Segi Tiga Selatan

(Dilencongkan dari Triangulum Australe (buruj))

Segi Tiga Selatan atau Triangulum Australe ialah sebuah buruj kecil di hemisfera samawi jauh selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "segi tiga selatan", yang membezakannya daripada Triangulum (Segi Tiga) di langit utara dan diturunkan daripada corak hampir sama daripada ketiga-tiga bintang tercerahnya. Buruj ini pertama kali digambarkan pada sebuah glob samawi sebagai Triangulus Antarcticus atau Segi Tiga Antartik oleh Petrus Plancius pada 1589, dan kemudian dengan lebih ketepatan dan nama sekarangnya oleh Johann Bayer dalam karyanya Uranometria pada 1603. Penjelah dan ahli astronomi Perancis Nicolas Louis de Lacaille mencartakan dan memberi bintang-bintang lebih cerahnya designasi Bayer masing-masing pada 1756.

Triangulum Australe
Buruj
Triangulum Australe
Nama LatinTriangulum Australe
SingkatanTrA
GenitifTrianguli Australis
Sebutan/triangulum australe,
genitif /trianguli australis/
SimbolismeSegi Tiga Selatan
Pencerapan
(Epok J2000)
14j 56.4m hingga 17j 13.5m[1]
Keserongan−60.26° hingga −70.51°[1]
SukuanSQ3
KeluargaHerkules
Keluasan110 darjah persegi (ke-83)
Bintang
Bintang utama3
10
Bintang dengan planet
1
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
3
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
α TrA (Atria) (1.91m)
Bintang terhampirζ TrA
(39.48 tc, 12.11 pc)
Objek
Objek MessierTiada
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +25° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Julai.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alpha Trianguli Australis, dikenali sebagai Atria, ialah sebuah gergasi jingga bermagnitud kedua dan bintang tercerah dalam buruj ini, serta bintang keempat puluh dua tercerah di langit malam. Yang melengkapkan segi tiga ialah dua buah bintang jujukan utama putih Beta dan Gamma Trianguli Australis. Sungguhpun buruj ini terletak dalam Bimasakti dan mengandungi banyak bintang, objek-objek langit lepas adalah tidak prominen. Ciri-ciri ketara termasuklah gugusan terbuka NGC 6025 dan nebula planet NGC 5979.

Rujukan sunting

Kutipan

Sumber

Sumber lain

Pautan luar sunting

Templat:Bintang dalam Triangulum Australe

Koordinat:   16h 00m 00s, −65° 00′ 00″