Sultan Phaya Long Muhammad

(Dilencongkan daripada Tuan Besar Raja Muda Ismail)


Paduka Seri Sultan Phaya Long Muhammad ibni Tengku Raja Muda Ismail, juga digelar sebagai Tuan Besar ialah seorang Raja dan Sultan Pattani Darussalam.

Sultan Long Muhammad ibni Raja Muda Ismail
Raja Pattani
Dalam jawatan
1845–1856
Didahului oleh-
Digantikan olehTengku Besar Long Puteh, Tengku Ahmad ibni Almarhum Sultan Muhammad I
Menteri Besar Kelantan ke-3
Dalam jawatan
1835–1838
Didahului olehWan Mahmud bin Ibrahim
Digantikan olehEngku Long Zainal Abidin bin Long Abdul Ghafar
Butiran peribadi
LahirTengku Long Muhammad bin Tengku Ismail
Meninggal dunia1856
Ibu-
BapaTengku Long Ismail ibni almarhum Sultan Long Yunus


Long Muhammad ialah anakanda sulung kepada Raja Muda Kelantan, Tengku Long Ismail ibni almarhum Sultan Long Yunus yang menjadi Gabenor atau Raja bagi Kampong Laut.

Sebelum dilantik menjadi Sultan, baginda telah menjadi Menteri Besar Kelantan pada zaman pemerintahan Long Jenal ibni Long Yunus dan Sultan Muhammad II (Long Senik).

Menjadi raja Pattani

sunting

Long Muhammad merupakan sultan dan raja pertama bagi Dinasti Tuan Besar yang memerintah Kesultanan Pattani, yang dilantik Siam pada 1845 pascaperang saudara yang berlaku akibat penjajahan Siam ke atas wilayah Pattani sebelum daripada itu[1].

Semasa pentadbiran baginda, pihak berkuasa kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbiran mereka terhadap negeri-negeri Melayu di Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menjadi naungan mereka. Pentadbiran Bangkok juga mula memberi kuasa penuh kepada raja-raja Melayu tempatan untuk menguruskan pentadbiran dalam negeri tanpa campur tangan pegawai tadbir Siam[2].

Raja-raja Melayu hanya dikehendaki menghantar ufti bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali dengan ikrar tidak akan menderhaka, selain membekalkan senjata, tenaga manusia dan bahan keperluan jika kerajaan Siam menghadapi peperangan. Berikutan perubahan dasar itu, keamanan wujud di negeri-negeri Melayu yang terlibat buat beberapa dekad[2].

Rujukan

sunting
  1. ^ MOHD FADLI GHANI (Januari 7, 2019). "Salasilah Kesultanan Pattani". Harakahdaily. Dicapai pada 8 Mei 2022.
  2. ^ a b Mohd Zamberi A. Malek (1994). Patani dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 8. ISBN 983-62-4121-3.