Tsepo Masilela

Footballer

Peter Tsepo Masilela (lahir 5 Mei 1985), dikenali sebagai Tsepo Masilela, merupakan pemain bola sepak Afrika Selatan yang bermain sebagai pertahanan untuk Kaizer Chiefs.

Tsepo Masilela
Maklumat peribadi
Nama penuh Peter Tsepo Masilela[1]
Tarikh lahir (1985-05-05) 5 Mei 1985 (umur 38)
Tempat lahir Witbank, Afrika Selatan
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pertahanan kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kaizer Chiefs
Nombor 24
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2005 Hellenic 48 (9)
2005–2007 Benoni 54 (1)
2007–2012 Maccabi Haifa 108 (2)
2011–2012Getafe (pinjaman) 13 (0)
2012– Kaizer Chiefs 41 (0)
Pasukan kebangsaan
2006– Afrika Selatan 51 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 May 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16:28, 28 October 2013 (UTC)

Karier kelab sunting

Dia membuat kemunculan antarabangsa pertamanya sebelum beraksi dalam Premier Soccer League. Selepas hanya satu musim dalam liga di negaranya, dia berpindah ke kelab Israel, Maccabi Haifa.

Maccabi Haifa sunting

Dia menandatangani kontrak empat tahun bersama Maccabi Haifa pada 31 Ogos 2007. Masilela wmerupakan pemain penting untuk Maccabi Haifa memenangi Kejohanan Israel, dan mara ke Liga Juara-Juara Eropah. Masilela membuat 13 bantuan gol dan satu gol dalam musim 2009-10. Pada bulan Jun 2011, beliau melanjutkan kontraknya selama dua tahun.

Getafe sunting

Pada 20 Ogos 2011, Masilela menyertai kelab La Liga, Getafe secara pinjaman semusim dari Maccabi Haifa. Dia kembali ke Maccabi Haifa selepas perjanjian pinjamannya tamat dengan Getafe

Kaizer Chiefs sunting

Masilela kembali ke Afrika Selatan selepas lima tahun di luar negar untuk menyertai Kaizer Chiefs pada pertengahan tahun 2012. Dia membuat kemunculan sulungnya pada bulan November 2012 ketika kemenangan 3–2 ke atas Moroka Swallows.[2]

Karier antarabangsa sunting

Sejak tahun 2006 dia telah bermain untuk [Pasukan bola sepak kebangsaan Afrika Selatan|Afrika Selatan]], bermain dalam Piala Negara-Negara Afrika 2006, Piala Negara-Negara Afrika 2008, Piala Konfederasi FIFA 2009 dan Piala Dunia FIFA 2010.

Kejayaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tsepo Masilela". ESPN FC. Dicapai pada 16 April 2014.
  2. ^ http://telkomknockout.co.za/player/1819/Tsepo-Masilela/3/Kaizer-Chiefs/255/2014-Telkom-Knockout/

Pautan luar sunting