Tuala adalah sejenis fabrik penyerap atau kertas yang digunakan untuk mengelap atau mengeringkan. Ia menyahkan kelembapan melalui sentuhan dengan gerakan memedap atau menyapu.

Gambar dekat sebuah tuala mandian yang diperbuat daripada terrycloth, menunjukkan serat penyerap beserta corak hiasan.

Jenis-jenis tuala sunting

  • Tuala mandian atau tuala mandi digunakan untuk mengeringkan badan selepas mandi. Selalunya berbentuk segi empat dengan ukuran lebih kurang 30" × 60" (75 × 150 cm).
  • Tuala pantai selalunya adalah lebih besar berbanding tuala mandi. Walaupun ia sering digunakan untuk mengeringkan badan selepas bermandi-manda, namun tujuan utamanya adalah sebagai pelapik pasir untuk berbaring untuk berehat atau berjemur.
  • Tuala kaki adalah kecil dan berbentuk segi empat digunakan untuk mengeringkan kaki selepas mandi.
  • Tuala tangan digunakan untuk mengelap tangan selepas membasuhnya. Ia adalah jauh lebih kecil berbanding tuala mandi (misalnya 30×60 cm).