Tuanku Ja’afar

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10

Tuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman (Jawi: توانكو جعفر ابن المرحوم توانكو عبدالرحمن‎; 19 Julai 1922 – 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922, Klang, Selangor dan dibesarkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Tuanku Ja'afar
توانكو جعفر
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10
Pemerintahan26 April 1994 – 25 April 1999
Pertabalan22 September 1994
Didahului olehSultan Azlan Muhibbuddin Shah
Diikuti olehSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan18 April 1967 – 27 Disember 2008
Pertabalan8 April 1968
Didahului olehTuanku Munawir
Diikuti olehTuanku Muhriz
Tunku Muda Serting
Tempoh1937 – 1967
Didahului olehTuanku Munawir
Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Tempoh26 April 1979 – 25 April 1984
Didahului olehSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Diikuti olehSultan Azlan Muhibbuddin Shah
Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Tempoh26 April 1989 – 25 April 1994
Didahului olehSultan Azlan Muhibbuddin Shah
Diikuti olehSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Canselor ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempoh16 April 1976 - 2008
Didahului olehTun Razak
Diikuti olehTuanku Muhriz
KeputeraanTuanku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman
(1922-07-19)19 Julai 1922
Klang, Selangor
Kemangkatan27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan
Pemakaman29 Disember 2008
Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
PasanganTunku Ampuan Najihah (k. 1942–2008)
Anakanda
AyahandaTuanku Abdul Rahman
BondaChe Engku Maimunah

Pendidikan sunting

Tuanku Ja’afar menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari tahun 1928 hingga 1933. Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau The Malay College di Negeri Perak. Baginda menampilkan pelbagai kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan dan sukan sehingga dilantik sebagai Headboy dan Kapten bagi Sukan Bola Sepak, Hoki, Kriket, Tenis dan Skuasy.

Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar, baginda melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu akibat tercetusnya Perang Dunia II dan terpaksa pulang ke Tanah Melayu. Ketika zaman pendudukan tentera Jepun, baginda berkhidmat dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Cukai di Rembau, Negeri Sembilan.

Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Nottingham, United Kingdom untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang undang-undang. Selepas menerima ijazah pertama baginda memasuki Balliol College, di Universiti Oxford bagi Sarjana dalam bidang ekonomi. Baginda turut mengambil kursus Sains Politik dan Bahasa Perancis di London School of Economics and Political Science (LSE).

Kerjaya sunting

Baginda kemudiannya pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1952 dan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Melayu sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penolong Pegawai Daerah di Parit, Perak dan kemudiannya sebagai Pegawai Daerah Tampin di Negeri Sembilan.

Kerjaya diplomatik sunting

Kerjaya diplomatik baginda bermula pada 1957 apabila baginda mengambil kursus khas bagi perkhidmatan diplomatik di London selama setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai Kuasa Usaha di Washington, D.C., Amerika Syarikat diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan Misi Kekal ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London.

Baginda kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria and Ghana. Baginda telah dilantik untuk berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Jepun tetapi dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda baginda, K.D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 pada April 1967.

Menaiki takhta sunting

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sunting

Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem pelantikan Raja secara demokrasi sejak turun-temurun. Bagi memilih pengganti Tuanku Munawir yang mangkat, pemimpin kawasan-kawasan utama di Negeri Sembilan yang digelar Undang Yang Empat mengadakan perbincangan untuk memilih Yang di-Pertuan Besar seterusnya dari kalangan Putera Yang Empat Negeri Sembilan iaitu:

  1. Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz Tuanku Munawir
  2. Tunku Laksamana, Tunku Nasir Tuanku Muhammad
  3. Tunku Muda Serting, Tunku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman
  4. Tunku Panglima Besar, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman

Pada 18 April 1967, Undang Yang Empat telah bersepakat melantik dan menabalkan Tunku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.

Yang di-Pertuan Agong sunting

Baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10 pada 26 April 1994 dan menamatkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. Antara sumbangan terbesar baginda semasa tempoh tersebut adalah sokongan kuat terhadap penganjuran Sukan Komanwel yang berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur pada tahun 1998.[1]

Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (1976 - 2008) sunting

D.Y.M.M Tuanku Ja’afar dilantik menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976. Beliau telah dilantik dan memegang jawatan Canselor selama 32 tahun. Baginda sangat aktif dalam pelbagai program akademik dan sukan universiti serta bekerjasama dengan warga universiti dengan baik. Semasa kepimpinan baginda, telah diadakan sebuah memorandum antara Persatuan Kriket Melayu Malaysia antara Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menaik taraf mutu sukan kriket UKM dan mengasah bakat-bakat muda yang berkebolehan.

Selain itu, pelbagai kemajuan telah dijalankan di Kampus UKM Bangi dan HUKM Cheras untuk menaiktaraf prasarana untuk kemudahan pelajar dan pengguna.

 
Galeri Diraja Tuanku Ja'afar

Sumbangan dan Pengiktirafan سومبڠن دان ڤڠيعترافن sunting

Selama 42 tahun memerintah Negeri Sembilan, pelbagai kemajuan dapat dinikmati rakyat terutamanya dengan wawasan dan kredibiliti baginda yang berpengalaman luas dalam pendidikan dan pentadbiran. Dalam menangani hal ehwal sosio-ekonomi negeri, baginda mengarahkan perhatiannya kepada sektor industri dan perumahan awam supaya dapat meningkatkan mutu hidup rakyat. Kesannya, beberapa kawasan perumahan telah dibangunkan antaranya ialah Taman Tuanku Ja’afar yang merangkumi kawasan perindustrian dan padang golf, Taman Tuanku Ampuan Najihah di Sungai Gadut dan projek perumahan Mambau.

Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa buah universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).

Sebagai peminat golf, Tuanku Ja’afar merupakan pengikut setia sukan ini dan sering menyertai kejohanan golf dalam dan luar negara. Baginda turut menaik taraf padang golf dan kemudahannya terutama di Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Tuanku Ja’afar turut menyertai Golf Pro-Amatur Terbuka Malaysia sejak kali pertama diadakan.

Anakanda sunting

Tuanku Ja’afar mengahwini Tunku Najihah pada 8 Ogos 1942 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Pasangan diraja Negeri Sembilan ini dikurniakan tiga orang putera dan tiga orang puteri iaitu:

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Tarikh Kemangkatan Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda Cicinda
Tunku Naquiah (1944-12-26) 26 Disember 1944 (umur 79) Seri Menanti, Negeri Sembilan 18 Julai 1969 Tunku Mudzaffar bin Tunku Mustapha Tunku Nadzimuddin Tiada
Tunku Myra Madihah ?bin Dato’ Iskandar Ja’afar
?binti Dato’ Iskandar Ja’afar
Tunku Nasaifuddin Tiada
Tunku Nasruan Adil Tiada
Tunku Naquiyuddin (1947-03-08) 8 Mac 1947 (umur 77) Seri Menanti, Negeri Sembilan Tiada maklumat Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador Tunku Muhammad Alauddin Tunku Alayna Putri
Tunku Alia Nadira Tiada
Tunku Nadia Sahiya Tiada
Tunku Khairul Zaim Tiada
Tunku Imran (1948-03-21) 21 Mac 1948 (umur 76) Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan 18 Februari 1987 Che Engku Mahirah binti Abdullah Tunku Khairil Imran Tiada
Tunku Tarrant Tiada
Tunku Abdul Rahman Aminullah Tiada
Tunku Jawahir (1952-01-27) 27 Januari 1952 (umur 72) Nottingham, England 27 Ogos 1974 Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar Tengku Asra Jehan Raden Mas Hamza bin Raden Muhammad Iman
Raden Tijan Jauharah binti Raden Muhammad Iman
Tengku Aslahuddin Ja’afar Tengku Muhammad Ayden Saladin
Tengku A'zran Abdul Jawaad Tiada
Marina Azlan (puteri angkat) Tiada
Tunku Irinah (1957-11-23) 23 November 1957 (umur 66) Bandar New York, Amerika Syarikat 16 April 1981 Tengku Ahmad Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Tengku Alam Shah Amiruddin Tiada
Tengku Alana Iman Shahirah Tiada
Tunku Nadzaruddin (1959-10-26) 26 Oktober 1959 (umur 64) Kuala Lumpur, Malaysia 6 November 1997 Tunku Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman Tunku Muhammad Hazim Shah Raden Tiada
Tunku Muhammad Mish’al Raden Tiada
Tunku Ines Najiha Raden Tiada

Kemangkatan sunting

D.Y.M.M Tuanku Ja'afar mangkat pada pukul 11:45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban pada usia 86 tahun kerana serangan angin ahmar. Dilaporkan bahawa baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8:10 pagi. Pihak hospital tersebut telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku. Jenazah baginda telah dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk majlis penghormatan terakhir dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada 29 Disember 2008.[1]

Tempoh Perkabungan berikutan kemangkatan baginda juga dilaksanakan selama 40 hari, bermula hari kemangkatan baginda.[1]

Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. Semua majlis rasmi kerajaan dan aktiviti keraian juga ditangguhkan selama tujuh hari.[1]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Terasul dan gelaran sunting

Gelaran hormat bagi
Tuanku Ja'afar
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 19 Julai 1922 - 3 September 1933: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tunku Besar Abdul Rahman
  • 3 September 1933 - 1946: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman
  • 1946 - 1957: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman, Pegawai Daerah
  • 1957 - 1958: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Setiausaha Pertama Misi Persekutuan Tanah Melayu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  • 1958 - 1 April 1960: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Setiausaha Pertama dan Kaunselor Pejabat Suruhanjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), London
  • 1 April 1960 - 1963: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Setiausaha Pertama dan Kaunselor Pejabat Suruhanjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), London
  • 1963 - 1965 : Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Duta Malaysia ke Republik Arab Bersatu
  • 1965 - 14 April 1967: Yang Amat Mulia Tunku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tunku Muda Serting, Pesuruhjaya Tinggi ke Ghana dan Nigeria
  • 14 April 1967 - 26 April 1994: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  • 26 April 1994 - 25 April 1999: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong X
  • 26 April 1999 - 27 Disember 2008: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja'afar Al-Haj ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Kurniaan sunting

Kurniaan Negeri Sembilan sunting

Sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (8 April 1967 – 27 Disember 2008), baginda:[2]

Kurniaan Malaysia sunting

Kurniaan asing sunting

 
Darjah Kerabat Mahkota Brunei. Dianugerahkan darjah kepada Tuanku Ja'afar pada tahun 1996. Galeri Diraja Tuanku Ja'afar, Seremban

Baginda menerima banyak anugerah asing ketika tahun khidmat diraja baginda. Antaranya:[2]

Senama sunting

Baginda D.Y.M.M Tuanku Ja’afar merupakan seorang raja yang dikenali dan dihormati oleh rakyat jelata Negeri Sembilan dan di Malaysia seluruhnya. Antara berikut merupakan pengabdian nama baginda :-

Keturunan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Tuanku Ja’afar
Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 19 Julai 1922 Tarikh kemangkatan: 27 Disember 2008
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Munawir
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1967–2008
Diikuti oleh:
Tuanku Muhriz
Didahului oleh
Sultan Azlan Shah
Yang di-Pertuan Agong
1994-1999
Diikuti oleh:
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah