Muhammad Yassin Mohammad

ulama Melayu, bapa Muhyiddin Yassin
(Dilencongkan dari Tuan Guru Haji Muhammad Yassin)

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad (1902 - 1975). Semasa hidupnya, beliau banyak mengajar di Muar, Johor hingga Chohong, Melaka. Beliau mengasaskan dua sekolah dengan tujuan penyebaran ilmu agama Islam di Muar, Johor, iaitu Sekolah Menengah Md Yassin dan Sekolah Rendah Agama (Arab) Saadiah. Ulama yang merupakan guru beliau, Abu Bakar Hasan Al-Muari ini banyak mempengaruhi corak pemikiran Yassin.


Muhammad Yassin Bin Mohammad
محمد ياسين بن محمد
Kelahiran1899 (1899)
Tanjung Bidara, Melaka, Tanah Melayu
Meninggal dunia11 November 1975 (berumur 75–76)
DikebumikanTaman Pemakaman Muslim Bakri Batu 1, Muar, Johor
Nama lainMohd. Yassin atau Md. Yasin
PekerjaanPengajar
Pendakwah
AnugerahPingat Sultan Ibrahim (1955)

Keluarga tokoh agama ini dipercayai menetap di Kabupaten Siak, Riau, Sumatera, Indonesia yang kemudiannya berhijrah ke Melaka untuk mengelak penjajahan Belanda. Ayah kepada salah seorang ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari . Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid . Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau.

Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar jugalah amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di Muar, Johor. (TUAN GURU HAJI MUHAMMAD YASSIN BIN MOHAMMAD BERKETURUNAN ARAB DARI HADRAMAUT,YAMAN)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting