Buka menu utama

Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 - 14 April 1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Tuanku Maharunnisa binti Tunku Membang.

Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri Sembilan Darul Khusus
Pemerintahan 5 April 1960 - 14 April 1967
Pendahulu Tuanku Abdul Rahman
Pengganti Tuanku Jaafar
Raja Muda tiada
Pasangan Tuanku Ampuan Durah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
Anakanda
Tunku Umpa Munawirah
Tunku Mudziah
Tunku Muhriz
Tunku Anne Dakhlah
Tunku Deborah
Tunku Deannah
Tempat persemayaman Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Ayahanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Bonda Tuanku Ampuan Maharum binti Tunku Mambang
Keputeraan 29 Mac 1922
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan 14 April 1967(1967-04-14) (umur 45)
Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Dimakamkan Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Agama Islam Sunni

BiografiSunting

Almarhum Tuanku Munawir telah diputerakan pada 29 Mac 1922 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera sulung daripada 8 beradik. Tuanku Munawir mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan di Sekolah King George V, Seremban. Seterusnya baginda telah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di School of Oriental & African Studies (SOAS) di London, UK.

Pelantikkan Raja BergelarSunting

Baginda telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting pada 6 Julai 1934 pada usia 12 tahun setelah ayahanda baginda menaiki takhta Negeri Sembilan pada tahun 1933. Seterusnya baginda telah dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tunku Laksamana pada 25 April 1937 pada usia 15 tahun.

Tuanku Munawir juga pernah menjadi Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebanyak 2 kali. Pertamanya pada 31 Ogos 1954 hingga November 1954 dimana ayahanda baginda berangkat ke luar negara. Dan kali kedua semasa ayahanda baginda diangkat sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang pertama bermula tanggal 3 September 1957 hingga 5 April 1960.

Yang di-Pertuan BesarSunting

Baginda seterusnya menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan apabila ayahanda baginda mangkat pada 1 April 1960 ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama.

Adinda baginda iaitu Tuanku Ja’afar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 selepas kemangkatan baginda. Ketika kemangkatan baginda, anakanda baginda berusia 18 tahun dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar adinda baginda, Tuanku Ja'afar menaiki takhta dan dengan perkenan muafakat Majlis Undang Yang Empat telah dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Besar menggantikkannya.

Anakanda baginda, Tuanku Muhriz pula merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja'afar yang mangkat pada 27 Disember 2008.

KehidupanSunting

Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pada 1940, dan keduanya dengan Engku Fatimah Zaharah.

Didahului oleh
Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1960-1967
Diikuti oleh:
Tuanku Ja’afar