Tsurupika Hagemaru

Tsurupika Hagemaru, (Jepun: つるピカハゲ丸, "Hagemaru Si Botak Kecil") atau popular sebagai Hagemaru, merupakan sebuah manga yang diterbitkan pada 1985-1995 di Jepun. Manga ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak cilik yang bernama Hagemaru di samping idea-idea yang dipaparkan mengenai penjimatan wang itu dikarang oleh Shinbo Nomura.

Tsurupika Hagemaru
つるピカハゲ丸 chuchu
GenreKomedi
Manga
PengarangShinbo Nomura
PenerbitShogakukan
DemografikKodomo, shōnen
Majalah AsalCoroCoro Comic
Tarikh Pengeluaran19851995
Jilid25
Siri televisyen anime
PengarahHiroshi Sasagawa (penyeliaan)
Tetsuo Yasumi
PenerbitJunichi Kimura (TV Asahi)
Sōjirō Masuko (Shin-Ei Animation)
Skrip/PenulisMasaaki Sakurai
Lagu/MuzikKuni Kawachi
StudioShin-Ei Animation
Penyiaran AsalTV Asahi
Penyiaran LainIndia Pogo TV
Malaysia Astro Ceria
Korea Selatan Jei TV Taiwan GTV Blog
Hong Kong Club Mansion TV
Amerika Syarikat Jason TV
Indonesia RCTI
Tarikh tayangan3 Mac 19886 Oktober 1989
Episod59 + 3 episod khas
Permainan
Tsurupika Hagemaru Mezase! Tsuru Seko no Shou
PengeluarJaleco
GenreAksi
PelantarKomputer Keluarga
Tarikh dikeluarkan13 Disember 1991
Portal Anime dan Manga

Manga ini mendapat sambutan yang hangat di seluruh pelusuk Jepun. Dengan popularitinya, sebuah anime telah diterbitkan oleh studio animasi Shin'ei Doga pada 1988. Ia diarahkan oleh Hiroshi Sasagawa dan disiarkan melalui TV Asahi. Siri televisyen yang mengandungi 59 episod itu turut mendapat sambutan yang hangat, dan atas popularitinya sebuah permainan turut dicipta bagi warna Game Boy. Sejak daripada itu, Tsurupika Hagemaru disiarkan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia di Astro Ceria.

Tsurupika Hagemaru meraih pengiktirafan Anugerah Manga Shogakukan pada 1987 bagi kategori manga kanak-kanak.

Watak sunting

Watak utama sunting

  • Hagemaru Hageda (Jepun: ハゲ田 ハゲ丸, Hepburn: Hageda Hagemaru)
Hagemaru merupakan watak paling utama dalam siri Hagemaru. Dia merupakan anak tunggal kepada Hagezo (ハゲ田 ハゲ蔵) dan Tsuruko (ハゲ田 つる子). Hagemaru seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah. Watak Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Dalam babak-babak tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru menaruh perasaannya kepada Midori yang mana sikapnya menjadi malu-malu jika bertembung dengan Midori. Hagemaru dilihat sebagai tidak tahu membaca namun dia menonjolkan idea-idea menjimatkan wang dalam keadaan lucu. Hagemaru sering mendapat markah '0' dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.
  • Hagezo Hageda (Jepun: ハゲ田 ハゲ蔵, Hepburn: Hageda Hagezo)
Hagezo merupakan watak kedua paling utama selepas Hagemaru dalam siri Hagemaru. Dia bapa kepada Hagemaru itu bekerja di sebuah pejabat di bandar. Ketinggiannya agak rendah berbanding dengan isterinya, Tsuruko yang lebih tinggi daripadanya. Hagezo juga mempunyai sikap kedekut seperti Hagemaru namun kurang kedekut jika dia dibandingkan dengan isterinya sendiri.
  • Tsuruko Hageda (Jepun: ハゲ田 つる子, Hepburn: Hageda Tsuruko)
Tsuruko merupakan watak ketiga paling utama selepas Hagemaru dan Hagezo. Dia ibu kepada Hagemaru itu turut mempunyai sikap kedekut yang mana tahap kebakhilannya lebih tinggi berbanding Hagemaru dan Hagezo sendiri yang dapat dilihat menerusi perancangan kewangan dan ekonomi keluarga Hageda yang dirancang secara teliti ke dalam buku log perbelanjaan keluarga itu. Dia akan melakukan apa-apa saja demi berjimat-cermat sampai anaknya sendiri tidak tertahan dengan perangainya.
Pesu merupakan anjing peliharaan keluarga Hageda. Pesu dianggap sebagai anjing serbaguna oleh keluarga Hageda yang mana Pesu juga tidak diberi makanan oleh keluarga Hageda yang kedekut itu.

Watak sampingan sunting

Kondo merupakan kawan baik dan rakan sekelas kepada Hagemaru. Kondo seorang anak kaya, kacak, tinggi, miang, dan sering menunjuk-nunjuk di hadapan Hagemaru mengenai kemewahan yang diperolehnya. Kondo mempunyai seorang kekasih iaitu Kurumi.
  • Kurumi (Jepun: クルミ)
Kurumi juga merupakan rakan sekelas kepada Hagemaru. Kekasih Kurumi ialah Kondo. Kurumi akan bertindak amuk jika mendapati Kondo ada mendekati gadis-gadis lain. Watak Kurumi hanya muncul di siri anime Hagemaru sahaja. Ciri-ciri yang terdapat pada Kurumi ialah berambut pendek, warna rambut coklat, rendah, dan mempunyai ikatan riben yang berwarna merah.
  • Midori (Jepun: みどり)
Midori merupakan pelajar gred 3 di sekolah rendah. Maksud nama Midori ialah hijau. Hagemaru menaruh perasaan kepada Midori yang mana dia seorang yang pintar, lemah-lembut, dan cantik. Ciri-ciri yang terdapat pada Midori ialah berambut pendek, warna rambut hitam, tinggi, dan sering menemani anjingnya, Marie bersiar-siar bersamanya.
  • Sakura Sakiko (Jepun: 桜 咲子)
Cikgu Sakura merupakan guru kelas yang garang kepada Hagemaru di sekolah. Cikgu Sakura masih bujang dan tercari-cari teman hidupnya yang sepadan dengannya. Dalam babak-babak tertentu, Cikgu Sakura pasti memarahi Hagemaru kerana lewat ke sekolah itu.
  • Tonarida (Jepun: となり田)
Atuk Tonarida merupakan jiran kepada keluarga Hageda. Atuk Tonarida dianggap oleh Hagemaru sebagai datuknya sendiri. Atuk Tonarida muncul bergandingan dengan Kak Busu dalam mengacarakan segmen "Perangai Pelik 10 Terbaik Minggu Ini" pada setiap episod.
  • Busu Neechan (Jepun: ブスねーちゃん)
Kak Busu merupakan seorang kakak sekolah menengah yang gemuk serta hodoh dan mukanya seakan-akan menyerupai babi. Walau bagaimanapun, Kak Busu bergandingan dengan Atuk Tonarida dalam mengacarakan segmen "Perangai Pelik 10 Terbaik Minggu Ini"

Kritikan / Kontroversi sunting

  • Petikan dari Harian Metro (Terbitan Ahad 08 November 2009) yang bertajuk "Robot Di Neraka" menyatakan bahawa seorang ibu yang telah memberitahu kepada pihak Harian Metro tentang siri anime Hagemaru ada menyentuh sensitiviti agama Islam:-
Anak saya suka mentonton animasi yang dialihbahasa ke Bahasa Melayu itu dan anak saya berkata "Betul ke dalam neraka ada robot?".
Dengan itu anak saya berkata lagi, "Kalau macam itu saya nak masuk neraka sebab ada robot?".
Dengan itu saya tutup televisyen dan biarkan di menangis dan hindarkan otak anak saya dari perkara yang tidak baik

Satu adegan seorang pekerja menujuk jari tengah pada keluarga hageda.

Pautan luar sunting

  • [1] Lebih lagi mengenai Tsurupika Hagemaru.