Tuan Ibrahim Tuan Man
Yang Berhormat Ustaz Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Jawi: توان إبراهيم بن توان من) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian serta mantan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Pahang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[3] dan Timbalan Presiden PAS. Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia.
Yang Berhormat Ustaz Dato' Sri Haji Tuan Ibrahim Tuan Man SSAP, DIMP (Pahang) | |
---|---|
توان إبراهيم بن توان من | |
![]() | |
Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kubang Kerian, Kelantan | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Ahmad Baihaki Atiqullah |
Timbalan Presiden PAS | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Mohamad Sabu |
Pesuruhjaya PAS Pahang | |
Dalam jawatan 2004 – 2015 | |
Didahului oleh | Ustaz Idris Omar |
Digantikan oleh | Ustaz Rosli Abdul Jabar |
Dalam jawatan 1999 – 2004 | |
Didahului oleh | Zainal Hassan |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Ibrahim (BN-UMNO) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang | 27 Ogos 1960
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Datin Sri Norrul Ain Md Hashim |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Gaji | RM57,227.20 sebulan[1] |
Nilai bersih | Kurang RM1 juta[1] |
[2] |
Kehidupan awalSunting
Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan tamat pengajian pada 1995. Tesis sarjana beliau bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam - Satu Kajian Di Pulau Tioman. Beliau menekankan tiga keberkesanan kajian beliau, iaitu dari segi hal tanah, dari segi manfaat kepada penduduk dan dari segi akhlak Islam[4]. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak[5].
Penglibatan dalam PolitikSunting
Menyertai PAS dan bertanding pilihan rayaSunting
Pada tahun 1999, beliau mula menyertai Pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di DUN Jengka. Beliau memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 selepas tewas di tangan calon UMNO, Abdul Rahman Ibrahim. Dalam Pilihanraya yang sama, beliau turut gagal memenangi kerusi Parlimen Maran selepas tewas kepada calon UMNO, Ismail Abd Muttalib.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi. Namun, pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau tewas lagi di tangan penyandang dari UMNO, Wan Salman Wan Ismail.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 pula, PAS meletakkan beliau di kerusi Parlimen Kubang Kerian, dan berjaya menewaskan dengan majoriti yang besar iaitu 19,369 menewaskan calon UMNO dan PAN.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Peringkat | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | PRU DUN | N23 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,338 | Dato' Haji Zainal Hassan (BN-UMNO) | 5,019 | 319 |
2004 | PRU DUN | N23 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,532 |
Abdul Rahman Ibrahim (BN-UMNO) | 7,246 | 1,714 |
2004 | PRU Parlimen | P086 Maran | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 8,483 | Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) | 15,725 | 7,242 |
2008 | PRU DUN | N29 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 6,858 |
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) | 7,454 | 596 |
2013 | PRU DUN | N29 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 9,150 |
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) | 10,453 | 1,303 |
2018 | PRU Parlimen | P024 Kubang Kerian | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 35,620 | Dato' Sri Muhammad Abd Ghani (BN-UMNO) | 16,251 | 19,369 |
Dato Dr Abdul Halim Yusof (PH=Amanah) | 11,557 |
Anugerah & PengiktirafanSunting
RujukanSunting
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ "Tuan Ibrahim Tuan Man: Dari ulama dihormati ke kabinet". Astro Awani. 9 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
- ^ http://pas.org.my/info/pimpinan/majlis-syura/7085-senarai-majlis-syura-ulamak-sesi-2015-2020
- ^ Anne Muhammad Tuan Ibrahim akui kaji isu pelancongan untuk tesis sarjana Malaysiakini
- ^ Tuan Ibrahim, dari ulama dihormati ke Kabinet Sinar Harian
Pautan luarSunting
- Laman media sosial
- Laman siniar dan penstriman
- Saluran Youtube Tuan Ibrahim Tuan Man