Tsunami Selat Sunda 2018

Pada 22 Disember 2018, satu tsunami yang disebabkan oleh letusan Anak Krakatau di Selat Sunda menghentam daerah pesisir Banten dan Lampung, Indonesia. Sekurang-kurangnya 437 orang telah maut dan 14,059 cedera akibat insiden ini.[1] Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizikal Indonesia (BMKG), tsunami disebabkan oleh air pasang tinggi dan gelongsoran bawah laut kerana letusan gunung berapi tersebut.

Tsunami Selat Sunda 2018
Pemandangan tapak sebuah konsert setelah kejadian
Tarikh22 Disember 2018
Masasekitar 21.27 WIB (14.27 UTC)
LokasiSelat Sunda, Indonesia
Koordinat6°06′10″S 105°25′22″E / 6.1026739°S 105.4227555°E / -6.1026739; 105.4227555Koordinat: 6°06′10″S 105°25′22″E / 6.1026739°S 105.4227555°E / -6.1026739; 105.4227555
Kematian437[1]
Kecederaan14,059[1]
Hilang10[2]
Harta benda rosak
2,752 rumah dan 510 kapal[3]

Latar belakang sunting

Selat Sunda berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik, Indonesia yang menjadi tempat bagi 127 gunung berapi aktif dan mengakibatkan kejadian gempa bumi besar pada setiap tahun. Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda, adalah salah satu di antara 127 gunung tersebut, merupakan gunung berapi yang muncul pada tahun 1927 setelah letusan Gunung Krakatau pada 1883. Letusan gunung ini merupakan salah satu yang terburuk dalam sejarah, menyebabkan tsunami mega, meragut lebih 30,000 nyawa, serta membuat kawasan sekitar letusan gunung dipenuhi abu vulkanik.[4][5]

Beberapa bulan sebelum tsunami terjadi, Gunung Anak Krakatau menunjukkan peningkatan aktiviti, dengan terjadinya letusan pada 21 Disember 2018 selama 2 minit hingga menyemburkan abu vulkanik setinggi 400 meter (1,300 ka).[4]

Kronologi sunting

Pada pukul 21:03 WIB (14:03 UTC), Anak Krakatau, gunung berapi aktif di Selat Sunda ini, meletus dan memusnahkan peralatan seismografi terdekat, apabila suatu stesen lain mengesan getaran secara berterusam. Pada pukul 21:27 WIB, BMKG mengesan suatu tsunami di pesisir barat Banten, walaupun tiada peristiwa tektonik yang berlaku.[6] Jurubicara Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho mengeluarkan sebuah kenyataan yang menghubungkan tsunami dengan pasang tinggi dan gelongsoran bawah laut yang disebabkan oleh letusan Anak Krakatau.[5]

Sebelum ini, BMKG ada mengeluarkan amaran peringatan gelombang tinggi untuk perairan sekitar selat Sunda.[7] Bacaan tinggi gelombang tsunami adalah setinggi 90 sentimeter (35 in) di Serang dan 30 sentimeter (12 in) di Lampung,[8] dengan ketinggian maksimum 2 meter (6.6 ka).[9]

Kematian sunting

Pada tanggal 22 Disember, laporan awal BNPB menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 20 orang meninggal dunia, 165 cedera, dan 2 orang dilaporkan hilang.[10] Pada tanggal 23 Disember, jumlah korban telah meningkat menjadi 43 orang, 584 cedera, dan 2 hilang. Dari 43 mangsa korban, 33 terkorban di Pandeglang, 7 di Lampung Selatan, dan 3 di Serang, dengan sebahagian besar korban luka-luka (491 orang) juga di Pandeglang. Pada waktu tengah hari, BNPB memaklumkan peningkatan jumlah korban menjadi 62 orang, 584 cedera, dan 20 orang hilang.[11] Wilayah yang terkesan tsunami ialah di Pandeglang yang merupakan destinasi kunjungan seperti Pantai Carita.[12]

Menjelang 13:00 waktu setempat pada 23 Disember, BNPB telah mengesahkan 168 kematian dan 745 kecederaan dengan 30 dilaporkan hilang,[13] dan angka itu meningkat lagi kepada 281 orang yang meninggal dunia dan 1,016 yang cedera.[14] Pada 24 Disember, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat kepada 373, dengan 1459 dilaporkan cedera dan sekurang-kurangnya 128 hilang.[15]

Antara mangsa ialah Aa Jimmy, seorang pelakon dan pelawak Indonesia,[16] dan beberapa ahli band Indonesia, Seventeen: Bassist M. Awal "Bani" Purbani, gitaris Herman Sikumbang, pengurus jalan Oki Wijaya, dan crewmember Ujang. Selepas beberapa jam, pemain drum, Windu Andi Darmawan dan Dylan Sahara dilaporkan telah mati.[17] Video yang diedarkan dalam talian menunjukkan tahap panggung band yang diserang oleh tsunami di tengah pertunjukan mereka di Tanjung Lesung, menyebabkan ia runtuh dan penonton melarikan diri.[18] Kumpulan pelancongan dari PLN dan Kementerian Sukan dan Belia turut terjejas oleh tsunami, dengan beberapa anggota mati, hilang atau cedera.[19][20]

Kerosakan sunting

Sekitar 400 rumah di Pandeglang yang terletak di dekat pantai roboh atau rosak teruk akibat tsunami. Selain itu, 9 hotel di Pandeglang dan 30 rumah di Lampung Selatan juga rosak teruk.[21] Jalan raya yang menghubungkan Serang dan Pandeglang juga terputus.[22]

Respons sunting

  •   Australia: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata negaranya akan menawarkan bantuan kepada kawasan yang terjejas, serta menghantar ucapan takziah menerusi Twitter.[26]
  •   India: Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi akaunnya di Twitter dan menyampaikan takziahnya serta bersedia membantu pemerintah Indonesia. [27][28]
  •   Jerman: Kaunselor Jerman, Angela Merkel meluahkan takziahnya terhadap keluarga mangsa terkorban menerusi akaun Twitternya dan mengharapkan keselamatan terhadap mangsa-mangsa.[29]
  •   Singapura: Presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga mengirimkan surat kedukacitaan kepada Presiden Indonesia Joko Widodo. Kedutaan Singapura di Jakarta dan Konsulat Jeneralnya di Medan juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan memantau keadaan dengan teliti. Selain itu, diperintahkan supaya warga Singapura berhampiran kawasan terjejas memantau berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.[30]

Berikutan kejadian tsunami, kerosakan telah menyebabkan siren amaran tsunami di sebuah kampung Pandeglang berbunyi dan mendorong penduduk untuk berpindah.[31]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Number of injured in Indonesia tsunami surges to over 14,000". The Star Online. Asean Plus. Dicapai pada 31 December 2018.
  2. ^ "Number of people injured by tsunami soars to 7,200". Straits Times. Dicapai pada 29 December 2018.
  3. ^ https://www.thestar.com.my/news/regional/2018/12/31/number-of-injured-in-indonesia-tsunami-surges-to-over-14000/
  4. ^ a b "Deaths as 'volcano tsunami' hits Indonesia". BBC News. 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  5. ^ a b "Tsunami in Banten, Lampung kills at least 20: Disaster agency". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  6. ^ Ramdhani, Jabbar (23 December 2018). "Update Terkini BMKG: Yang Terjadi di Anyer Bukan Tsunami karena Gempa". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 23 December 2018.
  7. ^ "Air Pasang di Anyer Diduga Tsunami Karena Erupsi Krakatau". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  8. ^ Puspa, Wanti (23 December 2018). "20 Orang Tewas dan 165 Terluka Akibat Tsunami di Selat Sunda". CNBC Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 23 December 2018.
  9. ^ Medistiara, Yulida (23 December 2018). "BMKG Sebut Terjangan Air Laut di Anyer Gabungan Gelombang Tinggi-Tsunami". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 23 December 2018.
  10. ^ "Korban Tsunami Terus Bertambah, 20 Meninggal Dunia, 165 Luka-Luka dan 2 Hilang". Badan Nasional Penanggulangan Bencana (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-23.
  11. ^ Prasetia, Andhika. "Update Korban Tsunami Banten: 62 Orang Tewas, 584 Luka, 20 Hilang". detiknews. Dicapai pada 2018-12-23.
  12. ^ "Tsunami terjang Selat Sunda, korban diperkirakan terus bertambah". BBC (dalam bahasa Indonesia). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  13. ^ "Indonesia tsunami hits Sunda Strait after Krakatau eruption". BBC (dalam bahasa eng). 24 December 2018. Dicapai pada 24 December 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Death toll from Indonesian tsunami rises to 281". www.cbsnews.com. Dicapai pada 24 December 2018.
  15. ^ https://www.bbc.com/news/world-asia-46674490 Indonesia tsunami: Death toll from Anak Krakatau volcano rises
  16. ^ "Arie Untung Kabarkan Aa Jimmy Meninggal Dunia Jadi Korban Tsunami Banten". tribunnews.com. 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  17. ^ "Members of Indonesian Pop Band Seventeen Killed After Tsunami Hits Concert". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 24 December 2018.
  18. ^ "Indonesia tsunami: Wave crashes into local pop band Seventeen's concert". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  19. ^ "19 Karyawan PLN Hilang Diterjang Tsunami di Tanjung Lesung". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  20. ^ "Tsunami Banten, 7 dari 256 Peserta "Family Gathering" PLN Meninggal Dunia". KOMPAS (dalam bahasa Indonesia). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  21. ^ Ma'ruf, Irfan (23 December 2018). "Sejumlah Rumah di Pandeglang Banten Roboh Diterjang Gelombang Pasang". iNews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 23 December 2018.[pautan mati kekal]
  22. ^ "Tsunami di Banten, Jalan Raya Serang-Pandeglang Terputus". Tribunnews.com (dalam bahasa Indonesia). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  23. ^ Florentin, Vindry (23 December 2018). "Jokowi Perintahkan Jajarannya Tangani Tsunami Selat Sunda". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 23 December 2018.
  24. ^ "Malaysia ready to help Indonesia after tsunami strikes Sunda Strait". Free Malaysia Today. 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  25. ^ "Tsunami: Malaysia sedia bantu ringankan beban rakyat Indonesia". BERNAMA. 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  26. ^ Ellis-Petersen, Hannah (23 December 2018). "Indonesia tsunami: 220 dead and 'many missing' after Anak Krakatoa erupts- latest updates". The Guardian. Dicapai pada 23 December 2018.
  27. ^ https://twitter.com/narendramodi/status/1076836070472515585
  28. ^ [https:https://www.business-standard.com/article/pti-stories/pm-modi-condoles-loss-of-lives-in-indonesian-tsunami-118122300531_1.html "PM Modi condoles loss of lives in Indonesian tsunami"] Check |url= value (bantuan). Business Standard. 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.
  29. ^ "Merkel Hingga Ozil Sampaikan Duka Mendalam untuk Korban Tsunami Indonesia". detiknews. 25 Disember 2018. Dicapai pada 25 Disember 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  30. ^ "Singapore deeply saddened by tsunami in Indonesia, no reports of Singaporeans affected: MFA". The Straits Times. 23 Disember 2018. Dicapai pada 23 Disember 2018.
  31. ^ "Beredar Kabar Tsunami Lanjutan di Banten, Ini Klarifikasi BNPB". KOMPAS (dalam bahasa Indonesia). 23 December 2018. Dicapai pada 23 December 2018.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Tsunami Selat Sunda 2018 di Wikimedia Commons]