Livestrong.com. Dicapai pada 29 Februari 2012.