Trust the Man merupakan filem yang dibintangi oleh pelakon David Duchovny, Billy Crudup, Julianne Moore dan Maggie Gyllenhaal. Ia ditulis dan diarah oleh Bart Freundlich. Ia dilancarkan untuk tontonan umum pada 18 Ogos 2006.

Trust The Man
Trust The Man.jpg
PengarahBart Freundlich
PenerbitSidney Kimmel
Tim Perell
PenulisBart Freundlich
Dibintangi olehDavid Duchovny
Billy Crudup
Julianne Moore
Maggie Gyllenhaal
Eva Mendes
James Le Gros
Muzik olehClint Mansell
PengedarFox Searchlight Pictures
Mula ditayangkan
18 Ogos 2006
Tempoh tayangan
103 min.
BahasaBahasa Inggeris
Perbelanjaan$10,000,000

SinopsisSunting

Rebecca (Moore) merupakan seorang pelakon filem yang membuat penampilan pementasan pentas pertama di Lincoln Center. Suami beliau, Tom (Duchovny) memutuskan untuk menjaga anak-anaknya di rumah setelah kecewa dengan kerja pengiklanan. Setahun sekali, mereka akan berjumpa dengan pakar terapi (Garry Shandling) dan membincangkan isu-isu rumahtangga mereka termasuk keinginan seks yang tinggi oleh Tom. .

Tobey (Crudup), seorang pengulas sukan dan teman wanitanya, Elaine (Gyllenhaal) yang telah bersama selama tujuh tahun. Elaine mulai sedar akan usianya yang semakin meningkat tetapi masih tidak nampak sebarang perkembangan dalam hubungannya dengan Tobey.

Tom bertemu dengan seorang wanita yang juga ibu kepada kawan anaknya di sekolah. Tom akhirnya melakukan hubungan sulit tanpa pengetahuan Rebecca. Sementara itu, Rebecca pula acapkali digoda oleh pelakon muda, Jasper (Juston Bartha).

PelakonSunting

Pautan LuarSunting