Treron

genus burung

Treron ialah genus bagi burung dalam keluarga merpati, Columbidae. Ahlinya sering dikenali sebagai punai. Genus ini bertebaran di seluruh Asia dan Afrika. Genus ini mengandungi 30 spesies, yang dikenali kerana warnanya yang hijau, sehingga memberikan nama Inggerisnya "green dove" (dara hijau), yang mana diperoleh daripada pigmen karotenoid dalam dietnya. Punai memakan pelbagai buah-buahan, kekacang dan bijian. Ia tinggal di atas pokok dan mendiami aneka habitat berkayu. Ahli genus ini boleh dikumpulkan mengikut spesies dengan ekor panjang, ekor sederhana panjang, dan ekor berbentuk baji. Kebanyakan spesies punai memiliki dimorphisme seksual, di mana burung jantan dan betina mempunyai perbezaan warna bulu.

Treron
Punai lengguak jantan
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Columbiformes
Keluarga: Columbidae
Subkeluarga: Treroninae
Genus: Treron
Vieillot, 1816[1]
Spesies jenis
Columba curvirostra
Gmelin, 1789
Spesies

Lihat teks

Taksonomi sunting

Genus Treron telah diperkenalkan pada 1816 oleh seorang pakar ornitologi Perancis Louis Jean Pierre Vieillot dengan punai lengguak (Treron curvirostra) sebagai spesies jenisnya.[2][3] Nama genusnya daripada Yunani Kuno trērōn yang bermaksud "merpati" atau "dara".[4]

Genusnya mengandungi 30 spesies:[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Vieillot, L. P. (1816). Analyse d'une nouvelle ornithologie élémentaire. Paris: A. Belin. m/s. 49.
  2. ^ Vieillot, Louis Jean Pierre (1816). Analyse d'une Nouvelle Ornithologie Élémentaire (dalam bahasa Perancis). Paris: Deterville/self. m/s. 49.
  3. ^ Peters, James Lee, penyunting (1937). Check-List of Birds of the World. 3. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 14.
  4. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 389. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  5. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2020). "Pigeons". IOC World Bird List Version 10.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  6. ^ "Species Updates – IOC World Bird List" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-18.