Tuan Anas Mikael ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2015 yang ditayangkan 9 November 2015 di Astro Ria. Drama ini dibintangi oleh Aaron Aziz, dan Zara Zya. Tuan Anas Mikael ditayangkan di saluran Astro iaitu Astro Ria dan Astro Ria HD menerusi Slot MegaDrama.[1]

Tuan Anas Mikael
GenreDrama, cinta, komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Tuan Anas Mikael karya Syamnuriezal
Ditulis oleh
  • Shaza Talib
  • Suriani Mohd Noor
  • Rozie Rashid
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Not For Sale" nyanyian Stacy
Lagu penutup"Not For Sale" nyanyian Stacy
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
PenerbitZiela Jalil
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Syarikat pengedaran
Astro
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal9 November 2015 – 3 Disember 2015
Kronologi
Diikuti olehTersuka Tanpa Sengaja

Sinopsis sunting

Drama ini mengisahkan tentang Puan Sri Tengku Anansa (Ziela Jalil) yang telah memberikan tempoh selama tiga bulan untuk Tuan Anas Mikael (Aaron Aziz) mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana (Raja Ilya), cucu Tun Akhiruddin (Dato' Jalaluddin Hassan).

Ayu Maisarah (Zara Zya) yang mengantikan ibunya, Cik Su (Fazlina Ahmad Daud) sebagai tukang cuci di rumah Tuan Anas Mikael. Satu insiden di mana Ayu Maisarah tersalah cuci tangga menyebabkan Tuan Anas Mikael jatuh membuatkan Ayu Maisarah terpaksa menjadi tukang cuci kepada Tuan Anas Mikael.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu pula mentah-mentah menolak. Tapi akhirnya dia setuju juga untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas di depan mak Tuan Anas untuk mengelak daripada berkahwin dengan Safra Ariana.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Runut bunyi sunting

Penerbitan dan penyiaran sunting

Tuan Anas Mikael merupakan siri drama terbitan Pena Creative Pictures adaptasi dari sebuah novel yang mempunyai nama yang sama, Tuan Anas Mikael karya Syamnuriezal.[6] Ia ditayangkan di saluran berbayar Astro iaitu Astro Ria dan Astro Ria HD melalui Slot MegaDrama bermula 9 November 2015 sehingga 3 Disember 2015.[2] Penyiaran drama ini di dalam saluran berbayar Astro adalah pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam waktu tempatan (WPM).[5] Selepas drama bersiri Tuan Anas Mikael tamat penyiarannya, ia digantikan dengan Tersuka Tanpa Sengaja.

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Drama meleTOP Tuan Anas Mikael Menang [7]

Rujukan sunting

  1. ^ Ahmad Shah (23 November 2015). Tuan Anas Mikael fenomena baru, jadi trending Astro Gempak. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  2. ^ a b c d e f g h Hafiza Kamarudin (22 November 2015). "Tuan Anas Mikael Paling Popular di Enjin Carian Google". Gempak.com. Astro. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  3. ^ Ramlah Zainal (1 Disember 2023). "Idam watak adiwira - Zara Zya". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 16 Mac 2016.
  4. ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Disember 2023). "Impak watak pembantu". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 18 September 2018.
  5. ^ a b Kemalia Othman (26 November 2015). ""Salahkah Saya Jadi Pak Guard?" - Shah Rezza". mStar Online. Star Media Group. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  6. ^ Budiey (28 November 2015). "Drama TUAN ANAS MIKAEL Jadi Trending di Youtube Malaysia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Disember 2023.
  7. ^ "Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2016". MyInfoTaip. 28 Februari 2016. Dicapai pada 1 Disember 2023.